Jun 3, 2014

365*2


Alhamdulillah, 

Masih ada lagi blog usang yang dah lama kesepian ni. Sampai tuan dia pon dah lupa password and emel mana nak sign in. See, berapa lama ditinggalkan dan disisihkan.

Sepanjang 2 tahun kebelakangan ini, banyak sangat benda yang berlaku. Rasa nak cerita luah kan semua, tapi xsemua benda kita perlu ceritakan pada umum. simpan dalam hati lagi baik dan banyak positifnya daripada negatif.

So far, owner dah masuk ke alam pekerjaan. Dah 7 bulan menetap di Perlis, berteleku dan melangut di hujung utara, negeri paling kecil di Malaysia. Alhamdulillah. Masuk kerja pada 2 Muharram 1435H (6 November 2013), permulaan tahun Islam dengan harapan pekerjaan yang dilakukan diredhai dan diberkati Allah S.W.T. 

Dan, sekali lagi syukur dipanjatkan kepada-Nya apabila owner dah dinaik pangkat menjadi tunangan orang. Alhamdulillah. Terlalu banyak moment suka duka sepanjang tahun 2013 yang lalu, sampaikan kalau nak cerita satu-satu pun pasti tak kan habis.

Mungkin dari masa sekarang, blog ini akan diupdate dan disapu sawang-sawangnya. InsyaAllah. Doakan semoga urusan owner dipermudah dan diberi kelapangan hati untuk terus mencintai-Nya.

Till the,

Bubye,

Assalam.






Tulus Ikhlas,

Dyia Syaleyana

Nov 13, 2012

BLESSED 25TH


Salam...

Nak kongsi cerita lepas setelah lama tak berblog..=)

SELAMAT HARI LAHIR (belated) untuk awak Mohamed Nasrun yang ke-25.
Semoga berjaya dunia dan akhirat.. be a good man and a good student too..=)
Masuk umur baru, status pekerjaan pun dah betukar..

sekarang dah jadi full-time student kan, work smart okay!!
believe in yourself that you can do it.
handle your stress wisely..
use your time fully..
i'll support you through the hard and easiest time you'll go..
insyaAllah..=)


And sorry, for this belated birthday
Saya xsempat nak prepare ape-ape pun..
soon or later kita celebrate okay!


that's all..
I LOVE YOU!
AND THANKS FOR EVERYTHING..


Birthday Boy

Jul 8, 2012

jalan hidup

assalamualaikum..=)

wah, dah lama tak meluahkan kata-kata kat sini. Tak sempat nak menjenguh, apatah lagi menaip. Draft thesis pon tak siap-siap lagi. Dah 2 minggu duk hadap laptop, tapi beberapa jam je khusus untuk thesis. Selebihnya beautifulnara, fb, etc etc. memang tak komited dan produktif! haha

Anyway, sekarang dah 8/7/2012, tinggal lagi 10 hari untuk siapkan thesis! Nanti dah kena lapor diri kat UiTM. Perasaan Tuhan je yang tahu. takut, gementar, risau.. Entah macam mana nak adapt dengan situasi baru, kawan baru, tempat baru, rumah baru, housemate baru. Semua nak baru! tapi harapnye bila dah lapor diri kat sana, dapat la mintak extand sebulan dua untuk completekan 100% thesis yang diusahakan. Harap sangat. Sebab bila dah kena kerja, masa nak fokus pada writing memang terhad! penat bekerja la katekan.. =)

Nanti nak jumpa dekan/ketua program untuk bincang pasal further study. Kena sambung oversea ke over the river, yang tu kena diperjelaskan. Kalau boleh nak mintak sambung terus, sebab nak selarikan dengan masa depan. Ni pon duk fikir-fikir jugak, kalau sambung after 3 years, larat lagi ker? mana nak jaga rumahtangga (kalau kahwin), labwork, dan paling penting usia.. mampu lagi ke nak stay back kat lab sampai tengah malam. Muda-muda ni larat la kan, gagah lagi. huhu.. tapi risau jugak kalau-kalau kena sambung oversea. Memang excited sangat kalau boleh sambung kat sana, tapi nak bermastautin 3,4 tahun kat negara orang sorang-sorang diri boleh menangis jugak la kan.

Apa pun, semua tu bergantung pada Dia. Kita cuma mampu berdoa semoga dipermudahkan segala urusan. Kita dah pasang niat untuk kearah kebaikan, moga-moga Allah membantu. YAKIN!!



Apr 24, 2012

kesungguhan

assalamualaikum..

its such a long time that i left writing. and it's a bit awkward that i come here today to post something! haha.
Lately, memang lab menjadi second house to stay at, from 8.00 am till midnight n sometimes early in the morning. memang kalau bekerja sah dapat anugerah pekerja terbaik kan. =) Its not burden much, really really not, i deserve it, it's my future. so no matter what, i need to go on. life not as easy as we think right? setiap usaha ada ganjarannya, setiap usaha ada kejayaannya. berpegang pada yang satu. Dan tawakkal kepada Allah. itu penting.



Now, rasa macam dah tua sangat dah. kenapa? sebab up till Jun 2012, dah dapat 5 wedding invitation from friends. Rasa sangat2 tua kot. semua dah nak kawen. Congratulation in advance korang. Semoga bahagia sampai ke syurga. Rasa bersalah sangat sebab tak dapat pergi. Minta maaf ye semua, keadaan tak mengizinkan. =(















.......to be continue......

Mar 12, 2012

mama

really miss my mama damn much. isk isk.
i need your warm hugs, i need your kisses..
i really need you right now mama.

hope you are in a good condition, stay healthy, always beautiful and cheers up all day.
i know that you will never read this,
but somehow, when i'm not around, this is the thing that you should used to read when you miss me.
Love you so much!!!!

Jan 11, 2012

kata hati

memang betul orang kata..
kebahagiaan memerlukan pengorbanan..
tapi bukan dengan cara memutuskan hubungan..
sebab itu lagi memeritkan dan payah untuk diterima..

kita sama-sama kenal hati budi masing-masing..
sama-sama tahu luar dan dalam..
sama-sama tahu kelemahan, kelebihan..
sebab itu, kita perlu sama-sama atasi setiap kelemahan dengan cara saling melengkapi.

memang betul, susah untuk berubah..
sangat susah untuk diri ini yang hina,
tapi kita boleh sama-sama usaha,
usaha kearah kebaikan..
itu yang saya harapkan.

setiap hari, doa dipanjat
semoga jodoh dipanjangkan, diperkuatkan
restu keluarga telah diberikan.
hanya kita yang berhak untuk menentukan..

untuk awak,
saya merayu, sesungguh hati..
kita timbal balik mane yang kurang..
kita kukuhkan balik mane yang terurai..
saya masih perlukan awak..
untuk saya jalani hidup saya.
dan saya tahu awak pon masih perlukan saya..
saya tahu.....




saya sayang awak, untuk selamanya..
:'(


Jan 8, 2012

random

salam..

R.E.L.A.T.I.O.N.S.H.I.P

berhujah pasal relationship takkan ade kesudahannya.. kalau boleh nak smbung non-stop, sebab sembang topik hangat! Cuma ada satu kisah yang nak dikongsi bersama.. pandangan dan ulasan yang ditulis tidak merujuk kepada sesiapa, hanya menurut kata hati dan akal yang waras..:)

Sesetengah orang merahsiakan siapa "teman tapi mesranya". yeaa, ini realiti dah telah dibuktikan dan disaksikan oleh aku sendiri. Hal ini biasanya terjadi pada kaum Adam, kononnya nanti member kamcing mengutuk, perli, dsb.. Pelik? tapi itulah hakikatnya.. petang semalam sempat chat di fb dengan sorang kawan di MRSM dulu, LELAKI.. ceritanya dia suruh carikan junior2 perempuan, orang kelantan, nak dijadikan adik ipar,katanyalah..
Tapi diri sendiri masih belum berpunya. 

Bila ditanya-tanya, alasan yang paling mengejutkan adalah.." tak nak kapel sebab takut member tahu".. tak salah pon kan sebenarnya, tapi mungkin bagi segelintir lelaki, mereka lebih mementingkan hubungan persahabatan geng kamcing masa sekolah dulu, berbanding serius relation dengan perempuan. Haaii, macam-macam hal. umur dah 20-an kot. tak salah rasanya nak kenal-kenal dengan mane-mane perempuan yang dirasakan sesuai untuk masuk dalam list wife-to-be.

Dan katanya lagi, geng-geng depa sanggup tinggalkan awek sebab kawan. Yang ni aku nak ulas panjang sikit. Aku kurang setuju dengan apa yang dia cakap. sanggup tu sebab kawan tinggalkan awek menonong camtu je. kalau perempuan tu jenis mengongkong xkisah la kan, alasan mungkin boleh terima.. tapi kalau awek die tu baik, oke, tak buat hal patut ke nak tinggal macam tu? Alasan ni susah untuk perempuan terima. Tak logik langsung! Mungkin aku kurang faham/arif pasal persahabatan lelaki ni..mungkin bagai isi dengan kuku, aur dengan tebing, ombak dengan pantai.. tak dapat dipisahkan. mungkin kottt.. tapi tanpa mereka sedar perbuatan tu semacam salah di mata aku. konon nak alone forever, tapi hati sakit/jeles menggunung tengok orang lain dah berpasangan, nak kahwin, dan dah ada anak pon. Entahla, aku tak nak komen lebih-lebih, kang nanti ade orang sound/marah-marah pertahankan kaum mereka. Mungkin mereka pon belum bersedia nak ada full komitmen dengan perempuan yang dikatakan kompleks ni. sebab tu bagi alasan yang semacam ni. mungkin kott.. (sorri, entry ni banyak mungkin,hihihi)

Cerita diatas tu mungkin ada kaitan dengan segelintir (<30%) kaum lelaki. Tak semua yang berpandangan macam tu. semuanya terpulang pada diri masing-masing. apa yang penting, persahabatan masih dikukuhkan, pencarian wife-to-be harus dijalankan. ketepikan cemuhan/perli dari kawan-kawan, sebab kita pon mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.. perjalanan jauh lagi.. takkan nak alone forever sampai ke tua kott?? emm, mungkinn..:))



end it here. sorry kalau ada sapa-sapa yang terasa..:))
peace no war!

Jan 2, 2012

welcoming 2012

salam,
Rasanya belum terlambat nak wish "Happy New Year 2012"..goodbye 2011, and all sweet memories on that memorable year.. :)


Emm, macam biasa la, kalau masuk tahun baru semua duk cerita azam masing-masing.. Aku pon ade azam jugak.. Azam aku nak fulfill azam tahun lepas yang belum ditunaikan lagi. hee.. Ade 2 azam yang belum complete out of 5. Kira okay la kann?


Cepatnya masa berlalu, tinggal satu semester lagi sebagai student.. Dulu, beria-ia nak cepatkan masa, sekarang rasa nak undur balik masa tue sebab banyak lagi kerja yang belum settle. Agak tertekan jugak la. Mintak-mintak dapat siapkan on a timeline. No extend. InsyaALLAH!!!


Diharapkan tahun baru 2012 nie memberikan 1001 kebaikan kepada aku. Cuba berubah dari jahat kepada baik, dari baik kepada lebih baik, dari malas kepada rajin, dan dari semua kejahatan kepada kebaikan. Umur pun dah meningkat, fikiran dah matang (hopefully), harapnya semua keinginan/kehendak berjalan sejajar dengan usaha, amal, dan tawakkal. Amin..


Untuk orang-orang yang tersayang, didoakan semoga tahun 2012 ini memberi kebaikan, keceriaan, dan keredhaan oleh-Nya dalam setiap apa yang kita lakukan. Cuba berusaha untuk jadi yang terbaik dari tahun sebelumnya. Dan iktikad dengan apa yang dilakukan. InsyaALLAH.


Untuk tahun 2011, terima kasih atas hari-hari yang telah berlalu. Suka duka, riang gembira, tangis dan tawa semua menjadi kenangan untuk disimpan didasar hati dan kotak fikiran. Terima kasih Tuhan kerana masih memberikan peluang kepada hamba-Mu yang dhaif ini untuk meneruskan hidup diatas bumi-Mu.





End it here.. Rasa janggal/ tak idea nak tulis ape dah.. Lama tak menjenguk blog kesayangan! :))



dan tak lupa jugak, selamat ulang bulan yang ke 17. i heart you!!! hee..




 

Sep 28, 2011

last weekend

dyia masih di awangan...
malas mengusai diri..
otak melayang  merata tempat...
weii,, sampai bila kerja nak siap?




kena struggle sampai pengsan..
end of october should be done half of it...
wish me luck friends..
serius runsing tapi otak boleh rileks dan badan boleh shuffle lagi..
hmmm,, bad part of mine..suke tangguhkan kerja..




oh, btw, congrates sis on your convocation last weekend..
pictures? of course ade.. zaaasssss..



oke,, here is my sis..congratulations !!!!




tak lengkap rasanya kalau xda gambar dengan family..









sudah menjadi hobi dan kegilaan.. pantang nampak kamera..





treating family kat Sedap Corner.. Look like i'm the eldest..huhu..





oke,,itu saja untuk hari ni..bye!
p/s: rasa nak tukar layout..bosan da...

Sep 23, 2011

mana nak cari..

salam..


Pernah tak korang rasa nak satu benda tu, dah jumpa, tapi bila try xdapat/xmuat (baju /selipar, or whatever).. then korang caaaarrriiiiii jugak sampai jumpa? Pernah tak?


Same situation here.. dah 3 buah Jusco pergi, JJ Bukit Indah, JJ Tebrau, JJ Taman Universiti.. Satu pon xjumpa.. Kat Bukit Indah ade, tp saiz pulak takde.. Sangat sedih sebab bila tengok at first glance terus panggil salesgirl 

" dik, saya nak saiz 36/37"   




"sori kak, dah xde, ni yang last.."





terus DOWN..



search internet pon xjumpa...menyesal tak tangkap gambar..:(



nak cari jugak sampai jumpa..oh Sembonia.

Sep 21, 2011

monolog

salam...

Harini minggu yang penat giler-giler... Stay back kat lab starting 8.00a.m till 12.00a.m. Sounds like "whooaaa,,rajinnye.." tapi penat Tuhan saja yang tahu. Back pain memang dah setia dari awal-awal lagi. Thanks..T.T

Petang tadi melawat labmate yang accident. Syukur semuanya selamat walaupon kereta dengarnye memang dah total loss. At least die dan keluarga masih selamat. Semoga cepat sembuh akak.

This weekend my sis convo. Congratulation lovely sister! you made it.. T kita habiskan master same-same k..:)



and lastly..



Semoga jodoh kita panjang... Amin.. Cukuplah ini yang terakhir. Terakhir yang sampai ke jinjang pelamin dan sampai ke akhir hayat. Terima kasih untuk segala-galanya. Semoga susah senang nanti kita harungi bersama. Dan maaf andai ada kekurangan dan kekhilafan saya yang pernah dilakukan.















p/s: walau kita jauh, awak tetap dihati dan di dalam doa saya.

Sep 9, 2011

stresssss

salam.

Selalu kalau korang stress ape yang korang buat? Makan? Tido? Nangis? bila dah buat rasa lega x? Ke makin stress?? haa, meh sini nak share something..


Petua untuk elakkan STRESS..





senang dan mudah didapati dimana-mana...





CIUM BAU KETIAK LELAKI!!!!




chooiii,,pedehal nak tangkap cium ketiak kan? euww,.. Tak percaya meh? Ni bukti yang depa duk kaji..






"Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik."

Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.




haa,, so apalagi.. Sesapa yang duk rasa stress tu pegi cari penawar cepat.. Tapi kena mintak izin dulu la.. Jangan main terkam je. Bahayaa!!! Selamat mencuba.. Lagi efektif kalau cium yang baru lepas bersukan.. Lepas pengsan seminit dua komfem hilang ingatan.. eh eh hilang stress..:)



sumber dari sini..Ensaiklopedia Petua Melayu Lama..

raya 2011

orang sibuk update blog pasal raya, kita pon terhegeh nak jugak la kan..
xde ape yang menarik.. nak tengok pic, search dalam fb. senang dan mudah..
oke, bye..:)

open house raya ke-4, dah 3 generasi dah...

macam-macam ragam yang berlaku..thanks untuk ahli keluarga sanak saudara dan kawan-kawan yang hadir. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi raya tahun depan..

Sep 8, 2011

PELIK

harini janji dengan diri sendiri xnak bukak FB walaupon sekilas pandang. Tapi nafsu menguasai akal, jemari pon gedik nak menaip email n password FB. Sekali nak log in yang ni pulak keluar..


Bengang? agak la kan...mungkin die suruh buat keja hang yang tertunggak tu. nafsu pon dah turun balik dah. kenapa fb aku je yang jadik camtu...huwaaa~

Aug 20, 2011

rasa nak nangissssssss...







memang perempuan itu komplikated..
betul kata awak.
sekomplikated diri ini. mata nak bergenang je tapi xtahu sebab ape.
perkara kecik pon dah meleleh air mata. benci!!!! T.T

Aug 16, 2011

tuesday

siyes megantuk giler...buat labwork pon sambil pejam mata.
tambah2 cuaca sejuk redup camni..hadoiiiii~
nk katill!!!!!!

selamat pagi dora clipper...:)

minggu dpan blik..yeayy!!!
banyak giler beli biskut raya+kerepek..
xtahu nak angkut cane..huaa~

5 jenis biskut dan 3 paket kerepak..lari bajet..hoho..:p

oke,bye.malas nk menaip..salam ramadhan ke-16..:)


Aug 14, 2011

TIPS


Salam..harini rasa nak kongsi satu tips. Tips yang mungkin semua akan teruja kot. Tips perkahwinan. Gaya macam dah kawen kan? padahal tunang pon belum. huhuhu. Saje nak post sebab ramai kawan-kawan dah kawen dan akan kawen. Tadi duk search pasal benda-benda yang berkaitan "kawen" ni dan terbaca post ni kat page Ustaz Azhar Idrus. So, same-samelah kita ambil kata-kata beliau. :)


TIPS PERKAHWINAN


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.



2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.



3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.



4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.



6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.



7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.



8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%.



9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.



10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.



11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.



12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.



13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.







Doa adalah senjata paling kuat untuk umat Islam. Teteplah berdoa semoga kita disatukan dengan pasangan yang betul. Dan semoga nikmat perkahwinan yang selalu kita harapkan dapat kita kecapi sebelum tiba masanya kita diambil. Semoga nanti doa kita dimakbulkan. Ameen... Salam Ramadhan yang ke-14.


Aug 7, 2011

one year on one ramadhan


Salam..
Alhamdulillah dah hari ke-7 kita berpuasa. rasa macam cepat masa berlalu. jugak dah hari ke-372 saya bersama awak..



Nothing much to say but, thanks for all the things you do to me..  support me, making surprise, laughing together, crying together, accept my bad, helped me when i'm in trouble. you're such a bodyguard in and out of me. bodyguard that secure my heart to yours, and just like a bodyguard holding a rifle to shoot the enemy of me. whoaa, thanks sayang. really appreciate it.



By saying thanks, a million apologies from me if i had make you upset.. make you sad because of my wrongdoings for all the time we have been together.. i'm not perfect and so do i need you to make me perfect. no words can describe how my feelings on you. i love all the way you are.



you are my pillow when i feel sleepy
you are my friends when i need to talk to
you are my shoulder when i need to cry on
you are my everything.
praying that you are the one that will stay and reamin with me until the end of my life. ameen.



HAPPY FIRST ANNIVERSARY SAYANG!!!!!! AISHETERU





ambik gambar sendiri.hihi.
noodle station alamanda, 31 Julai 2011


dapat hadiah ni dari sabah..and beautiful brooch..
thanks yang..:)

1st Ramadhan bersama kat yati ayam percik bandar baru bangi..:)
picture taken by hada.


Dugaan awal ramadhan memang banyak untuk awak. sabar eh, mungkin Tuhan sedang menguji. dan mungkin jugak ade yang lagi baik yang Dia tetapkan untuk awak. redha atas apa yang berlaku k. saya sentiasa bersama awak, walaupon kita jauh..:)



Semoga hubungan yang terjalin berlangsung sampai ke jinjang pelamin dan berterusan sampai ke ahkit hayat. Tetaplah berdoa semoga apa yang kita inginkan tercapai dan berjalan lancar. terima kasih untuk segalanya, dan sejuta kemaafan andai saya pernah menyakiti awak.. 







Truely from heart,
Dyia Syaleyana










Jul 26, 2011


salam..

weekend lepas terisi sepenuhnye bila rumet dan hada datang melawat...wuuwuuu (sedih) terharu weh siap dorang bagi sebekas macarons yang duk mengidam dari jauh.. thanks darlings. entry ni pon dibuat atas permintaan rumet. dia kata tiap-tiap hari, bila masuk ofis online, bukak blog yang tak seberapa nak meriah ni. (walawehh, terharu kot.tapi betol ke tiap-tiap hari bukak?? curious.)


rasa sekejap jer sisa 2 hari yang ada. rasa nak bawak dorang pegi semua tempat, tapi maklumlah.. driver agak buta jalan.. nak pergi jusco tebrau pon fail.. malu je. alih-alih, pegi jusco bukit indah,  window shopping untuk dorang, shopping sakan untuk aku. mata dah rolling tengok sales banyak sangat walaupon poket kempis kan. gasak jugak.


malasla nk menaip, scroll jela sampai bawah tengok mane-mane gambar yang sempat di ambik.. :)

amik dorang kat sri putri terus dorang hulur hadiah ni...sukenyeeee!!!


lepas amik terus pergi LC catering, buat surprise birthday party untuk nad.
dah belated 1 month. ( nad: tudung kuning)


esoknye pergi jusco bukit indah, sampai terus serbu bbq chicken..best!!
kami amik makanan same..:) thanks rumet for the treat.

penat shopping, malam tu lepak tengok bola sambil makan kat ali.
saya makan roti je tau.hihi. nasi goreng ali mantop, chicken chop superb!!!

sibuk duk tunjuk makanan je kan. ni haa hada tajima dan lin (rumet). dorang sangat adorable dan sweet..:)

Hari ahadnye, plan nak main boling xjadi sebab penuh, terus g terkam wayang, cerita FLAT 3A. rating 3/5 kot. pastu g beli  tiket bus kat sri putri.. bajet nak balik pukul 2 ditunda ke pukul 5. So layan starbucks la kat jusco taman U..hihihi..

sakan dan santai mereka lepak-lepak kan..hihi..hada yang belanja ni untuk kami..:)

SEBAB......
dapat kupon free starbucks frapuccino. buy 1 free 1. mang amik peluang terus.
kalau tak bila lagi nak minum air mahal kan kan??hee.

Lepas tu terus hantar dorang kat sri putri. thanks sayang-sayang sebab sudi datang. really really happy. t datang lagi tao tao...sori jugak sebab xbanyak bawak korang g jalan-jalan... T kita hang out lagi kay! A MOMENT TO REMEMBER!!!




puasa ni memang syahdu..ntah boleh balik rumah ke tak. pama dah banyak kali tanya.. rumet pulak takde. rasa nak nangis jer. papepon, hidup mesti diteruskan!! SALAM RAMADHAN untuk semua... (wish awal-awal kot nanti tak update blog).


i need a shoulder to cry on,
a friends to talk to,
and a person i miss to hug....












Jul 13, 2011

lewat malam

mood tengah malam memang jauh berbeza dengan siang hari. tangan ringan nak menaip walaupon otak tepu takde idea. layankan ajer.

mungkin untuk tahun 2011 ni banyak dugaan yang kena tempuh, kena kuat! yakin Allah sentiasa disisi.

1. antibodi makin merundum dari hari ke hari. 
2. dugaan dalam menuntut ilmu. satu hal ke satu hal yang timbul.
3. kekangan nak menabung. aim tak tercapai lagi.
4. dan banyak lagi yang tak terluah. senang cakap tapi payah nak buat.sigh.

sekarang cuba untuk berfikiran positif. cuba untuk berhati mulia. cuba untuk berusaha sedaya upaya. mungkin ujian ni supaya kita lebih kuat di kemudian hari. dan setiap ujian yang diberikan Allah kepada hambanya, adalah salah satu cara untuk kita selalu dekat pada-Nya. bersyukur dengan nikmat yang diberi.