Sep 7, 2010

oit,nak kawen bile?

haa, tajuk entry pun dah macam best.bagi aku la..so, kalo korang baca entry ni sila komen dan bagitahu sekali tahun bile korang nak kawen dan kenapa pilih tahun tu. bukan ape, nanti senang la nak kumpul duit awal2 beli hadiah tok korang2 semua. yang special gitu i bagi.huhu

bile ade orang tanya soalan camni, aku cepat2 je nak jawab " kalau boleh sekarang ni jugak nak kawen.hehe" jawapan macam dah xboleh nak tahan kan.haha.takde la.saje memain. memang kalo ikut hati nak je sekarang, waktu ni jugak. tapi bila fikir pasal komitmen, tanggungjawab..aih,susah jugak la kan. yela, cube bayangkan si suami penat balik kerje, konon balik tu nak merasa la air tangan isteri, tapi si isteri pulak asyik duk hadap lappy berfb, berblog,tido kroohh2..ni kira contoh addicted aku la..mane suami xfed up kan..mesti tiap2 hari gadoh. kalo setakat gadoh2 manje oke la..tapi bile dah tahap periuk belanga pon sesenang je nak baling2 apeke hal nye tu kan? runtuh rumah tangga.mintak jaoh.amin.

sekarang umor dah 21 tahun dah pon. orang2 dulu mungkin dah ade 2 3 orang anak. yela, kawen waktu 16 tahun. pandai kan dorang jaga hubungan sesama mereka. contoh terdekat pak sedara belah mama la. die kawen waktu isteri die umur 16 tahun. boleh imagine x? aku rasa masa umur macam ni, aku duk ralit lagi maen2 dengan kawan2. memang xmatured lagi la..muke pon ala2 baby lagi.haha..kalo reti masak pon xdela sampai expert masak gulai ayam. benda basic kira lulus dengan jaya..dan sampai sekarang dorang masih lagi bersama..bahagia je tengok.dah dapat cucu dah pon.anak die? haihh,,memang juara la diantara adik beradik mama yang lain. juara anak ramai. 16 orang beb. dah lebih 1 team bolasepak dah pun.huhu. memang mantap!! aku nak ikut jejak langkah die la.

so, future planning aku mungkin nak habiskan belajar dulu la kot.ayat yang ade kot ni macam xpasti je kan.yela,mane tahu tengah2 belajar ade orang masuk mintak ke.terima jela..ye x? orang cakap kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan.hehe. bile dah habis belajar or sem akhir tu dah boleh nak ikat tali pertunangan.macam maen cop2 tu. tapi xnak tunang lame2, 6 bulan okela.hehe.planning sensorang.cehh!

pastu nak cari kerje la.penat aku sambung belajar, xkan nak duk umah je kan. husband to-be pon cakap suruh kerja jugak..huhu. bile dah dapat kerja tu kira dah macam stabil la kan. ada income sendiri. xkan la nak mintak ngan pama lagi. buat malu je. ikut kiraannye lagi 3 tahun aku akan kawen. insyaAllah kalo ade jodoh. doa-doakan lah eh..maximum lagi 5 tahun..waa, lamenye 5 thun. xpela, saya sanggup tunggu.hehe.

masa tengah borak ngan kawan2 aku yang laen pon mostly nak kawen lebih kurang macam aku jugak..paling cepat 3 tahun..paling lambat lagi 5 tahun.so, aku ni xtak dikira gatal la kan kan? sebab orang laen pon same macam aku jugak. oke what kawen around 24. xmuda sangat, xtua sangat. nak kejar anak 16 pon sempat lagi. setiap tahun beranak.hahahaha.boleh lembik isteri.

future planning penting. aku sekarang ngah berjimat cermat lagi berhemah duk kumpul duit.yeahh, for better future. dah ade tabung sendiri termasuk jugak kawan2 aku yang lagi 5 orang tu. sehari masuk seringgit okela kan. sikit2 lama2 jadi bukit. xsabar nak tunggu tabung penuh pastu simpan dalam asb.. dan xsabar jugak nak habiskan belajar dalam masa yang ditetapkan. hope everything move smoothly.amin.

kesimpulannya, korang tunggu lagi 3 tahun eh, kalau sampai kad jemputan kawen tertera nama dyia syaleyana dengan pasangan, datanglah pasir mas. kalau within 3 years xde jugak, tunggu lagi 5 tahun.yang ni konfem ade.hehe.macam yakin je kan.xpela, plan awal2 sorang2..nanti ade masa nak discuss formally ngan husband-to-be.hehehe.bye!


p/s: awak mesti baca entry ni kan? nanti kita discuss eh? haha.
p/s: saya dah mengantuk, mau mimpi indah..






anugerah

entry tengah malam berjaya dipostkan bilamana mata yang tadi dah macam kuyu, terbuka seluas-luasnye..hoooyeahh!!!

sebenarnye nak post pasai dapat award yang member membest bagi, mek sue..tapi nak upload pic award tu take time..dah berapa kali try upload tapi xberjaya jugak.sigh. xkira la dapat upload ke x janji nak gtao jugak yang kite dapat award blogger cun.haha.mesti pelik kan, jaoh panggang dari api. tetibe tersemban dapat title blogger cun.eh2, bukan saya yang mintak..kawan saya yg bagi..muke blushing. neway, thanks sue for the award.walaupon xdapat upload tapi nak post jugak entry ni. sebagai tanda penghargaan.smiling.

skarang dah hampir 2.00a.m tapi mata masih membuntang luas. idea nak menaip mencurah-curah pulak. jiwa happy dan tenang. otak pulak tetibe terfikir orang yang jaoh di bangi sana. ermm,dah tido kot.. xnak kaco la..esok die kerje. selamat malam sayang...euww~ hehe..

okela, tido jum. dah lewat malam. sok nak kene bangun sahur..tinggal beberapa hari je lagi nak puasa..cepat bebenor masa berlalukan..mood nak beraya pon makin tinggi dah..bersabar ye kawan2 untuk puasa beberapa hari ni..t kita raya same2!!!


Sep 6, 2010

SEXUAL HARRASMENT AGAINN

aku xthu la kenapa benda2 pelik dan mengom salu jadik kat aku..rasa macam nk fire kick je orang berkenaan yang xde rasa malu nak tunjuk die punya $#*&f kat orang laen..konfem ko dah wajib kawen kot brader. kesian tengok,tersiksa batin...

al kisah ceritanya macam ni..semalam aku on ym setelah berminggu2 asyik offline..dan dalam tengah duk melayan komen2 berguna dari member kt fb tu, ada la OGS (orang gile seks) buzz aku and suruh aku view die punye wc.. dah time tu aku baru je nak tekan button comment kt page fb, tertekan same button accept wc die.hah,,ape lagi. nampak la wei.cepat2 aku tutup and terus offline. dasar gile xtahan, dah la bulan pose, xpasal2 kurus pose aku semalam.demn!! lepas tu kan boleh plak die tanya aku besar x die punye? boleh faham tak perasaan time tu. rasa macam geram pon ade. kite tengah santai2 duk online, tetibe ribut melanda.tersentap wei!!

aku xtahu pon sape laki gile tu sebab die add dalam ym.so assume member2 la kan.. dan before ni pon die penah skali buzz and suruh view wc die..xlayan la sebab tanya name pon die xnak cakap..tapi laki tu memang psiko gilegile la..kalo orang xnak accept wc, die buzz jgak smpai kita rasa macam nk hempas je lappy kt lantai. bosan dengar bunyi buzz.huhu.last skali offline and say bye..done!

benda2 semacam gini dah 2 kali dah kene kat aku..dulu through phone. xtahu la kat mane die amik no, sampai kadang2 die call kalo xreply msg die. hyper psiko kan? dan bile xlayan msg, call die..sampai mungkin die rasa tercabar kot. die p anta video orang tengah buat tuuttt.. dan yang paling xtahan hantar pulak mms tuutt die. memang gile kan orang macam tu. aku sampai nangis2 takut. dahla tyme tu nak final exam kot. siap call celcom center tanya nak tahu sapa OGS tu and nak suruh die block no tu dari masuk kat line aku. bile dah lega dari OGS ni,, timbul pulak yang laen.. kalau hari2 kene boleh gile weh.hypertension mungkin.. memang nasib malang la wei.. xmasuk apa yang aku duk study selama ni.

okeyh, entry ni rasa macam jijik pulak kan..duk cerita benda 18sx. adik2 kecik xboleh baca ye walaupon xde perkataan2 yang 'up' digune. tapi maksud same je. kang gune perkataan 'up', femes pulak blog ni and konfem dicop blogger 'panass' .haha..entry ni jugak xde p/s macam entry2 sebelumnye..euww,,geli mak!! pesanan, sila simpan yang aset2 anda, jangan duk maen tunjuk je..dan lagi satu sila bersihkan diri..


-OUT-

Aug 29, 2010

semoga awak jodoh saya..

lepas sahur sempat bukak fb, then terbaca artikel ni..rasa macam tertarik..awak,,sila baca eyh..=)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

keciknya dunia...balik-balik orang sama jugak

salam..harini update blog lewat malam lagi...walaupon mate dah kuyu tapi tetap nk post satu entry jugak..at least one kan?

malam ni stay kt kdse lg..tadi duk borak2 ng sis..cerita pasal semua benda..yea.no secrets between us.no at all kot..dalam duk borak2 tu terkeluar la cerita pasal kawan2..bukan ngumpat, tp memasing duk tanya macamane blh kenal budak ni, budak tu..rupanya, my sis kenal budak ni sebabnye kawan die memang frens dengan budak yang dimaksudkan tu..berkawan atas kawan la maksudnye kan..alahai..keciknye dunia..balik2 jumpa and kenal orang yang sama jugak kan.. cuma kadang2 kita xperasan dan xambik perhatian pun.

korang pon mungkin pernah alami benda yang sama jugak kan..dan benda ni memang salu jadi kat aku..haha..cuma aku yang lambat perasan..biasala, selalu amik sambil lewa kot..as long as kita kawan dengan die so means that kita pon kawan dengan semua kawan2 die la kan..tapi kalo die ada musuh, sory..saya xnak bermusuh dan dimusuhkan..=)

okay..cukuplah dengan entry pendek yang mungkin xde motif sangat pon..dah penat dah..tadi seharian keluar pegi angsana..beli baju tok si adik2 dan papa..tok diri sendiri just beli sehelai tudung je. mood nak bershopping xsampai kemuncak..semacam LOST!! mungkin die suruh berjimat cermat menabung tok masa depan..kih3. tapi masa sampai kat jj taman u ada beli sepasang kasut/selipar..xtahu nak explain mende tu kasut or x.2 in 1 kot..suka sangat sebab die simple dan selesa dan memang sesuai untuk casual ataupon pakai tok masuk lab..haha.. dating pon boleh...raya lagiii la bolehh..so rasanya cukup kot tok raya tahun ni..xnak enjoy lebih2 la..kene saving tok grad and tok simpan kat asb..nak belajar jadi orang yang tak boros and good in managing my financial..yes,,i need to!!

p/s: xsampai seminggu lagi aku duk utm..nak balik buat kuih raya..excited!!
p/s/s: berat semakin naek..xsuke..perlu kurangkan makan supaya bila pakai baju raya nanti nampak xsendat..hahaha

saya rasa memang untuk setiap post dah jadi benda wajib tok mention nama pakcik walaupon dalam sebaris ayat.i dunno why..huhu..

pakcik,i heart u...selamat berpuasa dan selamat hari raya..

Aug 28, 2010

hupdated at kdse

sepanjang sem ni,,first tyme kot aku tido kt bilik my sis..ni pon sebab semua member die balik umah..ade yang jumpa bf..segala bagai la..dah namanya cuti kan..padahal weekend je kot.haha.. so "terpaksa" la teman meklong kat bilik.ayat macam terpaksa je kan. ish,,betulkan niat..=)

harini banyak benda jadi..dan harini jugak la aku rasa happy sangat3...motif??? xtahu kenapa..tp rasa happy gile2..dah,,jangan tanya kenapa ya sebab aku sendiri pon xtahu nak jawab soalan tu..hoho

harini xmasuk lab sebab konon putus asa xdapat result setelah 1 minggu run sample..masuk pon just nak amik bau lab then dengan tenang hati melangkah keluar terus p psz.. nampak macam rajinkan saya ni..tiap2 hari pegi psz kot.. tapi sila jangan tertipu, pegi pon niat asal nak cari juornal tapi last2 berjam2 duk berfb, berblog..haha. dah semacam addicted kot. journal sekerat je yang jumpa.. cam hampeh la dyia ni.. tapi kan kalo korang nampak aku tengah online tapi masa tu jugak la korang nak ajak aku borak.. mintak maaf awal2 la ye kalo korang kene ulang lagi 2 3 kali sampai aku paham.. dah bile tenet tengah laju, laptop depan mata.. aku tengah syok duk google blog, on9 shopping, fb... memang korang cerita pon akan masuk telinga kanan kua telinga kiri.. sori lah ye,,tu slah satu weakness aku.. memang xkan kisah orang sekeliling.. so,,rumet aku dah faham bile setiap kali aku on9 die akan p bilik depan sebab aku xkan layan sangat die..hahaha.. kejam kan?

harini jugak dah berjaya settlekan borang2 yang ada sangkut paut dengan konvo..yeayy!! rasa xsabar nak berkonvo dengan kawan2 dan awak.. tapi baju konvo pon xde lagi..xpela..yang tu boleh mintak mama tolong belikan..hehe. member2 aku duk pakat nak wat photoshoot tyme konvo nanti..macam best jugak kan?? bukan macam tapi memang best!!...salah satu kegilaan aku. walaupon muke xdela comey, anggun, jelita macam orang laen tapi aku sangat suke bergambar. ehh,,orang yang xlawa, muke berminyak, banyak jerawat xleh bergambar sakan ker? diskriminasi betol..huh! psstt,,awak..jom kita berphotoshoot..=)

lepas jumaat tadi pergi sps dengan mek nad..merempit la kononnye..dann..kami sangat teruja bilamana no i/c kami dipaparkan kat board..bukan femes tapi kami berjaya dapat scholar pasca ijazah tu..yess,,happy jugak la..tapi xsehappy bila saya dapat jumpa awak..huhu. untuk member2 saya..tahniah sebab anda jugak dapat..luck kot..alhamdulillah.. so, buat masa sekarang ni accept je scholar ni tapi masih lagi menunggu nsf...saya bukan tamak oke..=p

esok nak p angsana..jenjalan cuci mata dengan my sis..dah lama kitorang x hangout sesame even duduk satu u..yela, masing2 kat penghujung utm..jumpa pon jarang2 sekali je..so, ni lah mase yang sesuai untuk kami,si kembar yang berbeza umur. aku pon pelik bile ade orang cakap kami kembar...muke kami laen la..banyak giler perbezaan yang jelas ketara..antaranya ialah:

kakak saya kurus, saya gemuk
kakak saya tinggi, saya rendah
kakak saya pinggang ramping, saya berlemak2
kakak saya hidung kecik, saya hidung besar
kakak saya umur 22 thun, tp saya baru je umur 12 tahun..=)

see,ade perbezaankan..jadi kami bukan kembar.. dan satu lagi saya bukan kakak..dan kakak saya bukan adik saya..part ni memang pedih ulu hati. kemana2 pon pergi mesti orang cakap saya yang sulung..hadoi..muke saya ni matured sangat ker.. kembang kempis hidung meklong sebab nampak die lagi mude.cess..haha

p/s: saya sangat mengantuk.lepas update entry ni mau tido..
p/s/s: mane pakcik saya hilang...senyap je malam ni..hukhuk..
p/s/s/s: sgt terkejut dan pelik bile check duit kt atm td..sape yang pemurah tu?


entry ni tunggang langgang..kejap saya..kejap aku..da ngantokkkk...nyte kamu!!

Aug 21, 2010

keluar masuk reti..dasar betol!!

salam ramadhan..
entry kali ni berkaitan ngan manusia yang xberhati perut.
yang patotnye ada akal fikiran, boleh pikir mane yang baek mane yang tak..
yang boleh pikir ni perangai manusia ke ni perangai syaitan..
maaf, bahasa agak kurang ajar ckit...
tapi rasanya tak kurang ajar kot kalo cakap dengan orang2 yang xde hati perut ni..

tadi bukak fb..ade satu video ni pasal kes buang bayi..
alar,,,kes yang skarang ni dah semacam jadik trend kot.
merata-rata orang buang anak..
oii oii,,binatang yang takde akal pon tahu sayang anak wei..
yang kau melebihi binatang nak buang anak merata kenapa..

oo...dulu masa buat keluar masuk smpai merengek-rengek takde pikir..
bila dah perut mula buncit mulalah nak buat jahat..
buang anak,, gugurkan kandungan,,
yang paling kejam buang anak,, pastu siap bunuh lagi..
ya Allah,, dah dua dosa yang ko buat..sedarlah..
budak tu xsalah pape pon..
diri sendiri yang salahkan..

bile tengok surat khabar pon..
memang tiap2 hari ada je kes macam ni..
kadang-kadang aku rasa sedih..
kenapalah manusia ni boleh sejahat tu..
xkesian ke kat baby yang xtahu pape..
xde rasa bersyukur ke..
orang yang dah kawen puluh tahun xde anak beriya berusaha nak dapatkan anak..
kita yang pandai buat pastu perut buncit gendong 9 bulan boleh pikir nak buang..
kurniaan Tuhan tu sayang..
tak rasa diri tu kejam ke..
nauzubillah..mintak jaoh daripada aku, keluargaku, dan sahabatku..
mintak jaoh sangat2..
aminn..







tengok la video ni..sedih sangat...manusia dibuang macam sampah..sangat kejam