Jun 3, 2014

365*2


Alhamdulillah, 

Masih ada lagi blog usang yang dah lama kesepian ni. Sampai tuan dia pon dah lupa password and emel mana nak sign in. See, berapa lama ditinggalkan dan disisihkan.

Sepanjang 2 tahun kebelakangan ini, banyak sangat benda yang berlaku. Rasa nak cerita luah kan semua, tapi xsemua benda kita perlu ceritakan pada umum. simpan dalam hati lagi baik dan banyak positifnya daripada negatif.

So far, owner dah masuk ke alam pekerjaan. Dah 7 bulan menetap di Perlis, berteleku dan melangut di hujung utara, negeri paling kecil di Malaysia. Alhamdulillah. Masuk kerja pada 2 Muharram 1435H (6 November 2013), permulaan tahun Islam dengan harapan pekerjaan yang dilakukan diredhai dan diberkati Allah S.W.T. 

Dan, sekali lagi syukur dipanjatkan kepada-Nya apabila owner dah dinaik pangkat menjadi tunangan orang. Alhamdulillah. Terlalu banyak moment suka duka sepanjang tahun 2013 yang lalu, sampaikan kalau nak cerita satu-satu pun pasti tak kan habis.

Mungkin dari masa sekarang, blog ini akan diupdate dan disapu sawang-sawangnya. InsyaAllah. Doakan semoga urusan owner dipermudah dan diberi kelapangan hati untuk terus mencintai-Nya.

Till the,

Bubye,

Assalam.






Tulus Ikhlas,

Dyia Syaleyana

Nov 13, 2012

BLESSED 25TH


Salam...

Nak kongsi cerita lepas setelah lama tak berblog..=)

SELAMAT HARI LAHIR (belated) untuk awak Mohamed Nasrun yang ke-25.
Semoga berjaya dunia dan akhirat.. be a good man and a good student too..=)
Masuk umur baru, status pekerjaan pun dah betukar..

sekarang dah jadi full-time student kan, work smart okay!!
believe in yourself that you can do it.
handle your stress wisely..
use your time fully..
i'll support you through the hard and easiest time you'll go..
insyaAllah..=)


And sorry, for this belated birthday
Saya xsempat nak prepare ape-ape pun..
soon or later kita celebrate okay!


that's all..
I LOVE YOU!
AND THANKS FOR EVERYTHING..


Birthday Boy

Jul 8, 2012

jalan hidup

assalamualaikum..=)

wah, dah lama tak meluahkan kata-kata kat sini. Tak sempat nak menjenguh, apatah lagi menaip. Draft thesis pon tak siap-siap lagi. Dah 2 minggu duk hadap laptop, tapi beberapa jam je khusus untuk thesis. Selebihnya beautifulnara, fb, etc etc. memang tak komited dan produktif! haha

Anyway, sekarang dah 8/7/2012, tinggal lagi 10 hari untuk siapkan thesis! Nanti dah kena lapor diri kat UiTM. Perasaan Tuhan je yang tahu. takut, gementar, risau.. Entah macam mana nak adapt dengan situasi baru, kawan baru, tempat baru, rumah baru, housemate baru. Semua nak baru! tapi harapnye bila dah lapor diri kat sana, dapat la mintak extand sebulan dua untuk completekan 100% thesis yang diusahakan. Harap sangat. Sebab bila dah kena kerja, masa nak fokus pada writing memang terhad! penat bekerja la katekan.. =)

Nanti nak jumpa dekan/ketua program untuk bincang pasal further study. Kena sambung oversea ke over the river, yang tu kena diperjelaskan. Kalau boleh nak mintak sambung terus, sebab nak selarikan dengan masa depan. Ni pon duk fikir-fikir jugak, kalau sambung after 3 years, larat lagi ker? mana nak jaga rumahtangga (kalau kahwin), labwork, dan paling penting usia.. mampu lagi ke nak stay back kat lab sampai tengah malam. Muda-muda ni larat la kan, gagah lagi. huhu.. tapi risau jugak kalau-kalau kena sambung oversea. Memang excited sangat kalau boleh sambung kat sana, tapi nak bermastautin 3,4 tahun kat negara orang sorang-sorang diri boleh menangis jugak la kan.

Apa pun, semua tu bergantung pada Dia. Kita cuma mampu berdoa semoga dipermudahkan segala urusan. Kita dah pasang niat untuk kearah kebaikan, moga-moga Allah membantu. YAKIN!!



Apr 24, 2012

kesungguhan

assalamualaikum..

its such a long time that i left writing. and it's a bit awkward that i come here today to post something! haha.
Lately, memang lab menjadi second house to stay at, from 8.00 am till midnight n sometimes early in the morning. memang kalau bekerja sah dapat anugerah pekerja terbaik kan. =) Its not burden much, really really not, i deserve it, it's my future. so no matter what, i need to go on. life not as easy as we think right? setiap usaha ada ganjarannya, setiap usaha ada kejayaannya. berpegang pada yang satu. Dan tawakkal kepada Allah. itu penting.



Now, rasa macam dah tua sangat dah. kenapa? sebab up till Jun 2012, dah dapat 5 wedding invitation from friends. Rasa sangat2 tua kot. semua dah nak kawen. Congratulation in advance korang. Semoga bahagia sampai ke syurga. Rasa bersalah sangat sebab tak dapat pergi. Minta maaf ye semua, keadaan tak mengizinkan. =(















.......to be continue......

Mar 12, 2012

mama

really miss my mama damn much. isk isk.
i need your warm hugs, i need your kisses..
i really need you right now mama.

hope you are in a good condition, stay healthy, always beautiful and cheers up all day.
i know that you will never read this,
but somehow, when i'm not around, this is the thing that you should used to read when you miss me.
Love you so much!!!!

Jan 11, 2012

kata hati

memang betul orang kata..
kebahagiaan memerlukan pengorbanan..
tapi bukan dengan cara memutuskan hubungan..
sebab itu lagi memeritkan dan payah untuk diterima..

kita sama-sama kenal hati budi masing-masing..
sama-sama tahu luar dan dalam..
sama-sama tahu kelemahan, kelebihan..
sebab itu, kita perlu sama-sama atasi setiap kelemahan dengan cara saling melengkapi.

memang betul, susah untuk berubah..
sangat susah untuk diri ini yang hina,
tapi kita boleh sama-sama usaha,
usaha kearah kebaikan..
itu yang saya harapkan.

setiap hari, doa dipanjat
semoga jodoh dipanjangkan, diperkuatkan
restu keluarga telah diberikan.
hanya kita yang berhak untuk menentukan..

untuk awak,
saya merayu, sesungguh hati..
kita timbal balik mane yang kurang..
kita kukuhkan balik mane yang terurai..
saya masih perlukan awak..
untuk saya jalani hidup saya.
dan saya tahu awak pon masih perlukan saya..
saya tahu.....




saya sayang awak, untuk selamanya..
:'(


Jan 8, 2012

random

salam..

R.E.L.A.T.I.O.N.S.H.I.P

berhujah pasal relationship takkan ade kesudahannya.. kalau boleh nak smbung non-stop, sebab sembang topik hangat! Cuma ada satu kisah yang nak dikongsi bersama.. pandangan dan ulasan yang ditulis tidak merujuk kepada sesiapa, hanya menurut kata hati dan akal yang waras..:)

Sesetengah orang merahsiakan siapa "teman tapi mesranya". yeaa, ini realiti dah telah dibuktikan dan disaksikan oleh aku sendiri. Hal ini biasanya terjadi pada kaum Adam, kononnya nanti member kamcing mengutuk, perli, dsb.. Pelik? tapi itulah hakikatnya.. petang semalam sempat chat di fb dengan sorang kawan di MRSM dulu, LELAKI.. ceritanya dia suruh carikan junior2 perempuan, orang kelantan, nak dijadikan adik ipar,katanyalah..
Tapi diri sendiri masih belum berpunya. 

Bila ditanya-tanya, alasan yang paling mengejutkan adalah.." tak nak kapel sebab takut member tahu".. tak salah pon kan sebenarnya, tapi mungkin bagi segelintir lelaki, mereka lebih mementingkan hubungan persahabatan geng kamcing masa sekolah dulu, berbanding serius relation dengan perempuan. Haaii, macam-macam hal. umur dah 20-an kot. tak salah rasanya nak kenal-kenal dengan mane-mane perempuan yang dirasakan sesuai untuk masuk dalam list wife-to-be.

Dan katanya lagi, geng-geng depa sanggup tinggalkan awek sebab kawan. Yang ni aku nak ulas panjang sikit. Aku kurang setuju dengan apa yang dia cakap. sanggup tu sebab kawan tinggalkan awek menonong camtu je. kalau perempuan tu jenis mengongkong xkisah la kan, alasan mungkin boleh terima.. tapi kalau awek die tu baik, oke, tak buat hal patut ke nak tinggal macam tu? Alasan ni susah untuk perempuan terima. Tak logik langsung! Mungkin aku kurang faham/arif pasal persahabatan lelaki ni..mungkin bagai isi dengan kuku, aur dengan tebing, ombak dengan pantai.. tak dapat dipisahkan. mungkin kottt.. tapi tanpa mereka sedar perbuatan tu semacam salah di mata aku. konon nak alone forever, tapi hati sakit/jeles menggunung tengok orang lain dah berpasangan, nak kahwin, dan dah ada anak pon. Entahla, aku tak nak komen lebih-lebih, kang nanti ade orang sound/marah-marah pertahankan kaum mereka. Mungkin mereka pon belum bersedia nak ada full komitmen dengan perempuan yang dikatakan kompleks ni. sebab tu bagi alasan yang semacam ni. mungkin kott.. (sorri, entry ni banyak mungkin,hihihi)

Cerita diatas tu mungkin ada kaitan dengan segelintir (<30%) kaum lelaki. Tak semua yang berpandangan macam tu. semuanya terpulang pada diri masing-masing. apa yang penting, persahabatan masih dikukuhkan, pencarian wife-to-be harus dijalankan. ketepikan cemuhan/perli dari kawan-kawan, sebab kita pon mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.. perjalanan jauh lagi.. takkan nak alone forever sampai ke tua kott?? emm, mungkinn..:))



end it here. sorry kalau ada sapa-sapa yang terasa..:))
peace no war!