Jan 29, 2011

hujan dan katil, saya dan awak

harini hari kedua terakhir stay kat utm before nak balik bercuti chinese new year..yippi..xsabar gilak mau pulang ke rumah. barang dah pack dah ckit2..tinggal cebisan2 kecik je yang belom..

kat selatan tanah air hujan je manjang..sekarang ni nak jumpa matahari to say hi pon xde peluang. langsung xde peluang, cuma katil boleh kata welcome to me sebab bila hujan mood nak meringkuk dalam comforter makin membuak-buak. imaginekan macam lelaki yang tengok perempuan seksi, rasa nak terkam terus.jaga-jaga yu..

so,bila dah gayanya macam tu, nak keluar mane-mane pon malas. malam ni plan nak pegi bazar jb, cuci-cuci mata dengan 'keindahan' alam, tapi kalau hujan camane nak pegi, nak jalan pon rasa xselesa..jadahnye, mungkin duk bilik, ngadap laptop tonton wayang sendiri, pastu makan strawberries..yummy yum yum!!

bahan untuk mengajar esok pon xsempat nak fotostat lagi. pemalas punye cikgu..kalau lah students tahu mesti die dah xnak masuk kelas science cikgu dyia lagi.blacklist terus! haha.
sabar ajelah~

pakcik mesti dah otw nak g maen bola kan..ade match katanye..see,, i xlupa yu ada match bola padang petang ni. malam ni u nak g maen badminton, semalam yu maen bola sampai muntah..see,,i tak lupakan?hehe..sometimes or even everytime i lupa..sori la eh sebab yu dapat awek yang pelupa. bukan xamik port bile yu cakap tapi memang jenis yang orang muda tapi nyanyuk kalah orang tua umur 70.omputih cakap absent-minded..sori tau yu..jangan cepat sentap, nanti dah xmacho bila tengok yu tarik muncung 14 depa..hehe.apepon, ai xpernah lupa untuk sayang dan cinta yu..xpernah tau.hihi.=)




Jan 27, 2011

maafkan kalau....

dari hati yang ikhlas, ditujukan pada sesiapa yang mengenaliku.

maafkan diri ini kalau pernah melukakan hati sesiapa..
maafkan diri ini kalau pernah membenci sesiapa..
maafkan diri ini kalau pernah menyakiti sesiapa..
maafkan diri ini kalau pernah menyombong dengan sesiapa..

sedar dengan kelemahan yang ada, sedar dengan kekhilafan yang dilakukan, sedar dengan keburukan yang terserlah..sedaya upaya cuba memperbaiki yang terbaik..sedaya upaya cuba berbuat baik, agar dapat menerima balasan yang terbaik..

dan..
terima kasih atas pujian yang diberikan..
terima kasih atas semamngat yang disuntik..
terima kasih atas kasih sayang yang tersemai..
terima kasih atas persahabatan yang terjalin..
terima kasih atas kejujuran dan kesetian..
semoga ianya tetap tersemat dihati buat selamanya..
dan semoga kita masih kekal sama..
berkawan sampai bila-bila..

Jan 26, 2011

macam-macam hal


eh eh, aku memang pelik..sangat pelik dan bingung.sejak bila pulak aku gatal2 tangan bukak account maybank eh? tindakan luar sedar ke? siap pihak maybank hantar email lagi. hello, wrong person oke. i'm not your customer bagai, siap suruh orang activate balik account. pening2~

xpercaya tengok ni.tetibe bagi kat aku napenye..aiyyooo!




skarang ni masih lagi berkurung dalam bilik. tadi berkobar semangat nak p lab, tapi hangat hangat tahi lembu sebab tetibe awan memuntahkan titisan air..alasannye kukuh sebab sejuk nak mandi..bukan malas or takutkan air.hehe.

oh ya,,ada member ajak pegi KL march ni..terbang dengan airasia. murah weh, rm30 for two ways. nak pegi boleh x orang KL? t kita jumpa kat sana ye, insyaAllah..=)



Jan 23, 2011

75% masa dihabiskan dengan benda yang tak berfaedah : memang sinonim dengan dyia :)

kalau setiap hari macam hujung minggu kan best.. boleh golek-golek atas katil. boleh rilek-rilek layan movies..boleh keluar dating dengan bf. tu pon kalau bf dekat. tapi kalau case macam saye boleh keluar dating dengan girlfriends..=)

harini bangun agak lewat sebab mengantuk sangat. dua tiga kali postponed alarm, kalau boleh jangan bunyi ganggu ketenteraman saya. tapi at last surrender sebab nak kena bersiap untuk mengajar. nasib baju dah siap iron, tudung ekspres dah siap tergantung, jeans dah 2 3 kali pakai.=) tergopoh gapah bersiap tadi sebab sedar dah sangat lambat. habis botol perfume, losyen jatuh bersepah dalam locker, kalut bagai.. kesian dorang duk menunggu kat bawah. i'm sorry..

balik mengajar sempat amik brunch + dinner skali, lapar sangat kot sampai tadi masa duk menulis kat whiteboard perut berbunyi..aiiisey,,malu jek kat student. pastu godek-godek fb kejap then bingo!! tido xhengat dunia. serius harini amat sangat mengantuk gaya makan pil tidur, member ketuk pintu bilik pon xsedar.huhu.

so, harini end up dengan berhabis masa kat bilik jela..xkeluar p mana-mana.baguskan saya? sesekali puji diri sendiri. rumet tengah duk selami kebahagiaan sepanjang harini sebab bf die datang. so, tinggal lah den sensorang duk layan laptop compaq yang xseberapa canggih ni.

hmmm, tinggal lagi beberapa hari nak balik. xsabar gila weh! asal nama cuti memang cepat-cepat nak g sriputri beli tiket bus or g jb central beli tiket train. saya rindu masakan mama, rindu katil kat umah, rindu 2 orang hero nakal, rindu sanak-saudara, rindu semualahh..cepatlah jam bergerak..lagi seminggu kena tunggu..huhu.



nota kaki:
tengah rajin nak menghupdate belog ni la internet mula buat hal..hanginn den. celcom oo celcom.awat hang ni!! buat penat ja cek bayaq rm50 sebulan. terminate kang.grr

Jan 21, 2011

sum up everything making it good

harini hari jumaat...esok sabtu dan lusa ahad...rasanya xperlu bgtahu pon orang dah sedia maklum. so, esok boleh rehat sepuas puasnye..hehe. lusa kena mengajar.

oppss, lupa nak habaq, saya dah jadi cikgu xbertauliah.hehehe. ahad ni dah 2nd time mengajar kat pusat tuisyen. saja nak cari pengalaman dan nak ada income sendiri hasil titik peluh serak tekak mengajar.. at least boleh tahu macam mana environment kerja walaupon xformal, perlu ade komitmen dan perlu komited.disiplin juga.. =)

rasa mengajar ni macam satu tanggungjawab yang besar sebab bukan mudah nak bagi semua students faham satu persatu. mungkin macam tu jugak la cikgu2 yang duk ngajar kita dulu-dulu kan? ade yang masa tengah mengajar tido, borak2..so, boleh tahu macamne perasaan cikgu yang macam duk cakap sorang2 tu. so far, student boleh catch up la. alhamdulillah.. tapi cikgu tak bertauliah ni kena revise balik la.. tambah2 buku science form 3. pulun baca macam dak tingkatan 3 nak amik PMR..=)

semalam duit lesap rm150. ketaq tangan jugak la nak bagi kat apek tu. tapi xpela, sebab lisa sakit. nanti jangan sakit2 lagi tau. biar tough macam momo. nak g hospital charge mahal. tuan miskin.. T.T

mak busuk ade kat kelantan skang ni. qaseh pon ade. sori xdpt balik sebab xsempat. t jemput la datang ke rumah..alang-alang dah sampai kelate kan. hehe. cume orang tu jer yang xmo p kelate.wek!! ok,gtg..mau mandi.hihi


p/s: rasa lega lepas selesai dgn jayanye organize colloquium selasa n rabu lepas.worth it!!
p/s/s: suara ramli sarip masih ade lagi..cepatla sembuh. nk mengajar cane ni.huk2
p/s/s/s: i love u!! i need u!! n i miss u demn much!!




Jan 17, 2011

ada otak tapi xboleh pikir

aku sangat marah.aku sangat sentap.aku hangin!! dah spoil mood pagi-pagi isnin ni.


oke,kalau difikir logik, aku rasa sesiapa pon setuju dengan aku. seriously sekarang ni aku xsuka dengan cara pengurusan kolej ni. patut tak nak hired tukang angkut sampah yang duk lalu setiap bilik pelajar perempuan seorang LELAKI? patut x? xtahula aku kenapa dorang nak sangat orang lelaki. ape?dah xde makcik aka perempuan ke yang boleh angkut sampah macam dulu? ke perempuan makin pupus? macam vangang jer!


aku memang sentap sekarang ni. korang boleh pikir sendiri la kan. kita mana duk tahu bila masa die nak lalu aras kita, bila masa die nak kutip sampah dekat ngan bilik kita. kalau lah tetiba terserempak, pastu masa tu kita nak g mandi or wateva. agak-agak la kan, kita pakai tutup aurat ke? nak g mandi pakai baju seluar panjang, siap pakai tudung? ade ke? tipu la kata semua tertutup. paling koman pon tudung mesti xde kan. dah nama kolej PEREMPUAN. yang tetiba lelaki nak masuk ni WTH!! nak sangat ker jadi kes yang pelik2?


walaupon die tua, india, pakai cap konon nak tutup mata sambil tolak trolley sampah, ingat die xbernafsu ke? ingat die xintai ke cikit2 kalau kita tetibe banggg selisih dengan die. common lar, benda boleh pikir logik kot. budak kecik pon tahu rasanye. so, aku harap sangat pihak pengurusan faham keadaan ni. ade otak dan akal patot boleh pikir mane yang terbaik.




sori,ayat agak kurang sopan. aku memang tengah sentap.
xjadi nak update pasal 1st time jadi cikgu. next entry..entry ni banyak dosa.


Jan 12, 2011

simbiosis


kenangan tahun baru, 8.1.11 - 10.1.11.

hujung minggu lepas terisi dengan hari-hari bahagia. rasa xsabar nak call mama cakap nak kawen walaupon sis dah bagi warning jangan langkah bendul.cerita intro cikit pon mesti orang boleh catch up "ala, nak story kisah cinta die la tu." wateva.


first jumpa lebih kurang pukul 2.30a.m sebab nak bagi kunci. walaupon mata dah makin sepet tapi hati tetap dup dap dup dap. dah 2 bulan xjumpa awak kan? balik bilik mata xleh lelap sebab bibir nak senyum dan otak duk fikir awak. sounds crazy right? =)


esoknye, keluar dari pagi sampai malam. breakfast kat kedai mamak. balik salin pakaian pastu terus pegi city square, aim cite guillever's travel. kalau xde back up ngan cerita laen.hehe. lepas tu jalan2 cuci mata, makan prosperity sampai perut muncit, dan bergerak ke danga bay konon nak hirup udara segar tapi sebenarnye x. last sekali end up dengan makan ketam berlada kat kg. senibung. gaya nak makan ringan2 je sebab perut penuh. so, ingat harga pon ringan2 gak la. tapi bila sampai bil duk congak2 mak aih, mahal nak mam***. nasib baek sedap. tambah lagi ade orang tolong kopek kulit ketam. thanks yang! oke, habis summary untuk 1 hari pertama. xnak cerita detail sebab selebihnya nak simpan dalam hati.wink~

second day, keluar breakfast bersama, amik baju dobi dan tengahari tu bersiap sedia untuk ke kenduri kawen classmate awak. at first segan jugak la kan sebab mang xkenal sape pon except awak. nak borak2 pon xde modal. so, mata memang terarah ke pasangan pengantin. sempat jugak berangan sekejap saya yang kawen. haha. pastu masa makan2 tu dah boleh adapt dengan situasi. so, layankanlah aje dengar dorang borak2. sempat jugak la bergambar sekeping dua sebagai kenangan. thanks perkenalkan saya kat ur member. =)

then, lepas tu terus heading to jb sentral.beli tiket balik kg, dan awak pon beli tiket untuk balik esok. rasa masa tu sedih je, sebab kalau boleh memang xnak bagi awak balik :( malam pulak pergi tengok AJL bersama. serius xpuas hati ana rafalli menang tapi awak gembira giler sebab dari petang lagi duk sibuk cakap ana rafali menang. masin betul mulut awak ye..hehe


last day, sempat pegi maxis kejap, baiki hp area taman u, melalak test suara 123 kat my idol, pastu balik kolej, kemas barang2. petang tu awak dah balik.seeeedih sangat!! xtahu nak cakap macamana. kalau boleh nak tarik tangan awak, pegang xnak lepas pastu cakap please,, jangan balik. tapi xberdaya. sebab awak ada hal kat sana. xpe,saya faham, cuma masa tu emosi xterkawal :'(. maaf buat awak sedih jugak. dan awak cakap, nak buat macam mane, kita masing2 duk jauh kan. dah, jangan nangis ea, tapi saya menangis lagi.


so, untuk awak kesayangan saya. terima kasih untuk 3 hari 2 malam kita berjumpa. terima kasih sangat sangat sangat. terima kasih sebab xjemu teman saya dari pagi sampai malam. terima kasih sebab ikut je mana saya nak pegi, terima kasih sebab sudi jadi driver saya, trima kasih sebab perkenalkan saya kat kawan awak, terima kasih sebab belanja saya itu ini. mesti duit awak banyak habis kan.sorry..dan,, terima kasih sebab sudi melengkapkan hidup saya. i love you sayang!


nanti kalau ada kesempatan kita jumpa lagi ye. awak kat sana kerja elok2, jaga kesihatan, jangan bawak moto laju2 dan siapkan proposal jugak. hehe. saya tunggu awak lagi 2 tahun boleh? xnak 3 sebab rasa lama sangat. tapi kalau esok pon boleh jugak. nanti saya tanya mama eh.hehe.dan untuk seperkara lagi, walaupon dah selalu bagitahu tapi saya xpernah jemu, "i love u sayang mucuk, thanks for everything".


p/s: nanti bila pakai baju padini tu ingat saya tau. kita pernah beli sama2..hee.

p/s/s: saje guna kata nama saya awak sebab tahu awak akan bukak blog saya. dan awak jugak yang suruh saya update. tapi maaf sebab xsempat nak update awal2 lagi. mata masih bengkak, dan hati kembali merindui. awak dah terbang ke sarawak..hukhuk.


gambar masa kenduri kawen kawan awak. gonna miss it!

Jan 5, 2011

omong kosong tapi bermakna

harini seharian duk melangut kat bilik. konon jadi puteri lilin, kena matahari terus cair. sebab tu lagi prefer duk tempat-tempat empuk, suasana romantik dengan cahaya matahari masuk sikit je,hehe.

sebab duk sorang-sorang kat bilik. banyak duk mentelaah diri sendiri. haha. mandi pon lepas hampir 2 jam azan zuhur. buruk kan?duk laraa on9 fb, blogwalking dll. tapi jangan ingat tu je keje den yo. basuh baju xpenah nak lupa.hand wash gitu.

tengah duk godek2 usha itu ini, ghupenye banyak benda yang kita sendiri akan rasai jugak nanti. contohnye kawen la kan (topik ni xkan abis selagi xkawen). bukan semua yang kita nampak indah tu sejuk mata memandang. tapi berat bahu yang memikul. sekali, terlintas ayat dari sape ntah cakap, 'nak bina rumah tangga ni xcukup hanya dengan i love you, you love i, tapi perlu selari dengan rasa tanggungjawab yang kukuh.barulah rasa nikmat hubungan rumah tangga tu.'

petang semalam pon, sibuk duk cakap phone topik kawen. tapi bukan dengan kawan-kawan la..dengan yang lebih berpengalaman, yang berpuluh tahun dulu makan garam dari aku. kata-kata paling aku akan ingat sampai bila-bila 'kalau duk jaoh, rindu-rindu sayang-sayang..bila dah dekat mulalah cari gaduh.' hehehe. biasela tu kan. bila dah dekat xkan nak berbaik je. sekali kena la ade part wrestling tu.ye x? barula ade rentak melodi r&b. :) tapi kalau duk jaoh pon still gaduh macamane ek?

last week family datang jenguk anak jauh nun diselatan. terubat ke'homesick'kan dihati. tunggu CNY anakanda balik yer. mengidam nak makan masakan mama.huhuhu. banyak pesanan ditinggalakn untuk budak nakal ni. terima kasih kerana selalu mengingatkan. :)

ouh ya, selamat memasuki alam persekolah kepada adik manja kesayangan, amie. dah masuk darjah 1 pon. dulu duk maen-maen, siap dukung lagi. skang tunggu die dukung kakak pulak. yang specialnye budak nih, standard 1 pon dah msuk sekolah swasta. kami 3 beradik dulu sekolah kerajaan jer. tu pon aku sorang jer sekolah lain. nampak sangat aku selalu disisihkan.huhu. papa cakap bialah yang bongsu ni jadi ustaz. boleh tegur kakak dan abang yang keras kepala. & memang sekolah yang dia masuk ni pon ala-ala sekolah tahfiz sains. setiap kali nak ke sekolah memang wajib kene pakai kopiah.good!

weekend ni xtahu la nak buat ape. ade orang pesan jangan duk menaruh harapan eksaited sangat. kang xjadi tarik muncung 14 depa. oke, xnak eksaited lebih-lebih. 60% je. ermm, ade sape boleh buat loan RM10k? nak pinjam. alat instrument projek master gua rosak. tadi dapat quotation nak replace control port about RM13k ++. rumet kata da boleh bayar muka keta dah, tapi aku kata dalam hati dah boleh wat hantaran kawen.hahaha

cerita momo dengan lisa

hai, saya momo! & hai, saya lisa! kami adalah kawan baik. dulu, momo xde teman. nak ajak borak dengan jiran sebelah pon segan. yela, dorang sombong. nasib baek lisa datang ajak kawan.oke, shake hand, hug2..

bercerita pasal lisa, walaupon die orang bandar (KL), tapi lisa xpenah nak bangga-bangga diri. sebab lisa sebenarnya asal kelantan. walaupon luaran nampak stylo mylo tapi dalaman makan budu woo.. sebab tu lisa suka kawan dengan momo. sama2 1negeri, cuma daerah yang berbeza. :)

waktu dulu, sebelum lisa datang, momo selalu kene ragging. kesian momo kan..nak kemana-man mesti suruh momo. itu momo, ini momo. sampai momo dah naek penat. tapi momo baek, xpernah merungut, meragam konon nak protes. momo cool jew~ xpela, selagi berdaya kan.baiknye momo.. ni, bila lisa datang, lisa bantu momo eh.. kita gilir-gilir. xdela momo penat sangat.

haa, semalam lisa pegi waterpark..best sangat kat sana. boleh mandi-manda. rasa sejuk, bersih je dari segala debu-debu kotor yang melekat kat badan lisa.nyaman gitu..nak cakapnye, kat sana ade orang baik budi tolong kiwikan 'kasut' lisa lagi..berkilat sampai boleh wat cermin tilik muka.heheh. nanti lisa nak ajak momo pegi sana jugak la. murah je sekali masuk, RM7. berbaloikan? masuk sunway lagoon mahal nak mampus.

momo, terima kasih tau sebab momo banyak bantu orang yang sedang menaip ni. baaaaaanyak sangat! teman tengok bola, pegi beli coolblog, ayam penyet dan banyak lagi la.. naah, skarang kita dah bawak kawan untuk momo. badan pon lebih kurang sama je.cekeding sama macam momo. momo nak g mane-mane mesti lisa nak g jugak. jangan tinggal macam tu tao. kitakan kawan. :)

ermm, sori ye momo, aritu kita wat momo sakit. kita rasa bersalah sangat sangat sangat...mintak maaf ye momo..harap-harap nanti momo sihat selalu, tough macam jiran-jiran badan 6 pack sebelah momo. kalau rasa kurang sihat, meh lisa temankan momo gi klinik eh.

oh ya, skarang ni momo dan lisa ade kawan lagi sorang. walaupon warna kulit jaoh berbeza bak langit dengan bumi, tapi kami xmemandang rupa. kami tetap kawan macam biasa. orang cakap berkawan biar 1000, bercinta biar 1. ye x?hehe. kawan kami pon same, asal kelantan jugak.. jadi kat sinilah (JB) kami berhijrah dan menjalin persaudaraan..

nanati kita g jalan sama-sama tao..:)