Feb 24, 2011

announcement

harini aku nak ke kole lumpur.. nak g meramaikan jumlah manusia kat sana selama mungkin 3/4 hari.. orang cakap konon nak g release tension kan.. jadahnye, macam la kat johor dah habis round kan?huhu. whatever..


and, doakan aku slmat sampai tao.. first time kot ni nak drive dari jb ke kl. orang laen dah berpuluh kali kot sampai. aku ni je yang first time. jakun oke!


k la, xnak membebel..doakan keselamatan perjalanan kami..bye :)
p/s: thanks mama coz percaya kat anak mama yang nakal masa kecik ni.teehee
aku doakan semoga kawan aku sihat kembali..aminn
prof, sori harini saya xnak masuk lab lepas prof belanja lunch..hehe. mintak halal ye.

Feb 22, 2011

undi anda adalah rahsia

semalam dah selesai hari untuk mengundi pilihanraya universiti,
korang pilih ape? aspirasi ke pro-M?
xpe, simpan jawapan tu sebab undi adalah rahsia.
semalam aku xmengundi pon sebab katanye budak2 master n PhD name dah takde dalam list fakulti. dah rugi la kan sorang pengundi ......

dan, sejak akhir-akhir ni rasa terpanggil nak korek2 pasal isu politik Malaysia. dalam facebook pon boleh tengok. yang tu mengata yang ni, yang duk komen kat bawah picture tu bukan maen jahanam ayat, sampai senaaang je nak kutuk2 ulama'.. aku yang baca rasa macam nak lempang je muka die. ko rasa ilmu agama ko banyak ke? ::sori, teremo::

dan kenyataan terbaru, (mungkin aku baru tahu) pasal bob lokman yang dah berubah dari jalan syahwat dunia ke arah islam sebenar. alhamdulillah.. aku ade baca post yang die tulis, rasa sayu, bergenang airmata.. semoga abg bob terus dalam dakwahnya..

aku bukanlah fanatik politik, tapi cukup sekadar nak tahu perkembangan sekarang. mana yang hak, mana yang batil.. mana yang benar dan mana yang salah. takde salahnye kalau kita nak ambil tahu pasal dunia sekarang. sebab ape? sebab dunia sekarang ramai manusia yang bertopengkan syaitan. wallahualam.

Feb 18, 2011

second medium

jumpa satu lagi medium baru untuk luah perasaan.. takde stalker nak jadi papa or mamarazi tak bertauliah.. cukup saya sorang tau sebab tu cerita perasaan saya..

kadang-kadang menulis ni boleh jadi satu medium untuk luah perasaan bilamana kita rasa takde sapa nak amik kisah pasal kita. terima kasih sebab adanya awak untuk saya luah perasaan walaupon saya sedar awak tak beremosi dan tak bernafsu manusia.

dan betul jugak awak cakap, perempuan ni kompleks. kadang-kadang kita xtahu kenapa kita rasa nak nangis, nak beremosi, nak ke sesuatu tempat dengan short planning. tanpa pikir panjang. sebab kita rasa bila kita lepas semua yang kita nak, kita akan rasa lega dan hati tak celaru.. boleh senyum sampai ke pagi.

Feb 16, 2011

CPM a.k.a Contest Pose Menarik

salam..
thanks untuk Cik As sebab tag contest ni untuk kiter..terharuuuu :)
sebabnye, kiter rasa macam xde satu pon gambar cantik menarik tertarik kau memang da booom untuk nak dipertandingkan. huhu.. tapi sebab dah diajak, kiter cuba godek lappy ni sampai hang untuk cari pic yang pose maut punyer.haha :p

big boss yang incharge this contest adalah Cik Alyn Zakree yang gorgeous!! :)


oke, kalau nak tahu lebih lanjut pasal contest ni, sila klik pic kat atas kay.. and this contest started from 12/2 till 12/3.. so, dan lagi aih korang nak snap2 pic..teehee~ yang penting jadi follower cik alyn ni.

oke, gambar yang nak dipersenyawakan, eh silap, dipertaruhkan adalah, jeng jeng jenggg :)


sesat ditengah kotaraya tapi cuba untuk senyum sebab bila kita
senyum semua banda akan jadi mudah..:)


oke, skarang nak tag

iii) suhaida
p/s: as, i've done..teehee

mulut orang

kadang-kadang ade orang macam internet bergerak ni perlu dalam kehidupan. sebab ape? sebab sesetengah benda yang elok, dan rasanya perlu untuk dibincang bersama terutama dengan ahli keluarga kena bagitahu dengan cara yang elok. tak lah sampai ke telinga ahli keluarga daripada orang sekeliling kampung yang sorang-sorang ada wayar antenna atas kepala. :)

kenapa aku cakap gitu? sebabnye orang kampung ni duk perhati, duk nengok.. kita pakai baju yang sama 2 hari berturut pon die perasan tau. nak katanya mereka-mereka ni ambik kisah. dan, bila sampai orang duk buka topik kat kedai kopi sambil maen aji, cakap pasal kita siang malam.. tak kerasa tebal muka nak tahan dengan orang kampung.. ye tak?

ntahla, malas nak fikir.. ada otak, fikirla sendiri..:) btw, untuk en. nasrun, good luck interview esok. jangan nebes2, jangan dup dap dup dap.. hati2 pergi sana. wish you all the best!! nanti kita jumpa tao.jeng jeng jengg... :)

sori, entry ni banyak kejutan.

Feb 15, 2011

changing climax

salam..

tak tahu kenapa sejak 2 menjak ni mudah sangat nak terasa hati..
nak pk benda yang bukan-bukan sampai kadang-kadang menyesakkan fikiran..
cepat rasa sedih..semua macam dah all in one..
benci la perasaan busuk macam ni..


dongak langit, xde pulak nampak bulan mengambang..
i need to recover my heart..
xnak nampak lembik walaupon sebenarnye dah lembik dan hampir pecah..
saya sangat sedih, emosi celaru..
nampak macam normal, tapi sebenarnya tak..
nampak macam happy, tapi duk diam nangis sorang-sorang..


jangan tanya kenapa macam ni..
sebab saya xtahu nak bagi jawapan ape..
saya cuma perlukan semangat dan dorongan..
sebab sekarang saya rasa macam down to earth sangat-sangat..
boleh temankan saya untuk buang perasaan busuk tu jauh-jauh?


Feb 14, 2011

V Day Orang Dah Tak Sambut


salam..harini isnin aka 14hb feb 2011.. dann, macam biasela, kalau tenung televisyen berlambak2 cerita2 romantik happily ever after keluar. nak tengok pon sampai berdarah mata. kesian.

harini jugak birthday my sister, d'yia sarah.. happy 23rd birthday sis.. moga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu dunia akhirat. :) semalam planning menjadi tip top giteww celeb birthday long kat restauran singgah selalu. kalau tanya orang JB, konfem semua tahu kot. kalau xtahu memang jakun giler wa cakap.

nak cerita cikit kronologi birthday party semalam:

2 hari sebelum kejadian, Farhan (bf long) call;

F: salam ngah..buat pe tu?nak mintak tlg blh?
aku: wslm,,blh..tlg ape?
F: blh x tolong wkilkan farhan untuk birthday long nnti?
aku: boleh2, no hal..nak suh wat ape?
F: blh tlg beli cake x? bla bla bla...

esoknye, cecepat aku tempah cake, plan dengan member long nak celeb katne. memang terbaeekkk lah!! puas hati gile. aku cadang kalau nak celeb birthday party boleh wat kat situ. dengan DJ buat ucapan satu kedai dengar, waiter mai anta kek kat kami, pastu semua pekerja die keliling meja kitorang nyanyi lagu birthday sama-sama. meriah sangat sampaikan ade orang tu menangis terharu.. hehe. best la buat surprise kat orang ni. sampai kita pon teruja.

so, dah xde dah maknenyer nak sambut V day. aku xwish pon kat die. yela..orang kata haramkan.. tapi xpela, hari cinta kami hari-hari.. takde specific nak tarikh ape-ape.. suwet x? suwet x? oke, sila muntah!!


birthday girl.. yang sebelah baju hijau tu sayer!!! hehe



black forest yummy yum yum!! sila baca tulisan atas kek..hehe





Feb 13, 2011

sombong

ade orang cakap aku sombong tahap gaban..ye ker?
rasa macam dah mesra dengan semua orang.
terlebih mesra pon ade..


sebab xbalas chat kat fb, mulut tu lantang nak kata sombong.lempang kang!!
orang xbalas mungkin bersebab kot.
kalau nak chat benda yang xde faedah dan membazir masa baek xpayah.
oke, harap faham yer..


kadang-kadang aku berlagak sombong jugak bila berdepan dengan orang sombong.
malas aih nk layan..
buang karan jer..

Feb 12, 2011

edisi gedik

saja nak menunjuk background laptop..


korang ade??hehe..oke, sila muntah sekarang. :p

dont judge a book by its cover : mata juga punya hati

salam..

sekarang rajin nak update belog sebab belog saya ada bunga matahari. cantik giteewwwww. haha. oke, nak tanya lah pandangan korang, kalau yang pakai sopan santun, baju xnampak bentuk badan, tudung bidang 60, seluar sendat xpakai langsung agak-agak hati die baik tak? aku bukan nak judge semua orang yang berpakaian macam tu buruk perangai. tak sama sekali. mungkin ade yang baik. baik luaran dan dalaman. tak dinafikan..

tapi, yang pernah aku jumpa pakaian dah elok dah. atas bawah tutup. kalau nak banding ngan aku bagai langit dengan bumi. yelah, aku pakai baju pon yang ketat2, seluar kalau bukan jeans dan skinny memang bukan dyia la..yup, aku memang jahil.. die jaga hubungan die ngan Allah, tapi ngan manusia sekeliling die buat onar. faham kan? so, ape guna kalau bersungguh jaga hubungan dengan Allah, tapi jiran sebelah menyebelah terasa hati, tak bertegur sapa, nak bermusuh. elok ke macam tu?

aku tak kata aku ni baik, simpang malaikat 44, tapi benda sejagat ni kita boleh pikirkan. bila dah pemakaian tu bersopan, elok.. perangai pon kena elok la. sebab banyak mata-mata yang memandang. jangan sampai orang cakap, "nampak je warak, tapi hati busuk". kan ke dah kena. orang pon dah mula tak respek. so, fikirkanlah mane yang terbaek. kita hidup ni kan berjiran, kalau dengan semua orang nak cari gaduh, jadi batu api, pentingkan diri sendiri.. xkan kemana jugak. ingat, Tuhan tu Maha Adil, balasan Tuhan tetap ada.. bukan dengan Tuhan jer kena jaga hubungan tapi dengan manusia pon perlu. sekali orang yang kau buat jahat tu xredha, sampai ke mati la dosa tu tetap ada. meminta maaf dengan seseorang bukan sesuatu yang menjatuhkan maruah. xperlu la nak letak ego tu tinggi sangat.

ni pon untuk pesanan bagi penulis sendiri, sebab berpesan-pesan itu satu kebaikan. jangan pandang jelik pada orang yang nampak kurang agama (pakai seksi seksa) sebab kita takde hak nak judge die busuk hati.. so, selamat beramal.. jangan mudah sentap tao!!

Feb 11, 2011

i'm sorry

harini rasa macam lonely.. serius cakap, so sebab tu lah buat-buat busy walaupon sebenarnya hati rasa kosong. kosong dengan suara yang tiap-tiap hari dengar, kosong dengan mesej dari orang yang selalu ditunggu.. saya minta maaf, mungkin ini salah saya.. tak pernah nak faham benda-benda remeh.

weekend ni nak berusaha sampai pengsan siapkan literature review.. tetiba rasa sangat-sangat cuak dengan keadaan sekarang.. harap semuanye berjalan lancar.. aminn. tolong doakan saya yer.

dan, terima kasih sebab call saya tadi. tetiba rasa sayu, tak tahu kenapa.. pukul 10 malam pon masih ade kat ofis lagi.. jaga diri tau. 143..i'm sorry.. my bad.


wajah baru

saje nak tukar layout..
new face, new inspiration, new motivation..
layout agak girlish ckit..
xpe, sebab sayakan perempuan..=)

till then,bye..
happy friday..


Feb 6, 2011

love bite ganas dan terhangat

pernah kena gigit hantu x?
gigi hantu macamane eh?
tajam2 macam piranha pastu ade darah kot.
xsure dan memang xtahu.


bangun pagi terkejut ade kesan lebam kat betis.
kemas jer letaknye sebesar duit syiling 50sen.
lebam mengalahkan orang jatuh.
dah sampai biru purple dah.
kalah love bite warna merah. =_=


hantu punya love bite memang warna macam tu kot.
tapi bukan kat leher, kat betis or paha..
memang hantu jantan amik kesempatan terus.
kat leher kurang feel.
cilakak!!
haha

***xoxo***

Feb 5, 2011

setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya : salam takziah untuk sue sekeluarga

tiga hari lepas (khamis), aku dapat call daripada salah sorang kawan baik aku, meksu..kebetulan petang tu pergi rumah sedara belakang rumah, so tinggal la phone kat rumah, assume xde sapa nak call. sekali balik, sis terjah bagitahu sue call dan ada berita buruk. time tu dah cuak dah, terus aku tanya sapa exciddent..rupa-rupanye family sue.innalillah..

kejadian terjadi pada hari rabu malam masa mak sue, abang die, dan anak sedara die, baby anis nak balik kampung kat machang kelantan. agak teruk la kemalangan tu..boleh imaginekan, bila kereta bertembung dengan bas, kat kuala lipis. masa dengar cerita sue, rasa sebak, takut..sampai mak die terpaksa masuk icu, operate kepala, jahit kat muka, tangan patah dan tulang kat bahagian belakang pon patah..abang die tangan dengan kaki patah, manakala baby anis meninggal.

cuba bayangkan kalau hal ni berlaku kat kita..mesti rasa lemah semangat, xde daya nak kata ape, rasa xkuat semangat..sekarang ni alhamdulillah katanya mak die dah sedar, tapi masih lagi kat hospital temerloh. abang die dah ditransfer ke hospital kuala krai..harap semuanya baik-baik saja.

untuk kak jah, salam takziah atas kehilangan baby sulung anis. mungkin ada hikmah benda ni terjadi..harap sue sekeluarga tabah mengharungi ujian ni dan jangan mudah patah semangat. untuk my dear sue, jangan sedih2 lagi tau..saya tahu awak kuat. saya tahu awak xmudah patah semangat..ingat, ni semua dugaan dari Tuhan. die lebih mengetahui segala apa yang terjadi. sue tabah k..xnak tengok awak sedih2 lagi..al-fatihah untuk baby anis. semoga rohnya dicucuri rahmat.aminn.

hari biasa di isi dengan perkara yang luar biasa : dating bersama mereka

salam...
harini dah hari ke-enam berada kat rumah..dan selama ni jugak la xsempat nak update belog yang xseberapa ni.dah berdebu pon..fuhhhh,kasi buang itu debu..=)

selama hampir seminggu ni boleh kira dengan jari berapa kali je makan kat rumah. semua pi rembat rumah orang. dalam sehari tu boleh cecah tujuh buah rumah. paling cikit dua buah rumah sehari. makan free orang kata..yela, sana sini ada kenduri. xpergi kata dek orang. lagipon bila orang dah ajak dan kita xpergi dikira berdosa tau. jadi, dengan erti kata lain kena la pergi, jamah sejemput dua nasi yang terhidang..sampai naik muak makan gulai daging. kalau ada ulam dan budu kan ummpphh!! dan rasanya xsempat jugakla nak suruh mama buatkan laksa penang..hukhuk..kempunan den.

harini sempat keluar dengan bestfriend, alyaa..dah lama siottt xjumpa.dan macam biasa la, semua benda nak cerita.pot pet pot pet xhenti.. port biasala, kbmall tapi harini sempat mencelah pergi PCB (pantai cahaya bulan). tu pon sebab pergi ngan driver, kalau tak, hareemmm nak sampai sana.maceh adikku..dan maceh jugak untuk alyaa sebab belanja makan kat pcb tadi..hehe.

masa duk berselera makan kat pcb tadi, si kecik duk ajak-ajak dah jalan tepi pantai..padahal nak cari alasan nak beli wau la, bola la.. sekali aku cakap, xpayah la dik..beli nanti ngan papa. t boleh datang lagi..cepat2 si kecik tu nyampuk, xse2, papa bekeng supo kuba ngamuk.hahahahahahaha..tergelak sakan aku!!! macamana la boleh die cakap lagu tu..sakit perut duk tahan gelak.huhu..macam2 hal..

so, sampai rumah dalam pukul 5 lebih, mengantuk letih jangan cakap la..tapi bila sampai rumah terus mata jadi bulat, xnak tido..esok nak ajak driver pergi rantau panjang pulak.. bila lagi nak manja-manja ngan adikkan..kat utm nanti konfem dah xde driver.huhu...

balik utm jadual dah berubah balik..dah xde dah makan 2 3 kali sehari..yang ada cuma makan sekali sehari jer..huhu.sabar jela..dan nak aim turunkan berat 3kg..badan den dah besar mengembang la.huhu