Mar 31, 2011

semua tak kena..



ahhaa...tadi duk jalan-jalan kat 100penulis, baca post ni.so rasa nak share la..sharing is caring kan..hehe. kalau korang baca jangan mudah sentap tau. buat derk je, even korang terasa macam tercucuk kat diri sendiri..huhu. entry ni bukan nak tuju kat sapa2, takde hidden meaning tapi rasa macam tertarik nak re-post kan balik kat belog ni..kih3. so, just read through..then smileee :) 





001
Bila perempuan layan dengan baik, lelaki akan kata.. "minah ni jatuh cinta kat aku la"
tapi..
Bila perempuan tak layan, lelaki akan kata.. "pehh.. sombong giler perempuan ni"


002
Bila perempuan pakai baju lawa-lawa jumpa dia, lelaki akan sangka.. "minah ni nak ngorat aku la ni, pakai lawa-lawa.. padahal jumpa kat depan pintu je."
tapi..
Bila perempuan pakai selekeh.. lelaki akan kata.. "minah ni kuno betul.. orang ke apa ni?"


003
Bila perempuan membangkang, lelaki akan kata "keras kepala betul minah ni.."
tapi..Bila perempuan diam senyap, lelaki akan kata.. "takde otak ke?"


004
Bila perempuan lebih bijak, lelaki akan kata.. "ala.. aku saje bagi chance kat dia"
tapi..
Bila lelaki lebih bijak, dengan bangganya lelaki kata "hahaha.. orang hebat, biasa la"


005
Bila perempuan tak cintakan dia, lelaki akan sedaya upaya memujuk & merayu.
tapi..
Bila perempuan dah cintakan dia, sedaya upaya lelaki cuba meninggalkan perempuan tu.


006
Bila perempuan luahkan masalah kat dia, lelaki akan kata "banyak betul masalah minah ni, heh!"
tapi..
bila perempuan tak mau kongsi masalah, lelaki akan kata "ala.. you ni tak percayakan i la.."


007
Bila perempuan membebel, lelaki akan kata " you ni macam mak nenek tau.. hari- hari bebel kat i."
tapi..
Bila lelaki yang membebel, lelaki akan kata.. "i bukan apa, i sayang kat you.."


008
Bila perempuan tak tepati janji, lelaki akan kata.. " you ni tak leh dipercayai la"
tapi..
Bila lelaki tak tepati janji, lelaki akan kata.. "i terpaksa buat macam ni you.. "


009
Bila perempuan merokok, lelaki akan kata.. "pehh.. minah merokok. gila teruk dia ni."
tapi..
Bila lelaki merokok, lelaki akan kata.. "merokok baru la gentleman.." [merokok membahayakan kesihatan]


010
Bila perempuan sakiti hati, lelaki akan kata.. "you ni kejam kat i.. sampai hati you.."
tapi..
Bila lelaki pulak yang buat, dengan selambanya lelaki kata.. "ala.. you ni sensitive la.."


haaa? macamana? kalau terasa kelemahan diri, perbaiki lah.. ala.. bukan lelaki je bermasalah, perempuan pun bermasalah jugak. sape yang takde masalah, memang "bahagia" sangatlah hidup.. lalala~


p/s: entry ni di repost dari sini..:)

Mar 27, 2011

important and urgent

salam..harini dah hari ahad..esok dah isnin. lusa pulak selasa.. aduhaii, cepatnye masa bergerak. tapi kerja masih tak berganjak. hati kuat mengatakan 2 3 minggu ni kalut habiss lah. nak kejar assesment bro..

18/4 dah kena present. dan aku pulak presenter pertama aka pembuka majlis assesment. cuak tak cuak kena la terima. siyes, tak pernah pulak aku jadi orang first especially bab-bab present ni. kalau boleh nak jadik orang last.huhu. but on the safe side, bile jadi yang pertama, boleh tarik nafas lega dan tengok je kawan-kawan laen yang masih cuak muka pucat lesi..hehe

schedule memang agak ketat dan sendat untuk 2 minggu yang akan datang, semua nak disegerakan sampaikan tak tahu mana yang patut buat dulu. fuhh, tarik nafas panjang-panjangg.. kang semput. dan rasanya memang kena bermalam kat lab la kot. makan pon sekali je waktu pagi, pastu terus xmakan. bukan sebab nak jimat tapi sebab risau tahap gaban sampaikan nafsu lapar tu tak sempat nak hasut. huhu..

okela, nak out dah. sempat je kan mencelah buat entry..hihi..sekadar sampingan sambil buat kerja. rasa gatal tangan nak menaip. fokus dyia fokuusssss!!!! oh ya, semalam pegi pesta konvo. beli kaen 2 pasang rm45. murah kan?? hehe

bye~ 

Mar 25, 2011

oh my,,its friday..

blessing friday dah sampai..
harapnye, bila mula apa-apa dengan hari jumaat akan dapat keberkatan dan kejayaan..
aminn..

sekarang ni kalau tgk kat blog, ataupon status fb aku..macam banyak kata-kata semangat tertulis. yea, sebenarnya ditulis untuk diri sendiri supaya xmudah patah semangat. tak mudah lembik walaupon ada seketika terjelepuk jatuh, rasa lemah..

kalau ikutkan..sekarang ni dah ada kat KL dah. sedih weh bila kita plan dari awal-awal lagi tapi xdapat pergi. nasib baek tiket murah. mau taknye menangis sorang-sorang kalau harga beratus-ratus.huhu

ermm, awak..saya pergi laen kali eh? nanti bila saya dan awak tak busy. dan nanti bila saya berpoket tebal jugak.. sebab haritu masa gi sana, telan air liur je tengok kawan shopping.hahahaha.. doakan jugak biar saya dapat result eksperimen saya.huhu.  


Mar 24, 2011

jom berpesta konvo

semalam dah start pesta konvo UTM ke berapa ntah..lupa..huhu..banyak gerai2 dibuka..dan semalam jugak kitorang dah merasmikan pesta konvo tu..awal giler kan pergi..kalau dulu, nak dekat2 habis baru terkedek-kedek nak pergi. konon nak dapat harga yang murah la kan..taktik2..:)

tapi, semalam macamana ntah rasa nak ke sana..well,sebab mungkin malam ni kena stay back kat lab..sebab tu guna sepenuhnya malam semalam untuk enjoy and release tension bila results untuk assesment tak dapat. sounds pity kan?

dan semalam jugak, member-member duk borong kaen pasang untuk buat baju kebaya. ala,, kain yang ada kerawang-kerawang, sulam-sulam bunga tu.. sampaikan dorang suruh makcik tu siampankan yang dorang pilih, then amik arini.. gilakan bila perempuan dah rambang mata, rasa semua nak beli.lol.. actually, aku pon duk gila jugak bila tengok banyak baju siap yang dah dijual..murah-murah pulak tu.. aii,, kalau duit ada, ade kot beli 2 3 helai.. tapi kena sedia maklum la, kewangan x mengizinkan. cukup untuk makan seminggu je weh duit aku..
pokai-pokai.

emm, tetiba aku rasakan kan.. bila ada pesta konvo ni, it seem unfair to man la..sebabnye banyak kedai yang duk jual barang perempuan jer. almost kedai jual baju kurung, kain pasang, telekung semayang la.. dan boleh bilang dengan jari kot berapa kedai je yang jual jersi, jeans lelaki, and bla bla.. hehe. it is normal kot, shopping2 ni sinonim dengan perempuan..yeyeahhh!!

oke, sekarang aku duk update blog kat lab. sambil tunggu run sample.. aku makin cuak weh. masa makin hampir. tapi takdela berdebar dup dap dup dap macam jumpa ehem ehem.. mugkin aku dah cuba sedaya aku.. dan aku akan gunakan masa yang ada sebaik mungkin before aku pitam, tergolek atas lantai sorang-sorang. i'm trying my best!! kalau ni pon tak berhasil.. apakan daya. mungkin ada hikmah disebaliknya.. it is not because i'm lazy or what. but it is because of fate. and i need to face it calmly.. huihh,,cakap omputih laa..haha. xpe, just to give monolog support to myself.. dan aku tak salahkan takdir.. mungkin Dia nak uji kesabaran aku kan?  :)  <---- positive thinking.

till then, cheer~  saya masih boleh senyum, tapi mungkin kurang manis cikit. thats why i need to drink "jagung cincau"..hahaha..:p. aku dah mula addicted dengan air ni.. thumbs up!!

Mar 22, 2011

korang dah daftar sebagai pengundi?

tetengah duk tunggu run sample kat lab, tetibe tergerak hati nak check semakan daftar pemilih.. sebab haritu ade member ni siap chat fb, pastu pm lagi cakap nak tolong daftarkan untuk aku. memula tu ckap papa dah tolong daftarkan, bila check online, yang keluar "maaf, rekod anda tidak ditemui"...huhu

so, kira takpela.. biar kawan ni je yang tolong daftarkan.. die pon cakap die cari hasil/duit sampingan melalui kerja macam ni. so, dengan rela hati bagi semua details yang die nak.. termasuk no hp okayy!! tup tap tup tap.. kira terputus macam tu je. takde kontek ape dah..

sekali, aku saja je gedik2 nak check tadi, jadahnye keluar benda yang sama.. "maaf, rekod anda tidak ditemui".. haremm betul. menyesal aku bagi, yela.. xbagi kang kawan tu cakap ape plak.. so, atas dasar simpati dan bukan iri hati, aku bagi..kalau tahu jadi macam ni baek aku g daftar sendiri kat kaunter spr masa jom heboh haritu.. hampeh!!

ni, papa mintak lagi sekali salinan i/c aku.. katanya nak daftar sebagai pengundi LAGI SEKALI!! nama aku je yang takde. nama akak aku ade.. ahh,tercicir mugkin..think positif :) ni dah kali ketiga aku cuba nak daftar.. kalau xlepas lagi mang xnak dah daftar. xnak xnak xnak!!! majok setaon!!!!!! hahaha

dari keras jadi lembik...urghh

sori belog...lame dah tak menghupdate. xsempat nak taip berjela-jela..sibuk + broadband kena block.haha. alsan kukuh kan?

sekarang ni duk fenim2 kepala sebab first evaluation makin dekat. ibarat mulut buaya dah terbuka, tinggal nak ngap ngap ngap je.. saboo ajelahh~ result satu habuk debu pon tade lagi..

tu la yang sibuk duk tulis dari keras jadi lembik..otak jangan kasi 'biru' tao..ala,,buat biase jer. macam korang xpernah tahu dan tengok..sekarang ni dah lembik sebab kena pulun habis-habisan.. tu la, dulu lame sangat duk keras, lonjak sana, lonjak sini, maen sana maen sini...haa,sekarang lembik lah ko sorang-sorang kat lab. takde sapa nak teman.. urkk, tetibe rasa 'semacam'..

kalau ikut schedule, si lembik patutnya berhoney moon dis weekend.. tapi xtahu la boleh pergi ke tak :( means honey moon ialah rehat secukupnye dengan dia..haha. tapi tak boleh dipastikan lagi boleh pegi ke x? sori yea, nanti saya bagi jawapan last minute kat awak.. tak pon, you are most welcome to come here darling.. teman saya kat sini dannn, kita boleh g pesta konvo same-same. if you are not busy la..i tak paksa..hihi

oke guys, wish me luck tao..maen2 dengan instrument ni banyak kena sabar. kalah kerenah manusia.. once die buat perangai habis lunyai projek aku..orang putih said : GAME OVER!!!  

and if this happened (i hope no) i should say : OK, I'M QUIT, TQ... (berjalan megah balik kampung)

p/s: aku nak ada master!!! dan kalau diberi peluang further study lagi aku xnak dah UTM, not because of the environment, but because of the limitation on the instrument..serik weh, serik!!

Mar 11, 2011

monolog dalaman

saya rasa nak nangis sebab saya rasa lembik.
saya rasa nak nangis sebab saya tengok orang lain dah berjaya, tapi saya ditakuk lama
saya rasa sangat sedihhhh sekarang


saya ni malas sangat ke?
selalu ambil benda sambil lewa ke?
buat kerja tapi macam xbuat ke?
rasa macam semua orang ketawakan saya sebab nampak saya macam bodoh
saya xkuat macam orang lain.
saya xbijak macam orang lain.
saya kurang dari segala benda
isk isk
bolehkan kalau saya nak nangis untuk waktu ni..
T.T


saya selalu berharap semoga esok akan ada harapan,
akan ada sinar..
tapi nampaknye semua dah jauh dari saya.
hati saya macam tisu,bila kena air akan koyak.
saya memang lemahh,lembik,tak kuat..
saya rasa nak give up..:(

just think about it

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL....



source: fb  Say Woot Woot

Mar 9, 2011

beli rumah weh!!

semalam kat berita PM duk umum pasal Skim Rumah Pertamaku. ni pon tahu bila tengok status pakcik kat facebook. tadi masa tengah drive, dengar dengan telinga sendiri pekebenda skim rumah pertamaku ni.

Skim ni diberi kepada remaja yang xberapa remaja, berumur 35 tahun ke bawah sahaja untuk nak ada rumah sendirik dengan 100% pinjaman tanpa perlu ikut prosedur yang biasa; kena bayar 10% wang deposit. Selain itu, syarat lain yang ditetapkan ialah gaji mestilah dibawah RM3000. So, sesape yang rasa layak tu cecepatla mohon. rugi tau dak kalau buat xheran ja. orang dah offer baekkkkk punyer. trima kasih PM..

nak rumah terbalik macam ni boleh x? nampak unik jer..

emm, kalau kes aku yang bakal dapat scholar around 1.5k sebulan selama 2 tahun camne ek?boleh apply x?kah3..sebok nak jugakk..

Mar 3, 2011

testing

jeng jeng jenggg..
xde motif tapi nak update jugak..
next time gi KL, nak cari mr yellow pulak..
please wait another 1 month yer.insyaAllah..:)
bersama mr pink..:)

Mar 2, 2011

dah terang lagi bersuluh


salam...
rasa dah lama tinggal belog ni..
weekend lepas duk happy2 kat kole lumpo sampai lupa belog terabai.
sori yekk..

hutang tag cik as pon belom terlaksana lagi..adeh..sori2..
nanti sat lagi saya buat eh..

ahha, pasai tajuk kat atas..
bila dah nampak orang duk post pics dengan laki
pose mesra, senyum, bahagia tu,
paham2 la kan..
bf die la tu..
jangan duk pi tanya lagi..
kot nanti kena jerkah..

kalau nak cakap sedondon, sepadan, serasi.. silakan..
walaupon korang rasa nak muntah..huhu

dann..
satu lagi, boleh tak jangan duk on chat tanya itu ini,
nak kenal2, senyum2 kambing..
rasa geli..
malas layan jenis yang macam ulat bulu dah naek daun..
sekian.


p/s: bukan nak kata cek ni femes ke ape. tapi kadang-kadang rasa xselesa bila kita mood happy gile2 balas komen ngan member, pastu baannggg ade orang nak chat.kalau kenal xpe.ni ntah dari mane asal..nak remove tak tergamak..faham kan?

jom layan gambar ni..masa pi KL last weekend..:)


awek-awek RC yang cunnn..hada, my bestie..:)




ngan pakcik kat zoo negara...happy..:)