Sep 28, 2011

last weekend

dyia masih di awangan...
malas mengusai diri..
otak melayang  merata tempat...
weii,, sampai bila kerja nak siap?




kena struggle sampai pengsan..
end of october should be done half of it...
wish me luck friends..
serius runsing tapi otak boleh rileks dan badan boleh shuffle lagi..
hmmm,, bad part of mine..suke tangguhkan kerja..




oh, btw, congrates sis on your convocation last weekend..
pictures? of course ade.. zaaasssss..



oke,, here is my sis..congratulations !!!!




tak lengkap rasanya kalau xda gambar dengan family..









sudah menjadi hobi dan kegilaan.. pantang nampak kamera..





treating family kat Sedap Corner.. Look like i'm the eldest..huhu..





oke,,itu saja untuk hari ni..bye!
p/s: rasa nak tukar layout..bosan da...

Sep 23, 2011

mana nak cari..

salam..


Pernah tak korang rasa nak satu benda tu, dah jumpa, tapi bila try xdapat/xmuat (baju /selipar, or whatever).. then korang caaaarrriiiiii jugak sampai jumpa? Pernah tak?


Same situation here.. dah 3 buah Jusco pergi, JJ Bukit Indah, JJ Tebrau, JJ Taman Universiti.. Satu pon xjumpa.. Kat Bukit Indah ade, tp saiz pulak takde.. Sangat sedih sebab bila tengok at first glance terus panggil salesgirl 

" dik, saya nak saiz 36/37"   




"sori kak, dah xde, ni yang last.."





terus DOWN..



search internet pon xjumpa...menyesal tak tangkap gambar..:(



nak cari jugak sampai jumpa..oh Sembonia.

Sep 21, 2011

monolog

salam...

Harini minggu yang penat giler-giler... Stay back kat lab starting 8.00a.m till 12.00a.m. Sounds like "whooaaa,,rajinnye.." tapi penat Tuhan saja yang tahu. Back pain memang dah setia dari awal-awal lagi. Thanks..T.T

Petang tadi melawat labmate yang accident. Syukur semuanya selamat walaupon kereta dengarnye memang dah total loss. At least die dan keluarga masih selamat. Semoga cepat sembuh akak.

This weekend my sis convo. Congratulation lovely sister! you made it.. T kita habiskan master same-same k..:)



and lastly..



Semoga jodoh kita panjang... Amin.. Cukuplah ini yang terakhir. Terakhir yang sampai ke jinjang pelamin dan sampai ke akhir hayat. Terima kasih untuk segala-galanya. Semoga susah senang nanti kita harungi bersama. Dan maaf andai ada kekurangan dan kekhilafan saya yang pernah dilakukan.















p/s: walau kita jauh, awak tetap dihati dan di dalam doa saya.

Sep 9, 2011

stresssss

salam.

Selalu kalau korang stress ape yang korang buat? Makan? Tido? Nangis? bila dah buat rasa lega x? Ke makin stress?? haa, meh sini nak share something..


Petua untuk elakkan STRESS..





senang dan mudah didapati dimana-mana...





CIUM BAU KETIAK LELAKI!!!!




chooiii,,pedehal nak tangkap cium ketiak kan? euww,.. Tak percaya meh? Ni bukti yang depa duk kaji..






"Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik."

Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.




haa,, so apalagi.. Sesapa yang duk rasa stress tu pegi cari penawar cepat.. Tapi kena mintak izin dulu la.. Jangan main terkam je. Bahayaa!!! Selamat mencuba.. Lagi efektif kalau cium yang baru lepas bersukan.. Lepas pengsan seminit dua komfem hilang ingatan.. eh eh hilang stress..:)



sumber dari sini..Ensaiklopedia Petua Melayu Lama..

raya 2011

orang sibuk update blog pasal raya, kita pon terhegeh nak jugak la kan..
xde ape yang menarik.. nak tengok pic, search dalam fb. senang dan mudah..
oke, bye..:)

open house raya ke-4, dah 3 generasi dah...

macam-macam ragam yang berlaku..thanks untuk ahli keluarga sanak saudara dan kawan-kawan yang hadir. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi raya tahun depan..

Sep 8, 2011

PELIK

harini janji dengan diri sendiri xnak bukak FB walaupon sekilas pandang. Tapi nafsu menguasai akal, jemari pon gedik nak menaip email n password FB. Sekali nak log in yang ni pulak keluar..


Bengang? agak la kan...mungkin die suruh buat keja hang yang tertunggak tu. nafsu pon dah turun balik dah. kenapa fb aku je yang jadik camtu...huwaaa~

Aug 20, 2011

rasa nak nangissssssss...







memang perempuan itu komplikated..
betul kata awak.
sekomplikated diri ini. mata nak bergenang je tapi xtahu sebab ape.
perkara kecik pon dah meleleh air mata. benci!!!! T.T

Aug 16, 2011

tuesday

siyes megantuk giler...buat labwork pon sambil pejam mata.
tambah2 cuaca sejuk redup camni..hadoiiiii~
nk katill!!!!!!

selamat pagi dora clipper...:)

minggu dpan blik..yeayy!!!
banyak giler beli biskut raya+kerepek..
xtahu nak angkut cane..huaa~

5 jenis biskut dan 3 paket kerepak..lari bajet..hoho..:p

oke,bye.malas nk menaip..salam ramadhan ke-16..:)


Aug 14, 2011

TIPS


Salam..harini rasa nak kongsi satu tips. Tips yang mungkin semua akan teruja kot. Tips perkahwinan. Gaya macam dah kawen kan? padahal tunang pon belum. huhuhu. Saje nak post sebab ramai kawan-kawan dah kawen dan akan kawen. Tadi duk search pasal benda-benda yang berkaitan "kawen" ni dan terbaca post ni kat page Ustaz Azhar Idrus. So, same-samelah kita ambil kata-kata beliau. :)


TIPS PERKAHWINAN


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.



2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.



3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.



4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.



6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.



7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.



8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%.



9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.



10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.



11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.



12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.



13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.







Doa adalah senjata paling kuat untuk umat Islam. Teteplah berdoa semoga kita disatukan dengan pasangan yang betul. Dan semoga nikmat perkahwinan yang selalu kita harapkan dapat kita kecapi sebelum tiba masanya kita diambil. Semoga nanti doa kita dimakbulkan. Ameen... Salam Ramadhan yang ke-14.


Aug 7, 2011

one year on one ramadhan


Salam..
Alhamdulillah dah hari ke-7 kita berpuasa. rasa macam cepat masa berlalu. jugak dah hari ke-372 saya bersama awak..



Nothing much to say but, thanks for all the things you do to me..  support me, making surprise, laughing together, crying together, accept my bad, helped me when i'm in trouble. you're such a bodyguard in and out of me. bodyguard that secure my heart to yours, and just like a bodyguard holding a rifle to shoot the enemy of me. whoaa, thanks sayang. really appreciate it.



By saying thanks, a million apologies from me if i had make you upset.. make you sad because of my wrongdoings for all the time we have been together.. i'm not perfect and so do i need you to make me perfect. no words can describe how my feelings on you. i love all the way you are.



you are my pillow when i feel sleepy
you are my friends when i need to talk to
you are my shoulder when i need to cry on
you are my everything.
praying that you are the one that will stay and reamin with me until the end of my life. ameen.



HAPPY FIRST ANNIVERSARY SAYANG!!!!!! AISHETERU





ambik gambar sendiri.hihi.
noodle station alamanda, 31 Julai 2011


dapat hadiah ni dari sabah..and beautiful brooch..
thanks yang..:)

1st Ramadhan bersama kat yati ayam percik bandar baru bangi..:)
picture taken by hada.


Dugaan awal ramadhan memang banyak untuk awak. sabar eh, mungkin Tuhan sedang menguji. dan mungkin jugak ade yang lagi baik yang Dia tetapkan untuk awak. redha atas apa yang berlaku k. saya sentiasa bersama awak, walaupon kita jauh..:)



Semoga hubungan yang terjalin berlangsung sampai ke jinjang pelamin dan berterusan sampai ke ahkit hayat. Tetaplah berdoa semoga apa yang kita inginkan tercapai dan berjalan lancar. terima kasih untuk segalanya, dan sejuta kemaafan andai saya pernah menyakiti awak.. 







Truely from heart,
Dyia Syaleyana










Jul 26, 2011


salam..

weekend lepas terisi sepenuhnye bila rumet dan hada datang melawat...wuuwuuu (sedih) terharu weh siap dorang bagi sebekas macarons yang duk mengidam dari jauh.. thanks darlings. entry ni pon dibuat atas permintaan rumet. dia kata tiap-tiap hari, bila masuk ofis online, bukak blog yang tak seberapa nak meriah ni. (walawehh, terharu kot.tapi betol ke tiap-tiap hari bukak?? curious.)


rasa sekejap jer sisa 2 hari yang ada. rasa nak bawak dorang pegi semua tempat, tapi maklumlah.. driver agak buta jalan.. nak pergi jusco tebrau pon fail.. malu je. alih-alih, pegi jusco bukit indah,  window shopping untuk dorang, shopping sakan untuk aku. mata dah rolling tengok sales banyak sangat walaupon poket kempis kan. gasak jugak.


malasla nk menaip, scroll jela sampai bawah tengok mane-mane gambar yang sempat di ambik.. :)

amik dorang kat sri putri terus dorang hulur hadiah ni...sukenyeeee!!!


lepas amik terus pergi LC catering, buat surprise birthday party untuk nad.
dah belated 1 month. ( nad: tudung kuning)


esoknye pergi jusco bukit indah, sampai terus serbu bbq chicken..best!!
kami amik makanan same..:) thanks rumet for the treat.

penat shopping, malam tu lepak tengok bola sambil makan kat ali.
saya makan roti je tau.hihi. nasi goreng ali mantop, chicken chop superb!!!

sibuk duk tunjuk makanan je kan. ni haa hada tajima dan lin (rumet). dorang sangat adorable dan sweet..:)

Hari ahadnye, plan nak main boling xjadi sebab penuh, terus g terkam wayang, cerita FLAT 3A. rating 3/5 kot. pastu g beli  tiket bus kat sri putri.. bajet nak balik pukul 2 ditunda ke pukul 5. So layan starbucks la kat jusco taman U..hihihi..

sakan dan santai mereka lepak-lepak kan..hihi..hada yang belanja ni untuk kami..:)

SEBAB......
dapat kupon free starbucks frapuccino. buy 1 free 1. mang amik peluang terus.
kalau tak bila lagi nak minum air mahal kan kan??hee.

Lepas tu terus hantar dorang kat sri putri. thanks sayang-sayang sebab sudi datang. really really happy. t datang lagi tao tao...sori jugak sebab xbanyak bawak korang g jalan-jalan... T kita hang out lagi kay! A MOMENT TO REMEMBER!!!




puasa ni memang syahdu..ntah boleh balik rumah ke tak. pama dah banyak kali tanya.. rumet pulak takde. rasa nak nangis jer. papepon, hidup mesti diteruskan!! SALAM RAMADHAN untuk semua... (wish awal-awal kot nanti tak update blog).


i need a shoulder to cry on,
a friends to talk to,
and a person i miss to hug....












Jul 13, 2011

lewat malam

mood tengah malam memang jauh berbeza dengan siang hari. tangan ringan nak menaip walaupon otak tepu takde idea. layankan ajer.

mungkin untuk tahun 2011 ni banyak dugaan yang kena tempuh, kena kuat! yakin Allah sentiasa disisi.

1. antibodi makin merundum dari hari ke hari. 
2. dugaan dalam menuntut ilmu. satu hal ke satu hal yang timbul.
3. kekangan nak menabung. aim tak tercapai lagi.
4. dan banyak lagi yang tak terluah. senang cakap tapi payah nak buat.sigh.

sekarang cuba untuk berfikiran positif. cuba untuk berhati mulia. cuba untuk berusaha sedaya upaya. mungkin ujian ni supaya kita lebih kuat di kemudian hari. dan setiap ujian yang diberikan Allah kepada hambanya, adalah salah satu cara untuk kita selalu dekat pada-Nya. bersyukur dengan nikmat yang diberi. 


Jun 24, 2011

dari kerana mata

salam..
pernah dengar tak pepatah dari mata turun ke hati?
alaaa,,pura-pura tak tahu la pulak kann..
padahal tu la ayat first korang nak mengayat awek-awek..ngaku jela..

tapi kalau mata macam ni sempat turun ke hati x?
ke sangkut sampai esofagus je?
haha

zoom di mata kanan sahaja.alis mata dah membesar akibat 15 jam pakai lens semalam..:(


nasib baik xmerah.alamat kena jumpa doktor la..

Jun 23, 2011

awak..

salam..
untuk awak yang saya kenali..
dari semua pangkal daerah,
dari atas sampai ke bawah..

maaf kerana meng'ignore' awak..
selama beberapa bulan sepi tanda watikah ringkas dan santai.
bukan menjauh hati, tapi subuk membizikan diri.
sampai lupa pada awak yang kesekian kalinya tak dipeduli.

untuk awak, harini kita berjumpa lagi.
bercakap dari hati ke hati..
menyelami perasaan masing-masing..
menutur bait-bait kata yang hanya kita mengerti.

terima kasih awak,
hanya AWAK tempat saya mengadu mengada..


xnak tuju lagu..tapi nak letak gambar boleh??

karnival kimia malaysia 18-19 jun 2011 bersama staff fakulti sains.

May 26, 2011

alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..segala hutang piutang akan dilansaikan secepat mungkin. insyaAllah.

tengah sibuk-sibuk buat lab work. ada sorang lab mate (foreigner) datang dengan baju basah lencun. kami panggil pakcik sebab die macam dah sebaya or mungkin lagi tua dari papa.. tengok die, sedihh + sayu sangat sangat. rasa nak menangis. berjalan jauh dari kolej ktgb ke fakulti. dengan daya seorang tua yang xberapa kuat. rasa runtun jiwa, xtahu nak kata apa. kalaulah benda sama berlaku pada mak ayah kita mesti sedih.. bukan dekat kolej dengan fakulti. dengan naik turun bukit,,ya Allah..

sedihhhh..:(

May 14, 2011

double two

hye all...:)
sekarang dah mula minat berdouble-double..

pegi makan ber'double'
jalan-jalan ber'double'
tidur ber'double'
semua nak double kan.
sampai birthday party pon double..ngee~

anyway, thanks to family, kawan-kawan yang wish birthday haritu (10/5)..
sangat-sangat terharu dapat msg, dapat notification kat fb lebih 200..hehe.thanks korang.
and tak lupa jugak untuk kawan-kawan dan gewe yang buat surprise birthday party haritu.
thanks a lot. dapat 2 kek yang sangat-sangat marvellous. yeeehhuuuu~~

untuk pengetahuan korang, ni la first time dapat celebrate dgn kawan-kawan. sebelum ni xpernah pon sebab biasanya orang dah balik rumah bercuti..first time dapat hadiah tepat pd waktu harijadi. before ni dorang bagi before harijadi ; last day stay kat utk for semester break. thanks a lot!!! muahh..

xtahu dah macamana nak cakap...cuma ucapan jutaan trima kasih kepada semua..sayang koranggg!!!!

kek oreo cheese terbang dari bangi.thnks bucuk!!

2nd cake from best pal..thanks so much dear...;)

muka besday girl yang semakin tembam dan semakin tua.hoho..

May 9, 2011

yang teristimewa

salam..
ini entry teristimewa untuk orang yang paling istimewa dalam hidup.. tiada sorang pun dapat menandingi kehebatan cinta saya padanya. terima kasih mama..

untuk kesekian kalinya, entry ini dicoret mengikut rentak hati, akal fikir yang waras dan penuh dengan rasa kasih sayang. rasanya beribu kali ucapan terima kasih xkan dapat menyamai dengan segala pengorbanan yang dilakukan oleh mama. mungkin coretan ini xkan dibaca oleh mama, dan mungkin juga suatu hari nanti yang entah bila mama akan terjumpa bingkisan ni.

untuk mama..
terima kasih sebab melahirkan ngah dengan keadaan yang cukup sempurna. makan minum dicukupkan. pakaian dan rambut dijaga. sihat dan sakit dipantau, sampai tidur malam terganggu. terima kasih sangat-sangat. banyak dosa yang ngah lakukan pada mama. sampai tak terhitung dengan jari. ngah la anak yang paling degil dan keras kepala, ngah la anak yang selalu buat masalah, ngah la anak yang kadang-kadang buat mama mengalirkan air mata.. ngah mintak maaf.. dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. halalkan segalanya,, ngah sayang mama.

sempena hari ibu ni, xde ape yang mampu ngah berikan. hanya sekadar ucapan selamat hari ibu, dan doa dari jauh.. semoga mama sentiasa dirahmati olehNya, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dan diberi kelimpahan rezeki.. semoga suatu hari nanti ngah dapat membalas segala jasa mama, walaupon tahu xkan sama dengan limpah kasih sayang yang mama berikan.  I LOVE YOU MAMA...

i love you..thanks for everything..muahh

May 7, 2011

kadang-kadang

pernah tak rasa kadang-kadang masa untuk kita kembali padaNya hanya tinggal lagi seminit?
pernah tak rasa nak menangis tanpa ada sebab yang kukuh?
pernah x rasa kadang-kadang nak ada orang yang betol2 amik berat pada kita, padahal sememangnya orang tu dah wujud?
dan pernah x kadang2 terbau sesuatu yang busuk tanpa kita sedar sebenarnya kita yang kentut?


kadang-kadang kita cuba untuk berubah tapi xde istiqamah..
kadang-kadang kita cuba untuk senyum walau dalam hati kelat seketika.
kadang-kadang kita cuba untuk bersngka baik, walau tahu hakikat sebenar.
dann..xpernah kadang-kadang untuk sesuatu kenangan lama diputar kehadapan..
cukup dengan apa yang ada, hargai yang ada, dan sayangi yang ada..:)





happy weekend

malam ni bersuka ria, gelak tak hengat dunia sebab esok boleh rehat kat bilik. jalan-jalan cuti mata. it's weekend peeps!! sebab tu malam ni boleh lagha tido lewat, esok xperlu masuk lab.yippi!! double happy.

esok, early morning plan nak g pasar bersama rumet. nak merasa jadi suri rumah cari barang2 dapur. kononnye lah kan..haha. mintak2 bangun awal. nak cari buah jambuuuu...termengidam lak.

this week, dapat berita buruk daripada en.kesayangan. pergelangan tangan die patah gara2 jadi keeper futsal. rasa dah xsedap hati, sebab tu melarang awak pergi. tapi benda dah nak jadi kan..adela hikmah disebaliknye. seriously, i'm too worried. risau sebab xde sapa nak jaga awak kat sana. makan minum pakai segalanya lah.. tetiba rasa syahdu type entry ni sambil lagu anuar zain, sedetik lebih duk mendayu-dayu keluar.hukhuk. sekarang awak kat kampung, legalah sikit saya. ada orang tolong tengok kan. dah jadi macam baby kecik kan syg! mandi pon ade orang tolong jiruskan..jeles lah. huhu

saya doakan yang terbaik untuk awak.semoga awak cepat sembuh ye. kuatkan semangat, everything will be okay! :)

tengok muka pon dah sedih. sabar tau. you are my superman. biasala tu sakit sikit2.hihi.
seharian xtido masa malam kejadian tu kan?? :)


Apr 29, 2011

when heart's whispering

i miss you
sorry that make thing so complicated
i know you wont like what i'm saying
but, its all i wanted to say


and...



thanks for being my partner. ily.

Apr 25, 2011

buruk perangainye haaaa

idak tahu la napanya sampai malas tahap dewa.. penat tapi tak tahu buat kerja apa..pernah rasa? nak update status fb pon lembik jari, apetah lagi nak buat labwork. tapi buat entry laju pulak. perangai tak senonoh.


harini baru masuk lab setelah seminggu berfoya-foya. hebat tak sampaikan supervisor cari student, bukan sebaliknya. malas nak taip panjang-panjang, dari sini boleh evaluate dengan mata kasar sapa owner blog ni sebenarnya (untuk waktu yang genting ni shj ye).


dah siap baca, boleh tido, rilekskan diri bersama-sama. ahh,,final exam kacang jer. xyah study bagai nak rak. pejam mata sebelah pon boleh jawab kalau setakat isi tempat kosong jawapan boleh pilih. oke, malas nak merapu, kita tido yukk..


sekarang musim orang menggeletar kepala hotak sebab tekun study, dah lama xrasa pengalaman tu. boleh gila kalau study last minute note setebal 5 inci kena hafal. dah memang tebiat buruk study last minute, xleh nak kata apa dah laa..


harini dah berpuluh kali bersin, ade hingussssssssss.. simptom selema menyerang. tak selesa..urgghh

Apr 18, 2011

merdeka!!!!

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...
akhirnya selesai sudah hari ketensionan untuk aku pukul 9 pagi tadi..
rasa happy sangat ya Allah..
xthu nak kata macamana..
semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..:)

sebenarnya hari ni adalah hari first assessment evaluation untuk master programme.
dan aku orang pertama pembuka tirai majlis, first presenter 8.30 a.m
cuak memanglah cuak, tapi alhamdulillah semuanya works well..

sebenarnye banyak benda nak share..
tapi mungkin next time la kot..
nak enjoy2 dulu..haha. gaya macam dah abis buat project master kan.

till then, bye..
doakan jugak duit scholar masuk tau..
jangan duk buat lagho sangat la nak bagi duit kat student ni..
kalau waktu election bukan maen duit ditabur, nak menang undi katakan..
ni yang budak nak menuntut ilmu die buat maen2 je..
hampagas betol!!!
ops, tetiba masuk politik kan..
xpe, itulah realiti..:)



g pantai jom sayangggs...:)

Apr 1, 2011

balik kampung!!!

hohoooreyy!!
harini saya balik kelate.. tak sabar pulak sebab dah lama xmenjenguk family..:)
nak rehat sepuasnya dengan si kecik cakap banyak..


oh ya, harini dapat berita gembira.. first part lab work dah setel.. means kira dah cukup la untuk nak present 18hb nanti.. alhamdulillah segala usaha masuk lab early in the morning, keluar lab late at night berbaloi..sekarang nk fokus pada proposal.. some editting needed here and there.. and should be settle before 6th april..berusaha!!!!

okela, nak balik bilik dah..kemas pakaian mana yang patut. teringin nak pakai dress.. tapi macam payah je nak naek bus malam nanti.huhu..



big picture kat atas ni masa tengah tunggu turn nak beli tiket train.. bersusah payah je pergi JB sentral, tapi end up dengan tiket sold out. buat penat je, dahla jalan jam..btw, thanks nabilah budak baik sebab temankan saya..hehe..bye~


p/s: jejaka htc desire, awek SE merindui awak..*flirt*

Mar 31, 2011

semua tak kena..



ahhaa...tadi duk jalan-jalan kat 100penulis, baca post ni.so rasa nak share la..sharing is caring kan..hehe. kalau korang baca jangan mudah sentap tau. buat derk je, even korang terasa macam tercucuk kat diri sendiri..huhu. entry ni bukan nak tuju kat sapa2, takde hidden meaning tapi rasa macam tertarik nak re-post kan balik kat belog ni..kih3. so, just read through..then smileee :) 





001
Bila perempuan layan dengan baik, lelaki akan kata.. "minah ni jatuh cinta kat aku la"
tapi..
Bila perempuan tak layan, lelaki akan kata.. "pehh.. sombong giler perempuan ni"


002
Bila perempuan pakai baju lawa-lawa jumpa dia, lelaki akan sangka.. "minah ni nak ngorat aku la ni, pakai lawa-lawa.. padahal jumpa kat depan pintu je."
tapi..
Bila perempuan pakai selekeh.. lelaki akan kata.. "minah ni kuno betul.. orang ke apa ni?"


003
Bila perempuan membangkang, lelaki akan kata "keras kepala betul minah ni.."
tapi..Bila perempuan diam senyap, lelaki akan kata.. "takde otak ke?"


004
Bila perempuan lebih bijak, lelaki akan kata.. "ala.. aku saje bagi chance kat dia"
tapi..
Bila lelaki lebih bijak, dengan bangganya lelaki kata "hahaha.. orang hebat, biasa la"


005
Bila perempuan tak cintakan dia, lelaki akan sedaya upaya memujuk & merayu.
tapi..
Bila perempuan dah cintakan dia, sedaya upaya lelaki cuba meninggalkan perempuan tu.


006
Bila perempuan luahkan masalah kat dia, lelaki akan kata "banyak betul masalah minah ni, heh!"
tapi..
bila perempuan tak mau kongsi masalah, lelaki akan kata "ala.. you ni tak percayakan i la.."


007
Bila perempuan membebel, lelaki akan kata " you ni macam mak nenek tau.. hari- hari bebel kat i."
tapi..
Bila lelaki yang membebel, lelaki akan kata.. "i bukan apa, i sayang kat you.."


008
Bila perempuan tak tepati janji, lelaki akan kata.. " you ni tak leh dipercayai la"
tapi..
Bila lelaki tak tepati janji, lelaki akan kata.. "i terpaksa buat macam ni you.. "


009
Bila perempuan merokok, lelaki akan kata.. "pehh.. minah merokok. gila teruk dia ni."
tapi..
Bila lelaki merokok, lelaki akan kata.. "merokok baru la gentleman.." [merokok membahayakan kesihatan]


010
Bila perempuan sakiti hati, lelaki akan kata.. "you ni kejam kat i.. sampai hati you.."
tapi..
Bila lelaki pulak yang buat, dengan selambanya lelaki kata.. "ala.. you ni sensitive la.."


haaa? macamana? kalau terasa kelemahan diri, perbaiki lah.. ala.. bukan lelaki je bermasalah, perempuan pun bermasalah jugak. sape yang takde masalah, memang "bahagia" sangatlah hidup.. lalala~


p/s: entry ni di repost dari sini..:)

Mar 27, 2011

important and urgent

salam..harini dah hari ahad..esok dah isnin. lusa pulak selasa.. aduhaii, cepatnye masa bergerak. tapi kerja masih tak berganjak. hati kuat mengatakan 2 3 minggu ni kalut habiss lah. nak kejar assesment bro..

18/4 dah kena present. dan aku pulak presenter pertama aka pembuka majlis assesment. cuak tak cuak kena la terima. siyes, tak pernah pulak aku jadi orang first especially bab-bab present ni. kalau boleh nak jadik orang last.huhu. but on the safe side, bile jadi yang pertama, boleh tarik nafas lega dan tengok je kawan-kawan laen yang masih cuak muka pucat lesi..hehe

schedule memang agak ketat dan sendat untuk 2 minggu yang akan datang, semua nak disegerakan sampaikan tak tahu mana yang patut buat dulu. fuhh, tarik nafas panjang-panjangg.. kang semput. dan rasanya memang kena bermalam kat lab la kot. makan pon sekali je waktu pagi, pastu terus xmakan. bukan sebab nak jimat tapi sebab risau tahap gaban sampaikan nafsu lapar tu tak sempat nak hasut. huhu..

okela, nak out dah. sempat je kan mencelah buat entry..hihi..sekadar sampingan sambil buat kerja. rasa gatal tangan nak menaip. fokus dyia fokuusssss!!!! oh ya, semalam pegi pesta konvo. beli kaen 2 pasang rm45. murah kan?? hehe

bye~ 

Mar 25, 2011

oh my,,its friday..

blessing friday dah sampai..
harapnye, bila mula apa-apa dengan hari jumaat akan dapat keberkatan dan kejayaan..
aminn..

sekarang ni kalau tgk kat blog, ataupon status fb aku..macam banyak kata-kata semangat tertulis. yea, sebenarnya ditulis untuk diri sendiri supaya xmudah patah semangat. tak mudah lembik walaupon ada seketika terjelepuk jatuh, rasa lemah..

kalau ikutkan..sekarang ni dah ada kat KL dah. sedih weh bila kita plan dari awal-awal lagi tapi xdapat pergi. nasib baek tiket murah. mau taknye menangis sorang-sorang kalau harga beratus-ratus.huhu

ermm, awak..saya pergi laen kali eh? nanti bila saya dan awak tak busy. dan nanti bila saya berpoket tebal jugak.. sebab haritu masa gi sana, telan air liur je tengok kawan shopping.hahahaha.. doakan jugak biar saya dapat result eksperimen saya.huhu.  


Mar 24, 2011

jom berpesta konvo

semalam dah start pesta konvo UTM ke berapa ntah..lupa..huhu..banyak gerai2 dibuka..dan semalam jugak kitorang dah merasmikan pesta konvo tu..awal giler kan pergi..kalau dulu, nak dekat2 habis baru terkedek-kedek nak pergi. konon nak dapat harga yang murah la kan..taktik2..:)

tapi, semalam macamana ntah rasa nak ke sana..well,sebab mungkin malam ni kena stay back kat lab..sebab tu guna sepenuhnya malam semalam untuk enjoy and release tension bila results untuk assesment tak dapat. sounds pity kan?

dan semalam jugak, member-member duk borong kaen pasang untuk buat baju kebaya. ala,, kain yang ada kerawang-kerawang, sulam-sulam bunga tu.. sampaikan dorang suruh makcik tu siampankan yang dorang pilih, then amik arini.. gilakan bila perempuan dah rambang mata, rasa semua nak beli.lol.. actually, aku pon duk gila jugak bila tengok banyak baju siap yang dah dijual..murah-murah pulak tu.. aii,, kalau duit ada, ade kot beli 2 3 helai.. tapi kena sedia maklum la, kewangan x mengizinkan. cukup untuk makan seminggu je weh duit aku..
pokai-pokai.

emm, tetiba aku rasakan kan.. bila ada pesta konvo ni, it seem unfair to man la..sebabnye banyak kedai yang duk jual barang perempuan jer. almost kedai jual baju kurung, kain pasang, telekung semayang la.. dan boleh bilang dengan jari kot berapa kedai je yang jual jersi, jeans lelaki, and bla bla.. hehe. it is normal kot, shopping2 ni sinonim dengan perempuan..yeyeahhh!!

oke, sekarang aku duk update blog kat lab. sambil tunggu run sample.. aku makin cuak weh. masa makin hampir. tapi takdela berdebar dup dap dup dap macam jumpa ehem ehem.. mugkin aku dah cuba sedaya aku.. dan aku akan gunakan masa yang ada sebaik mungkin before aku pitam, tergolek atas lantai sorang-sorang. i'm trying my best!! kalau ni pon tak berhasil.. apakan daya. mungkin ada hikmah disebaliknya.. it is not because i'm lazy or what. but it is because of fate. and i need to face it calmly.. huihh,,cakap omputih laa..haha. xpe, just to give monolog support to myself.. dan aku tak salahkan takdir.. mungkin Dia nak uji kesabaran aku kan?  :)  <---- positive thinking.

till then, cheer~  saya masih boleh senyum, tapi mungkin kurang manis cikit. thats why i need to drink "jagung cincau"..hahaha..:p. aku dah mula addicted dengan air ni.. thumbs up!!

Mar 22, 2011

korang dah daftar sebagai pengundi?

tetengah duk tunggu run sample kat lab, tetibe tergerak hati nak check semakan daftar pemilih.. sebab haritu ade member ni siap chat fb, pastu pm lagi cakap nak tolong daftarkan untuk aku. memula tu ckap papa dah tolong daftarkan, bila check online, yang keluar "maaf, rekod anda tidak ditemui"...huhu

so, kira takpela.. biar kawan ni je yang tolong daftarkan.. die pon cakap die cari hasil/duit sampingan melalui kerja macam ni. so, dengan rela hati bagi semua details yang die nak.. termasuk no hp okayy!! tup tap tup tap.. kira terputus macam tu je. takde kontek ape dah..

sekali, aku saja je gedik2 nak check tadi, jadahnye keluar benda yang sama.. "maaf, rekod anda tidak ditemui".. haremm betul. menyesal aku bagi, yela.. xbagi kang kawan tu cakap ape plak.. so, atas dasar simpati dan bukan iri hati, aku bagi..kalau tahu jadi macam ni baek aku g daftar sendiri kat kaunter spr masa jom heboh haritu.. hampeh!!

ni, papa mintak lagi sekali salinan i/c aku.. katanya nak daftar sebagai pengundi LAGI SEKALI!! nama aku je yang takde. nama akak aku ade.. ahh,tercicir mugkin..think positif :) ni dah kali ketiga aku cuba nak daftar.. kalau xlepas lagi mang xnak dah daftar. xnak xnak xnak!!! majok setaon!!!!!! hahaha

dari keras jadi lembik...urghh

sori belog...lame dah tak menghupdate. xsempat nak taip berjela-jela..sibuk + broadband kena block.haha. alsan kukuh kan?

sekarang ni duk fenim2 kepala sebab first evaluation makin dekat. ibarat mulut buaya dah terbuka, tinggal nak ngap ngap ngap je.. saboo ajelahh~ result satu habuk debu pon tade lagi..

tu la yang sibuk duk tulis dari keras jadi lembik..otak jangan kasi 'biru' tao..ala,,buat biase jer. macam korang xpernah tahu dan tengok..sekarang ni dah lembik sebab kena pulun habis-habisan.. tu la, dulu lame sangat duk keras, lonjak sana, lonjak sini, maen sana maen sini...haa,sekarang lembik lah ko sorang-sorang kat lab. takde sapa nak teman.. urkk, tetibe rasa 'semacam'..

kalau ikut schedule, si lembik patutnya berhoney moon dis weekend.. tapi xtahu la boleh pergi ke tak :( means honey moon ialah rehat secukupnye dengan dia..haha. tapi tak boleh dipastikan lagi boleh pegi ke x? sori yea, nanti saya bagi jawapan last minute kat awak.. tak pon, you are most welcome to come here darling.. teman saya kat sini dannn, kita boleh g pesta konvo same-same. if you are not busy la..i tak paksa..hihi

oke guys, wish me luck tao..maen2 dengan instrument ni banyak kena sabar. kalah kerenah manusia.. once die buat perangai habis lunyai projek aku..orang putih said : GAME OVER!!!  

and if this happened (i hope no) i should say : OK, I'M QUIT, TQ... (berjalan megah balik kampung)

p/s: aku nak ada master!!! dan kalau diberi peluang further study lagi aku xnak dah UTM, not because of the environment, but because of the limitation on the instrument..serik weh, serik!!

Mar 11, 2011

monolog dalaman

saya rasa nak nangis sebab saya rasa lembik.
saya rasa nak nangis sebab saya tengok orang lain dah berjaya, tapi saya ditakuk lama
saya rasa sangat sedihhhh sekarang


saya ni malas sangat ke?
selalu ambil benda sambil lewa ke?
buat kerja tapi macam xbuat ke?
rasa macam semua orang ketawakan saya sebab nampak saya macam bodoh
saya xkuat macam orang lain.
saya xbijak macam orang lain.
saya kurang dari segala benda
isk isk
bolehkan kalau saya nak nangis untuk waktu ni..
T.T


saya selalu berharap semoga esok akan ada harapan,
akan ada sinar..
tapi nampaknye semua dah jauh dari saya.
hati saya macam tisu,bila kena air akan koyak.
saya memang lemahh,lembik,tak kuat..
saya rasa nak give up..:(

just think about it

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL....



source: fb  Say Woot Woot

Mar 9, 2011

beli rumah weh!!

semalam kat berita PM duk umum pasal Skim Rumah Pertamaku. ni pon tahu bila tengok status pakcik kat facebook. tadi masa tengah drive, dengar dengan telinga sendiri pekebenda skim rumah pertamaku ni.

Skim ni diberi kepada remaja yang xberapa remaja, berumur 35 tahun ke bawah sahaja untuk nak ada rumah sendirik dengan 100% pinjaman tanpa perlu ikut prosedur yang biasa; kena bayar 10% wang deposit. Selain itu, syarat lain yang ditetapkan ialah gaji mestilah dibawah RM3000. So, sesape yang rasa layak tu cecepatla mohon. rugi tau dak kalau buat xheran ja. orang dah offer baekkkkk punyer. trima kasih PM..

nak rumah terbalik macam ni boleh x? nampak unik jer..

emm, kalau kes aku yang bakal dapat scholar around 1.5k sebulan selama 2 tahun camne ek?boleh apply x?kah3..sebok nak jugakk..

Mar 3, 2011

testing

jeng jeng jenggg..
xde motif tapi nak update jugak..
next time gi KL, nak cari mr yellow pulak..
please wait another 1 month yer.insyaAllah..:)
bersama mr pink..:)

Mar 2, 2011

dah terang lagi bersuluh


salam...
rasa dah lama tinggal belog ni..
weekend lepas duk happy2 kat kole lumpo sampai lupa belog terabai.
sori yekk..

hutang tag cik as pon belom terlaksana lagi..adeh..sori2..
nanti sat lagi saya buat eh..

ahha, pasai tajuk kat atas..
bila dah nampak orang duk post pics dengan laki
pose mesra, senyum, bahagia tu,
paham2 la kan..
bf die la tu..
jangan duk pi tanya lagi..
kot nanti kena jerkah..

kalau nak cakap sedondon, sepadan, serasi.. silakan..
walaupon korang rasa nak muntah..huhu

dann..
satu lagi, boleh tak jangan duk on chat tanya itu ini,
nak kenal2, senyum2 kambing..
rasa geli..
malas layan jenis yang macam ulat bulu dah naek daun..
sekian.


p/s: bukan nak kata cek ni femes ke ape. tapi kadang-kadang rasa xselesa bila kita mood happy gile2 balas komen ngan member, pastu baannggg ade orang nak chat.kalau kenal xpe.ni ntah dari mane asal..nak remove tak tergamak..faham kan?

jom layan gambar ni..masa pi KL last weekend..:)


awek-awek RC yang cunnn..hada, my bestie..:)




ngan pakcik kat zoo negara...happy..:)


Feb 24, 2011

announcement

harini aku nak ke kole lumpur.. nak g meramaikan jumlah manusia kat sana selama mungkin 3/4 hari.. orang cakap konon nak g release tension kan.. jadahnye, macam la kat johor dah habis round kan?huhu. whatever..


and, doakan aku slmat sampai tao.. first time kot ni nak drive dari jb ke kl. orang laen dah berpuluh kali kot sampai. aku ni je yang first time. jakun oke!


k la, xnak membebel..doakan keselamatan perjalanan kami..bye :)
p/s: thanks mama coz percaya kat anak mama yang nakal masa kecik ni.teehee
aku doakan semoga kawan aku sihat kembali..aminn
prof, sori harini saya xnak masuk lab lepas prof belanja lunch..hehe. mintak halal ye.

Feb 22, 2011

undi anda adalah rahsia

semalam dah selesai hari untuk mengundi pilihanraya universiti,
korang pilih ape? aspirasi ke pro-M?
xpe, simpan jawapan tu sebab undi adalah rahsia.
semalam aku xmengundi pon sebab katanye budak2 master n PhD name dah takde dalam list fakulti. dah rugi la kan sorang pengundi ......

dan, sejak akhir-akhir ni rasa terpanggil nak korek2 pasal isu politik Malaysia. dalam facebook pon boleh tengok. yang tu mengata yang ni, yang duk komen kat bawah picture tu bukan maen jahanam ayat, sampai senaaang je nak kutuk2 ulama'.. aku yang baca rasa macam nak lempang je muka die. ko rasa ilmu agama ko banyak ke? ::sori, teremo::

dan kenyataan terbaru, (mungkin aku baru tahu) pasal bob lokman yang dah berubah dari jalan syahwat dunia ke arah islam sebenar. alhamdulillah.. aku ade baca post yang die tulis, rasa sayu, bergenang airmata.. semoga abg bob terus dalam dakwahnya..

aku bukanlah fanatik politik, tapi cukup sekadar nak tahu perkembangan sekarang. mana yang hak, mana yang batil.. mana yang benar dan mana yang salah. takde salahnye kalau kita nak ambil tahu pasal dunia sekarang. sebab ape? sebab dunia sekarang ramai manusia yang bertopengkan syaitan. wallahualam.

Feb 18, 2011

second medium

jumpa satu lagi medium baru untuk luah perasaan.. takde stalker nak jadi papa or mamarazi tak bertauliah.. cukup saya sorang tau sebab tu cerita perasaan saya..

kadang-kadang menulis ni boleh jadi satu medium untuk luah perasaan bilamana kita rasa takde sapa nak amik kisah pasal kita. terima kasih sebab adanya awak untuk saya luah perasaan walaupon saya sedar awak tak beremosi dan tak bernafsu manusia.

dan betul jugak awak cakap, perempuan ni kompleks. kadang-kadang kita xtahu kenapa kita rasa nak nangis, nak beremosi, nak ke sesuatu tempat dengan short planning. tanpa pikir panjang. sebab kita rasa bila kita lepas semua yang kita nak, kita akan rasa lega dan hati tak celaru.. boleh senyum sampai ke pagi.

Feb 16, 2011

CPM a.k.a Contest Pose Menarik

salam..
thanks untuk Cik As sebab tag contest ni untuk kiter..terharuuuu :)
sebabnye, kiter rasa macam xde satu pon gambar cantik menarik tertarik kau memang da booom untuk nak dipertandingkan. huhu.. tapi sebab dah diajak, kiter cuba godek lappy ni sampai hang untuk cari pic yang pose maut punyer.haha :p

big boss yang incharge this contest adalah Cik Alyn Zakree yang gorgeous!! :)


oke, kalau nak tahu lebih lanjut pasal contest ni, sila klik pic kat atas kay.. and this contest started from 12/2 till 12/3.. so, dan lagi aih korang nak snap2 pic..teehee~ yang penting jadi follower cik alyn ni.

oke, gambar yang nak dipersenyawakan, eh silap, dipertaruhkan adalah, jeng jeng jenggg :)


sesat ditengah kotaraya tapi cuba untuk senyum sebab bila kita
senyum semua banda akan jadi mudah..:)


oke, skarang nak tag

iii) suhaida
p/s: as, i've done..teehee

mulut orang

kadang-kadang ade orang macam internet bergerak ni perlu dalam kehidupan. sebab ape? sebab sesetengah benda yang elok, dan rasanya perlu untuk dibincang bersama terutama dengan ahli keluarga kena bagitahu dengan cara yang elok. tak lah sampai ke telinga ahli keluarga daripada orang sekeliling kampung yang sorang-sorang ada wayar antenna atas kepala. :)

kenapa aku cakap gitu? sebabnye orang kampung ni duk perhati, duk nengok.. kita pakai baju yang sama 2 hari berturut pon die perasan tau. nak katanya mereka-mereka ni ambik kisah. dan, bila sampai orang duk buka topik kat kedai kopi sambil maen aji, cakap pasal kita siang malam.. tak kerasa tebal muka nak tahan dengan orang kampung.. ye tak?

ntahla, malas nak fikir.. ada otak, fikirla sendiri..:) btw, untuk en. nasrun, good luck interview esok. jangan nebes2, jangan dup dap dup dap.. hati2 pergi sana. wish you all the best!! nanti kita jumpa tao.jeng jeng jengg... :)

sori, entry ni banyak kejutan.

Feb 15, 2011

changing climax

salam..

tak tahu kenapa sejak 2 menjak ni mudah sangat nak terasa hati..
nak pk benda yang bukan-bukan sampai kadang-kadang menyesakkan fikiran..
cepat rasa sedih..semua macam dah all in one..
benci la perasaan busuk macam ni..


dongak langit, xde pulak nampak bulan mengambang..
i need to recover my heart..
xnak nampak lembik walaupon sebenarnye dah lembik dan hampir pecah..
saya sangat sedih, emosi celaru..
nampak macam normal, tapi sebenarnya tak..
nampak macam happy, tapi duk diam nangis sorang-sorang..


jangan tanya kenapa macam ni..
sebab saya xtahu nak bagi jawapan ape..
saya cuma perlukan semangat dan dorongan..
sebab sekarang saya rasa macam down to earth sangat-sangat..
boleh temankan saya untuk buang perasaan busuk tu jauh-jauh?


Feb 14, 2011

V Day Orang Dah Tak Sambut


salam..harini isnin aka 14hb feb 2011.. dann, macam biasela, kalau tenung televisyen berlambak2 cerita2 romantik happily ever after keluar. nak tengok pon sampai berdarah mata. kesian.

harini jugak birthday my sister, d'yia sarah.. happy 23rd birthday sis.. moga panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu dunia akhirat. :) semalam planning menjadi tip top giteww celeb birthday long kat restauran singgah selalu. kalau tanya orang JB, konfem semua tahu kot. kalau xtahu memang jakun giler wa cakap.

nak cerita cikit kronologi birthday party semalam:

2 hari sebelum kejadian, Farhan (bf long) call;

F: salam ngah..buat pe tu?nak mintak tlg blh?
aku: wslm,,blh..tlg ape?
F: blh x tolong wkilkan farhan untuk birthday long nnti?
aku: boleh2, no hal..nak suh wat ape?
F: blh tlg beli cake x? bla bla bla...

esoknye, cecepat aku tempah cake, plan dengan member long nak celeb katne. memang terbaeekkk lah!! puas hati gile. aku cadang kalau nak celeb birthday party boleh wat kat situ. dengan DJ buat ucapan satu kedai dengar, waiter mai anta kek kat kami, pastu semua pekerja die keliling meja kitorang nyanyi lagu birthday sama-sama. meriah sangat sampaikan ade orang tu menangis terharu.. hehe. best la buat surprise kat orang ni. sampai kita pon teruja.

so, dah xde dah maknenyer nak sambut V day. aku xwish pon kat die. yela..orang kata haramkan.. tapi xpela, hari cinta kami hari-hari.. takde specific nak tarikh ape-ape.. suwet x? suwet x? oke, sila muntah!!


birthday girl.. yang sebelah baju hijau tu sayer!!! hehe



black forest yummy yum yum!! sila baca tulisan atas kek..hehe





Feb 13, 2011

sombong

ade orang cakap aku sombong tahap gaban..ye ker?
rasa macam dah mesra dengan semua orang.
terlebih mesra pon ade..


sebab xbalas chat kat fb, mulut tu lantang nak kata sombong.lempang kang!!
orang xbalas mungkin bersebab kot.
kalau nak chat benda yang xde faedah dan membazir masa baek xpayah.
oke, harap faham yer..


kadang-kadang aku berlagak sombong jugak bila berdepan dengan orang sombong.
malas aih nk layan..
buang karan jer..

Feb 12, 2011

edisi gedik

saja nak menunjuk background laptop..


korang ade??hehe..oke, sila muntah sekarang. :p

dont judge a book by its cover : mata juga punya hati

salam..

sekarang rajin nak update belog sebab belog saya ada bunga matahari. cantik giteewwwww. haha. oke, nak tanya lah pandangan korang, kalau yang pakai sopan santun, baju xnampak bentuk badan, tudung bidang 60, seluar sendat xpakai langsung agak-agak hati die baik tak? aku bukan nak judge semua orang yang berpakaian macam tu buruk perangai. tak sama sekali. mungkin ade yang baik. baik luaran dan dalaman. tak dinafikan..

tapi, yang pernah aku jumpa pakaian dah elok dah. atas bawah tutup. kalau nak banding ngan aku bagai langit dengan bumi. yelah, aku pakai baju pon yang ketat2, seluar kalau bukan jeans dan skinny memang bukan dyia la..yup, aku memang jahil.. die jaga hubungan die ngan Allah, tapi ngan manusia sekeliling die buat onar. faham kan? so, ape guna kalau bersungguh jaga hubungan dengan Allah, tapi jiran sebelah menyebelah terasa hati, tak bertegur sapa, nak bermusuh. elok ke macam tu?

aku tak kata aku ni baik, simpang malaikat 44, tapi benda sejagat ni kita boleh pikirkan. bila dah pemakaian tu bersopan, elok.. perangai pon kena elok la. sebab banyak mata-mata yang memandang. jangan sampai orang cakap, "nampak je warak, tapi hati busuk". kan ke dah kena. orang pon dah mula tak respek. so, fikirkanlah mane yang terbaek. kita hidup ni kan berjiran, kalau dengan semua orang nak cari gaduh, jadi batu api, pentingkan diri sendiri.. xkan kemana jugak. ingat, Tuhan tu Maha Adil, balasan Tuhan tetap ada.. bukan dengan Tuhan jer kena jaga hubungan tapi dengan manusia pon perlu. sekali orang yang kau buat jahat tu xredha, sampai ke mati la dosa tu tetap ada. meminta maaf dengan seseorang bukan sesuatu yang menjatuhkan maruah. xperlu la nak letak ego tu tinggi sangat.

ni pon untuk pesanan bagi penulis sendiri, sebab berpesan-pesan itu satu kebaikan. jangan pandang jelik pada orang yang nampak kurang agama (pakai seksi seksa) sebab kita takde hak nak judge die busuk hati.. so, selamat beramal.. jangan mudah sentap tao!!

Feb 11, 2011

i'm sorry

harini rasa macam lonely.. serius cakap, so sebab tu lah buat-buat busy walaupon sebenarnya hati rasa kosong. kosong dengan suara yang tiap-tiap hari dengar, kosong dengan mesej dari orang yang selalu ditunggu.. saya minta maaf, mungkin ini salah saya.. tak pernah nak faham benda-benda remeh.

weekend ni nak berusaha sampai pengsan siapkan literature review.. tetiba rasa sangat-sangat cuak dengan keadaan sekarang.. harap semuanye berjalan lancar.. aminn. tolong doakan saya yer.

dan, terima kasih sebab call saya tadi. tetiba rasa sayu, tak tahu kenapa.. pukul 10 malam pon masih ade kat ofis lagi.. jaga diri tau. 143..i'm sorry.. my bad.


wajah baru

saje nak tukar layout..
new face, new inspiration, new motivation..
layout agak girlish ckit..
xpe, sebab sayakan perempuan..=)

till then,bye..
happy friday..


Feb 6, 2011

love bite ganas dan terhangat

pernah kena gigit hantu x?
gigi hantu macamane eh?
tajam2 macam piranha pastu ade darah kot.
xsure dan memang xtahu.


bangun pagi terkejut ade kesan lebam kat betis.
kemas jer letaknye sebesar duit syiling 50sen.
lebam mengalahkan orang jatuh.
dah sampai biru purple dah.
kalah love bite warna merah. =_=


hantu punya love bite memang warna macam tu kot.
tapi bukan kat leher, kat betis or paha..
memang hantu jantan amik kesempatan terus.
kat leher kurang feel.
cilakak!!
haha

***xoxo***

Feb 5, 2011

setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya : salam takziah untuk sue sekeluarga

tiga hari lepas (khamis), aku dapat call daripada salah sorang kawan baik aku, meksu..kebetulan petang tu pergi rumah sedara belakang rumah, so tinggal la phone kat rumah, assume xde sapa nak call. sekali balik, sis terjah bagitahu sue call dan ada berita buruk. time tu dah cuak dah, terus aku tanya sapa exciddent..rupa-rupanye family sue.innalillah..

kejadian terjadi pada hari rabu malam masa mak sue, abang die, dan anak sedara die, baby anis nak balik kampung kat machang kelantan. agak teruk la kemalangan tu..boleh imaginekan, bila kereta bertembung dengan bas, kat kuala lipis. masa dengar cerita sue, rasa sebak, takut..sampai mak die terpaksa masuk icu, operate kepala, jahit kat muka, tangan patah dan tulang kat bahagian belakang pon patah..abang die tangan dengan kaki patah, manakala baby anis meninggal.

cuba bayangkan kalau hal ni berlaku kat kita..mesti rasa lemah semangat, xde daya nak kata ape, rasa xkuat semangat..sekarang ni alhamdulillah katanya mak die dah sedar, tapi masih lagi kat hospital temerloh. abang die dah ditransfer ke hospital kuala krai..harap semuanya baik-baik saja.

untuk kak jah, salam takziah atas kehilangan baby sulung anis. mungkin ada hikmah benda ni terjadi..harap sue sekeluarga tabah mengharungi ujian ni dan jangan mudah patah semangat. untuk my dear sue, jangan sedih2 lagi tau..saya tahu awak kuat. saya tahu awak xmudah patah semangat..ingat, ni semua dugaan dari Tuhan. die lebih mengetahui segala apa yang terjadi. sue tabah k..xnak tengok awak sedih2 lagi..al-fatihah untuk baby anis. semoga rohnya dicucuri rahmat.aminn.

hari biasa di isi dengan perkara yang luar biasa : dating bersama mereka

salam...
harini dah hari ke-enam berada kat rumah..dan selama ni jugak la xsempat nak update belog yang xseberapa ni.dah berdebu pon..fuhhhh,kasi buang itu debu..=)

selama hampir seminggu ni boleh kira dengan jari berapa kali je makan kat rumah. semua pi rembat rumah orang. dalam sehari tu boleh cecah tujuh buah rumah. paling cikit dua buah rumah sehari. makan free orang kata..yela, sana sini ada kenduri. xpergi kata dek orang. lagipon bila orang dah ajak dan kita xpergi dikira berdosa tau. jadi, dengan erti kata lain kena la pergi, jamah sejemput dua nasi yang terhidang..sampai naik muak makan gulai daging. kalau ada ulam dan budu kan ummpphh!! dan rasanya xsempat jugakla nak suruh mama buatkan laksa penang..hukhuk..kempunan den.

harini sempat keluar dengan bestfriend, alyaa..dah lama siottt xjumpa.dan macam biasa la, semua benda nak cerita.pot pet pot pet xhenti.. port biasala, kbmall tapi harini sempat mencelah pergi PCB (pantai cahaya bulan). tu pon sebab pergi ngan driver, kalau tak, hareemmm nak sampai sana.maceh adikku..dan maceh jugak untuk alyaa sebab belanja makan kat pcb tadi..hehe.

masa duk berselera makan kat pcb tadi, si kecik duk ajak-ajak dah jalan tepi pantai..padahal nak cari alasan nak beli wau la, bola la.. sekali aku cakap, xpayah la dik..beli nanti ngan papa. t boleh datang lagi..cepat2 si kecik tu nyampuk, xse2, papa bekeng supo kuba ngamuk.hahahahahahaha..tergelak sakan aku!!! macamana la boleh die cakap lagu tu..sakit perut duk tahan gelak.huhu..macam2 hal..

so, sampai rumah dalam pukul 5 lebih, mengantuk letih jangan cakap la..tapi bila sampai rumah terus mata jadi bulat, xnak tido..esok nak ajak driver pergi rantau panjang pulak.. bila lagi nak manja-manja ngan adikkan..kat utm nanti konfem dah xde driver.huhu...

balik utm jadual dah berubah balik..dah xde dah makan 2 3 kali sehari..yang ada cuma makan sekali sehari jer..huhu.sabar jela..dan nak aim turunkan berat 3kg..badan den dah besar mengembang la.huhu