Feb 22, 2011

undi anda adalah rahsia

semalam dah selesai hari untuk mengundi pilihanraya universiti,
korang pilih ape? aspirasi ke pro-M?
xpe, simpan jawapan tu sebab undi adalah rahsia.
semalam aku xmengundi pon sebab katanye budak2 master n PhD name dah takde dalam list fakulti. dah rugi la kan sorang pengundi ......

dan, sejak akhir-akhir ni rasa terpanggil nak korek2 pasal isu politik Malaysia. dalam facebook pon boleh tengok. yang tu mengata yang ni, yang duk komen kat bawah picture tu bukan maen jahanam ayat, sampai senaaang je nak kutuk2 ulama'.. aku yang baca rasa macam nak lempang je muka die. ko rasa ilmu agama ko banyak ke? ::sori, teremo::

dan kenyataan terbaru, (mungkin aku baru tahu) pasal bob lokman yang dah berubah dari jalan syahwat dunia ke arah islam sebenar. alhamdulillah.. aku ade baca post yang die tulis, rasa sayu, bergenang airmata.. semoga abg bob terus dalam dakwahnya..

aku bukanlah fanatik politik, tapi cukup sekadar nak tahu perkembangan sekarang. mana yang hak, mana yang batil.. mana yang benar dan mana yang salah. takde salahnye kalau kita nak ambil tahu pasal dunia sekarang. sebab ape? sebab dunia sekarang ramai manusia yang bertopengkan syaitan. wallahualam.

No comments: