Aug 29, 2010

semoga awak jodoh saya..

lepas sahur sempat bukak fb, then terbaca artikel ni..rasa macam tertarik..awak,,sila baca eyh..=)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

keciknya dunia...balik-balik orang sama jugak

salam..harini update blog lewat malam lagi...walaupon mate dah kuyu tapi tetap nk post satu entry jugak..at least one kan?

malam ni stay kt kdse lg..tadi duk borak2 ng sis..cerita pasal semua benda..yea.no secrets between us.no at all kot..dalam duk borak2 tu terkeluar la cerita pasal kawan2..bukan ngumpat, tp memasing duk tanya macamane blh kenal budak ni, budak tu..rupanya, my sis kenal budak ni sebabnye kawan die memang frens dengan budak yang dimaksudkan tu..berkawan atas kawan la maksudnye kan..alahai..keciknye dunia..balik2 jumpa and kenal orang yang sama jugak kan.. cuma kadang2 kita xperasan dan xambik perhatian pun.

korang pon mungkin pernah alami benda yang sama jugak kan..dan benda ni memang salu jadi kat aku..haha..cuma aku yang lambat perasan..biasala, selalu amik sambil lewa kot..as long as kita kawan dengan die so means that kita pon kawan dengan semua kawan2 die la kan..tapi kalo die ada musuh, sory..saya xnak bermusuh dan dimusuhkan..=)

okay..cukuplah dengan entry pendek yang mungkin xde motif sangat pon..dah penat dah..tadi seharian keluar pegi angsana..beli baju tok si adik2 dan papa..tok diri sendiri just beli sehelai tudung je. mood nak bershopping xsampai kemuncak..semacam LOST!! mungkin die suruh berjimat cermat menabung tok masa depan..kih3. tapi masa sampai kat jj taman u ada beli sepasang kasut/selipar..xtahu nak explain mende tu kasut or x.2 in 1 kot..suka sangat sebab die simple dan selesa dan memang sesuai untuk casual ataupon pakai tok masuk lab..haha.. dating pon boleh...raya lagiii la bolehh..so rasanya cukup kot tok raya tahun ni..xnak enjoy lebih2 la..kene saving tok grad and tok simpan kat asb..nak belajar jadi orang yang tak boros and good in managing my financial..yes,,i need to!!

p/s: xsampai seminggu lagi aku duk utm..nak balik buat kuih raya..excited!!
p/s/s: berat semakin naek..xsuke..perlu kurangkan makan supaya bila pakai baju raya nanti nampak xsendat..hahaha

saya rasa memang untuk setiap post dah jadi benda wajib tok mention nama pakcik walaupon dalam sebaris ayat.i dunno why..huhu..

pakcik,i heart u...selamat berpuasa dan selamat hari raya..

Aug 28, 2010

hupdated at kdse

sepanjang sem ni,,first tyme kot aku tido kt bilik my sis..ni pon sebab semua member die balik umah..ade yang jumpa bf..segala bagai la..dah namanya cuti kan..padahal weekend je kot.haha.. so "terpaksa" la teman meklong kat bilik.ayat macam terpaksa je kan. ish,,betulkan niat..=)

harini banyak benda jadi..dan harini jugak la aku rasa happy sangat3...motif??? xtahu kenapa..tp rasa happy gile2..dah,,jangan tanya kenapa ya sebab aku sendiri pon xtahu nak jawab soalan tu..hoho

harini xmasuk lab sebab konon putus asa xdapat result setelah 1 minggu run sample..masuk pon just nak amik bau lab then dengan tenang hati melangkah keluar terus p psz.. nampak macam rajinkan saya ni..tiap2 hari pegi psz kot.. tapi sila jangan tertipu, pegi pon niat asal nak cari juornal tapi last2 berjam2 duk berfb, berblog..haha. dah semacam addicted kot. journal sekerat je yang jumpa.. cam hampeh la dyia ni.. tapi kan kalo korang nampak aku tengah online tapi masa tu jugak la korang nak ajak aku borak.. mintak maaf awal2 la ye kalo korang kene ulang lagi 2 3 kali sampai aku paham.. dah bile tenet tengah laju, laptop depan mata.. aku tengah syok duk google blog, on9 shopping, fb... memang korang cerita pon akan masuk telinga kanan kua telinga kiri.. sori lah ye,,tu slah satu weakness aku.. memang xkan kisah orang sekeliling.. so,,rumet aku dah faham bile setiap kali aku on9 die akan p bilik depan sebab aku xkan layan sangat die..hahaha.. kejam kan?

harini jugak dah berjaya settlekan borang2 yang ada sangkut paut dengan konvo..yeayy!! rasa xsabar nak berkonvo dengan kawan2 dan awak.. tapi baju konvo pon xde lagi..xpela..yang tu boleh mintak mama tolong belikan..hehe. member2 aku duk pakat nak wat photoshoot tyme konvo nanti..macam best jugak kan?? bukan macam tapi memang best!!...salah satu kegilaan aku. walaupon muke xdela comey, anggun, jelita macam orang laen tapi aku sangat suke bergambar. ehh,,orang yang xlawa, muke berminyak, banyak jerawat xleh bergambar sakan ker? diskriminasi betol..huh! psstt,,awak..jom kita berphotoshoot..=)

lepas jumaat tadi pergi sps dengan mek nad..merempit la kononnye..dann..kami sangat teruja bilamana no i/c kami dipaparkan kat board..bukan femes tapi kami berjaya dapat scholar pasca ijazah tu..yess,,happy jugak la..tapi xsehappy bila saya dapat jumpa awak..huhu. untuk member2 saya..tahniah sebab anda jugak dapat..luck kot..alhamdulillah.. so, buat masa sekarang ni accept je scholar ni tapi masih lagi menunggu nsf...saya bukan tamak oke..=p

esok nak p angsana..jenjalan cuci mata dengan my sis..dah lama kitorang x hangout sesame even duduk satu u..yela, masing2 kat penghujung utm..jumpa pon jarang2 sekali je..so, ni lah mase yang sesuai untuk kami,si kembar yang berbeza umur. aku pon pelik bile ade orang cakap kami kembar...muke kami laen la..banyak giler perbezaan yang jelas ketara..antaranya ialah:

kakak saya kurus, saya gemuk
kakak saya tinggi, saya rendah
kakak saya pinggang ramping, saya berlemak2
kakak saya hidung kecik, saya hidung besar
kakak saya umur 22 thun, tp saya baru je umur 12 tahun..=)

see,ade perbezaankan..jadi kami bukan kembar.. dan satu lagi saya bukan kakak..dan kakak saya bukan adik saya..part ni memang pedih ulu hati. kemana2 pon pergi mesti orang cakap saya yang sulung..hadoi..muke saya ni matured sangat ker.. kembang kempis hidung meklong sebab nampak die lagi mude.cess..haha

p/s: saya sangat mengantuk.lepas update entry ni mau tido..
p/s/s: mane pakcik saya hilang...senyap je malam ni..hukhuk..
p/s/s/s: sgt terkejut dan pelik bile check duit kt atm td..sape yang pemurah tu?


entry ni tunggang langgang..kejap saya..kejap aku..da ngantokkkk...nyte kamu!!

Aug 21, 2010

keluar masuk reti..dasar betol!!

salam ramadhan..
entry kali ni berkaitan ngan manusia yang xberhati perut.
yang patotnye ada akal fikiran, boleh pikir mane yang baek mane yang tak..
yang boleh pikir ni perangai manusia ke ni perangai syaitan..
maaf, bahasa agak kurang ajar ckit...
tapi rasanya tak kurang ajar kot kalo cakap dengan orang2 yang xde hati perut ni..

tadi bukak fb..ade satu video ni pasal kes buang bayi..
alar,,,kes yang skarang ni dah semacam jadik trend kot.
merata-rata orang buang anak..
oii oii,,binatang yang takde akal pon tahu sayang anak wei..
yang kau melebihi binatang nak buang anak merata kenapa..

oo...dulu masa buat keluar masuk smpai merengek-rengek takde pikir..
bila dah perut mula buncit mulalah nak buat jahat..
buang anak,, gugurkan kandungan,,
yang paling kejam buang anak,, pastu siap bunuh lagi..
ya Allah,, dah dua dosa yang ko buat..sedarlah..
budak tu xsalah pape pon..
diri sendiri yang salahkan..

bile tengok surat khabar pon..
memang tiap2 hari ada je kes macam ni..
kadang-kadang aku rasa sedih..
kenapalah manusia ni boleh sejahat tu..
xkesian ke kat baby yang xtahu pape..
xde rasa bersyukur ke..
orang yang dah kawen puluh tahun xde anak beriya berusaha nak dapatkan anak..
kita yang pandai buat pastu perut buncit gendong 9 bulan boleh pikir nak buang..
kurniaan Tuhan tu sayang..
tak rasa diri tu kejam ke..
nauzubillah..mintak jaoh daripada aku, keluargaku, dan sahabatku..
mintak jaoh sangat2..
aminn..







tengok la video ni..sedih sangat...manusia dibuang macam sampah..sangat kejam

Aug 20, 2010

celaru

siyes malam ni jiwa sedikit celaru..
kenape eh tangan gatal sangat nak bukak..
kang dah menggamit memori..
memori yang dah lame tersimpan rapi.

btw, sangat gembira bila tengok meklin happy gilegile tadi..
dapat surprise daripada razni..
yela sape tak terkejutkan..
tetibe je call cakap dah ade depan blok..=)
shuke2!!
tetibe aku pulak yang terlebih excited..
moga bahagia selalu rumet..hee.

ermm, hati aku mudah sensitif.
hati aku mudah menangis.hukhuk..
sue,cane ni..
benci!!!
kuatkan hatimu dyia..huhu

esok masuk lab lagi..
rasa macam bersemangat nak siapkan project dalam masa stahun setengah.
insyaAllah..
yakinkan diri!
think positive!
go dyia go dyia (trademark aku dari undergrad lagi.kah3)


dari gaya tulis pon dah tahu mood tak stabil kan.kejap happy kejap sedih. ermm, simptom die kot. tp timing dah lari...uwaaa~

Aug 17, 2010

kekasih gelapku

Rasanya belum terlambat kot nak wish Salam Ramadhan tok semua. Wahh,, hari ni dah cukup satu minggu dah kita puasa..yeayy!! masih lagi puasa penuh! gembira oke. harap u all pon pose penuh kay.. jangan ade yang pura2 sakit perut, cari alasan nak berbuka bersama budak umoq 6 tahun. buat malu jerk!! excluding girls..=)

sahur tadi makan nasi goreng.. so pagi ni perut xde la nak bunyi2 mintak di isi..wat malu jer orang laen dengar. haha. pagi tadi tengah syiok makan sahur, terkeluar la topik pasal kekasih gelap ni. xtahu la sape yang stat keluarkan topik ni.lupe dah.adeh.. aku mungkin. huhu

bila dengar cerita dari member2 aku, ghupe-ghupenye agak ramai jugak la kenalan aku yang rapat/ tak rapat/ musuh ketat (ade ke) berchenta dengan bf/gf dorang melalui alam maya. hal2 macam ni biasenye terjadi kat pompuan lah kan..mungkin sebab pompuan ni hati mudah cair kot.huhu.. eh, korang tahu x alam maya tu ape weh? meh sini nak kasi jelas ckit. actually, dorang2 ni start flirt2 dulu, usha-mengusha ckit pastu terus melekat (kapel) melalui muka buku (baca facebook), ruang saya (baca my space) dll..get it? yang hairannye kan,, jumpa secara realiti pon tak pernah lagi tapi dah boleh declare secara rasminye. aduhai, senangnye bercinta zaman sekarang..berbaloi ke kalo sekadar kita tengok gambar die je. kalo ikut pandangan aku xnak lah. awak nak kt saya, jom kita jumpa!!!tett.. bukan mendesak tp we need to know more about him/her.. pelik kan. tapi tu lah cinta.. betol orang cakap, cinta itu buta dan boleh membutakan. konon nak bermadah la plak.geli oke.haha


okeyh.. yang tu bab bercinta alam maya, ni ade plak kes yang tersalah call/send msg then ayat2 sikit terus kapel. wahh,, memang advance wa cakap sama lu.. tapi macam masuk dek akal je kan. sebab one of my bestie pon terlibat dalam kes yang sama jgak. and sampai skarang okey dorang kapel. almost 1 year dah kot. family masing2 dah kenal.. memang ke arah hubungan yang serius. aku doakan kebahagiaan mu weh..amin~

tapikan kawan, ade satu lagi kes ni yang macam weird la ckit. xmasuk akal pon ye jugak. puas diperdebatkan dengan kawan2 aku pagi tadi.. al-kisahnya si anu ni kapel degan si polan ni, ala, kes salah call/msg jugak la.. kalo ikutkan dah lame jugak kot dorang kapel. mungkin dah lebih 1 tahun. tapi yang peliknye bila si anu ni ajak jumpa, punyelah banyak alsan xmasuk dek akal yang si polan tu bagi. sebab bile dengar je alasan tu kan kan, aku rasa macam nak sepak2 terajang je si polan tu. dasar penipu! serius aku geram. maaf teremo. alasan yang kalo kita fikir pon kan, 0.001% je kot boleh percaya. kesian pon ade jugak la, kesiannye dekat si anu tu.. punyelah bersungguh die percaya cakap si polan tu sampaikan ade yang tegur pon die xamik pusing. ape orang cakap, ikut suka hati akulah, hidup aku..kau sibuk nak jaga tepi kain orang watpe! hambek ko.

satu lagi kes ni plak si anu ni segala benda harta kekayaan kalau boleh nak kasi kat si polan ni. kalau kita ni orang berada, duit boleh main tabur2, sepak2 depan mata xpela.. ni family hidup biasa je. yang kita baek sangat nak beri semua watpe? ade manfaat x? kalo masing2 sifatnye simbiosis xpela. ni orang tu mintak duit, kasi.. orang tu mintak moto, kasi... jangan kasi u punye tutt sudah.. tu dah melampau. i don't loike! dengar cerita skarang ni dorang dah break up, si polan tu dah kawen dah pon. tinggal la si anu ni sorang2. moto yang kasi pinjam hilang entah ke mane. see, dorang saje jer gunakan taktik kotor tu. blah la lu!

oke, dah habis mood nk luah perasaan.. in other perspective thinking.. mungkin ade pro n con having so called "kekasih gelap" ni. ramai jer yang jumpa jodoh melalui cara kat atas tu.. kekal smpai anak cucu lagi.. kalo memasing serius in dat relationship baguslah. aku sentiasa doakan kebahagiaan korang.. tapi kalo ade niat tersembunyi tu dah2 la maenkan perasaan orang, terutamanya perasaan kaum2 yang sejenis dengan aku. kami2 cukup sensitif, dan bila satu hubungan tu mula terjalin, kami mengharapkan keseriusan anda. kami mengharapkan keikhlasan anda wahai kaum adam..noted that! okelah, semoga korang2 semua bahagia ya.. jangan ada sedih di hati.. live your life happily!! doakan kebahagiaan aku jugak dengan pakcik..smilesmile

oh.. mood merindui kekasih hati semakin memuncak.lalalala~
satu rahsia peribadi aku nak bagitahu korang.. aku pon ade kekasih gelap jugak. jahat tak aku. kat atas tadi kemain aku duk kutuk2 korang kan. padahal aku pon same. tapi yang bezanya, kekasih gelap aku ni semacam xde perasaan. aku yang perlu memainkan perasaan tu supaya hubungan kami bertambah erat dengan benih2 kasih sayang. dan secara rasminya aku bagitahu korang sape kekasih gelapku tu. maaf pakcik sebab menduakan kamu..huhu

ni lah KEKASIH GELAP dyia.. sila klik kat purple words tu

Aug 15, 2010

salam takziah

entry ni khas tok ekin dan anak..
semoga tabah menghadapi dugaanNya..
yang ada pasti akan pergi..
yang hidup pasti akan mati.tu norma kehidupan.
tak siapa boleh pertikaikan, tak siapa boleh menolak takdir..

sekejap tadi dapat phone call dari mama. hati rasa laen macam sebab selalunye mama xkan call lewat2 malam melainkan ade hal penting.. ya, memang penting. faiz, ekin's husband meninggal dunia petang tadi dalam pukul 5. terkejut dan sedih bila dengar ape yang mama cakap. sangat amat sedih. macamane la hidup ekin nanti. anak masih kecik lagi..baru 2 bulan lebih..siape nak sara mereka.. siapa nak dengar luahan hati mereka.. siapa nak sentiasa ada bersama mereka. family memang tetap akan ada tapi suami kesayangan dah pergi jauh. sajauh-jauhnye.. dah tiada rempat untuk mengadu kasih. kesian baby xsempat kenal dan mengerti pape, tapi papanya dah tak ade. takziah untuk ekin sekeluarga. semoga cekal hati.. mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. Allah lebih menyayanginya.. al-fatihah..


malam ni hati rasa sayu sangat.. kalaulah aku kat tempat die. aku rasa xsanggup nak hadapi semua ni, bilamana orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita untuk selama-lamanya. aku xcukup kuat untuk hadapi semua ni. ya Tuhan, kau lindungilah keluargaku, ibu bapa ku, adik-beradikku, sahabat2ku, dan orang yang kucintai dari segala malapetaka.. panjangkan lah umur mereka, murahkanlah rezeki mereka, dan tunjukkanlah mereka ke jalan-Mu, jalan yang diredhai oleh-Mu. sesungguhnya Engkau yang Maha mengetahui..aminn~


kepada awak yang saya kasihi..
balik nanti bawak moto hati2..seriously i'm worried..=(
awak balik lewat malam, jangan bawak laju2 sangat..itu bahaya..
saya sentiasa doakan keselamatan awak..
awak hati2 tau..
i heart u..

Aug 12, 2010

huh,,rasa macam lame gilegile xupdate blog..start weekend lepas mang struggle nk mati siapkan slide dan proposal untuk interview NSF kat PICC, Putrajaya Selasa (10/8/10) lepas. Terima kasih tak terhingga kepada awek2 kesayangan; nad, lin, bella, copi, dan mira sebab tolong saya yang buat keje last minute ni. sangat2 menghargai. lovelove..=)


bertolak dari johor ke putrajaya pukul 1 petang,sampai sane dalam pukul 6.. serius, mmg slow gile pakcik tu bawak bas. sampai motor pegang handle sebelah tgn pon rilek je lintas bas yang aku naek.rasa macam nak cakap je kat pakcik tu boleh x bawak laju cikit?ni macam nak cuci mata.santai je..aih..dugaan~


kalo ikutkan flow, interview start pukul 8.30 pagi. tapi biasa la kan, janji melayu, pukul 9 lebih baru start. turn aku sampai pukul 12 lebih. tapi terpaksa tunggu sampai pukul 3 lebih sebab member aku orang second last kene interview..lama gile buang masa kat situ.. sedih pon ada sebab masa nak keluar jalan2 dengan kesayangan dah kurang.. kesian dia sebab sanggup xmakan tengahari semata2 nak lunch sesame. sori tau en.kesayangan..


siap interview terus balik rumah, salin pakaian ekspress, kalah bas ekspress transnational yang aku naek tu.haha. pastu kalut pulak nak tahan bas ke alamanda. yang kelakarnya kitorang tahan bas yang laluannya ke putrajaya sentral. patutnya kene tahan kat seberang jalan.. nak cepat punya pasal. aku sampai dah nak nangis2 dah..manje! yela, kesian kat en.kesayangan tunggu lame kat sane. dah la xmkan pape lagi..hukhuk. sori yer..

sampai sane terus makan kt kenny rogers (ye ke kenny rogers?,lupelah.haha). lapar punya pasal sampai tiga2 dishes nak amik nasi.ha,,skali makan xhabis. mang padan muka kene perli kat pakcik.hahahaha.. tapi makanan orang senang2 je aku nak habiskan..xsenonoh punye perangai..=).. jalan2 pusing mall, letih round2 cari bangku duduk borak2 plak kat situ. sampai ada orang tu kan kejang kaki.. jalan pon dah xbetol..huhu.

bertolak balik ke rumah kazen pukul 9 malam.. rasa sedih nak berpisah dengan awak. rasa macam nak stay je situ dengan awak lame2.. xpela penat pon. xkisah.. memang berat hati..huhu..erm awak, thanks tau sebab datang jumpa saya walaupon kejap. thanks banyak2 kali.. nanti kita jumpa lagi ye. selamat berpuasa jugak.. jangan sedih buka puasa sorang2.. anggap itu sebagai pengalaman..=)

balik ke JB esok harinya (rabu), masa tu rasa sedih sangat. xtahu nak kata ape.. kita dah jauh. =( nak sedapkn hati, pujuk hati cakap xpela jauh pon, tapi tetap dekat dihati..huhu..teringat awak la encik kesayangan.


p/s: semoga kebahagiaan ni terus kekal..amin.
p/s/s: thanks skali lagi tok kawan2 yang banyak tolong aku. xtahu nak ucap terima kasih macam mane.. nanti aku tolong korang pulak ea..=)
p/s/s/s: macam xyakin ja boleh dpat scholar tu. xnak mengharap sangat la. kalo dapat alhamdulillah, kalo xdapat anggap tu sebagai satu praktis tok aku present projek nanti..think positive.=)
last p/s/s/s/s: selamat berpuasa semua..

to my bestie, nadia..jangan sedih2 weh..aku risau bile mu gtu..t balik skolah nanti story ko aku eh..jangan lemah semangat. aku tahu mu kuat..sayang kamu!!

Aug 5, 2010

stalker tegar

malam ni macam semangat aih nak stalk2 org..ala,bukan nak kutuk perli ape pon.just nak tengok gambaq2 depa.cantiknya ciptaan Tuhan.=) kalau setakat stalk puji memuji, nak tambah kawan tanpa ada niat tersembunyi xpela kot.tapi kalau dah stalk pastu nak kutuk2, nak korek rahsia mungkin xperlu la..cukup2 la tambah dosa kan?jom cari pahala..

malam ni tido lewat lagi.ni la padahnye bila dah ajar diri tido lewat.tapi malam ni rasa berbaloi sebab ada benda nak p proposed dekat prof nanti.kira ada benefits la dah stay up 2 malam kan.memang semangat kental lah!! umm,malas sangat nak jumpa hari esok sebab ada kelas tamadun dari pukul 3 sampai 6.konfem saya akan menguap sambil gosok2 mate, ajak rumet maen2 dalam kelas tanda protes untuk elak mengantuk.huhu.

esok jugak sis cakap nak balik rumah.sangat jeles dengan beliau.tapi xpela,motor saya boleh guna.boleh merendet dengan awek2 ego yang laen..sue dengan eny, jom lepak2 sesame this weekend.bawak partner memasing yer.kita kasi havoc jalan dalam utm dengan ego kita.hahaha..aweks ego no plat "D" nak gerak,so sila beri laluan.terima kasih..

Aug 4, 2010

abnormal

rasanya ni first time kot sepanjang 1 bulan lebih duk kat utm.whoaa,,mata masih segar.rasa macam siang hari.padahal orang laen dah nenyak tido dibuai mimpi yang indah-indah.tengok katil sebelah rumet dah lena tido dah.siap selimut letak kepala atas lengan kanan lagi..kalo nak nyanyi kuat-kuat pon rumet xkan sedar kot.nampak cam penat sangat je hari ni.

malam ni tengah kusyuk membaca journal berpuluh-puluh sampai mata dah nak juling.nak bagi mata rest,bukak cik dairy sambil menaip entry abnormal ni.rasa macam pelik gile bile xtido.yela kan.awal-awal malam tadi bukan nak buat keje.asal nampak lappy, terus rasa nak online fb la,blog la,macam-macam kerenah.ni namanye suka buat keje sambil lewa.keje last minute.hai,,bile la perangai ni nak berubahkan..i'm bad.seriously.tapi bile dah stat wat keje tu xingat la plak kan nak tido.memang cekal hati dan perasaan sungguh!!

oh,baru perasan yang saya dah amik perangai awak..haa,,awak la..yang memang xsuka tido time undergrad dulu.sampai saya cakap awak burung hantu kan.kah3..memang abnormal.ni macamane nak tido ni.dushh,tensionlah!!! xnak jadik abnormal..kot2 nampak yang paranormal..=(

Aug 2, 2010

istimewa untuk pakcik

31/7/2010-1//8/2010
weekend yang best dan happy..thanks to orang kedah sebab datang melawat utm..you complete my life.huhu.pukul 1 pagi minum2 kat arked k9..first tyme jumpa setelah hampir 4 bulan xbersua..gembira tak terkata,tapi dalam masa yang sama gemetar jiwa raga.haha.

oke,dr ktc menghala ke k9..pastu terus ke jusco tebrau.nonton wayang "SALT".cerita ok tapi rasa xpuas hati sebab ending die xfaham.mungkin bersambung,kata pakcik..kalo nak tahu lebih lanjut sila tengok sendiri.round2 jusco tebrau sampai lenguh kaki.tapi xkisah la..asal dapat bersama.ye x?huhu~

dari pagi sampai malam,pastu gerak keluar..konon nak makan kat anjung warisan,tapi xjumpa2 walaupon berkali-kali round..kesian awak sebab bawak tour guide yang xtahu arah jalan.sampai driver dah lapar + ngantuk menguap berkali-kali..at last makan kat singgah selalu..menu chicken chop blackpepper dan lamb chop blackpepper.saya juara makan sebab berjaya habiskan makanan dengan jayanya.huhu.dan tetiba rasa belt yang pakai kat perut terbukak.ces,,perut dah muncit.sengal.

sampai utm pukul 12 malam.selamat dari pak guard yang banyak soal jawab.selesai satu hari bersama pakcik.rasa happy tak terkata.hanya mampu tersenyum..=) esok masih ada.tapi rasa sedih sebab esok pakcik dah nak balik bangi.(T.T)nanti datang lagi tao..hukhuk..makan tengahari kat arked k9 bersama zharif.thanks sponsor buah pulasan, dan special thanks to pakcik sebab tolong kupaskan untuk saye..berpisah dalam pukul 5 petang bawah gerimis kolej 9.before tu sempat amik gambar sebagai kenangan sebab kene tunggu 1 bulan lebih untuk jumpa balik.waa,,lamanye..dan saat tu yang paling indah..hanya kami yang tahu..sorang atas motor,sorang menyandar kat kereta.ayat yang sentiasa terpahat dalam ingatan.ayat formal.hahaha~ =p

oke,thanks sekali lagi kat pakcik untuk semuanya..really love it!!akhir2 tu rasa sebak sebab awak dah nak pergi.tapi konon-konon kontrol buat2 happy.sampai bilik mata dah bergenang..sabar2.huhu.nanti kita jumpa lagi eh.rindu awak!!!! sebelum lupa,thanks jugak kat kawan2 awak yang datang cini..so awak boleh ikut sama.thanks jugak sebab bagi sewa keta.kita boleh jalan2 seharian..dan thanks untuk semualah.malas nak list satu2..=)

p/s: thanks tao untuk hadiah tu..
p/s/s: i heart u..
p/s/s/s: i miss u..=)
last p/s/s/s/s: thanks sebab introduce me as ur ......terharu.huhu