Nov 27, 2010

RAPUNZEL: A TANGLED TALE

last nigt was a girl's day out!!keluar lepas maghrib semata-mata nak catch up movie "rapunzel" pukul 8.15pm..unluckily,no ticket's available at that time. kalo ade pon cukup untuk kami 5 orang mendongak kat depan sekali.gaye macam big screen duk atas syiling sambil mulut masing2 ternganga (comey!)..huhu

so, we all take another next show pukul 10.15pm..at first macam nak xnak je sebab dah lambat tapi sebab dorang duk tengok muka cik dyia macam eager gile nak tengok, so tiket untuk 5 orang pun dibeli. muka eksaited gile kot.suka cerita disney!!! sambil isi masa selama 2 jam tu, kami makan2 kat LC catering. cik dyia ngan tiqah je rembat nasi. yang laen jaga badan. minum2 ja. bosan betol.huhu. lepak punye lepak sampai cik dyia siap angkat kaki tu bersila atas kerusi. nasi dah lama dah abis makan tapi duduk gak situ bukak kedai kopi (borak2). serius lame gile sampai tokey die duk tengok2 ja kami.ala, buat xtahu je la kan.dasar betol!

then, around 9.55pm gerak naek cinema. sesampai je terkejut sebab giler ramai orang duk tunggu nak masuk. hall 4 open, berduyun serbu!!! yeah,,sebab Rapunzel with her magical hair..hall hampir penuh kot!Oh my,,no wonder la, cerita super duper best kot. aku rate 8/10.tambah dengan thumbs up, senyum samapi telinga lagi.hehe

nanti ade masa u better watch it.untuk sape yang suka cite katun la..ehh, semalam pon ade je pakcik ngan makcik masuk nonton cite tu.so, xboleh nak salahkan kami sebab xmatured or what oke.hehehe.. and also,special kredit to hamba Allah,sebab ponsor semua. duit xdikeluarkan pon dari purse purple.hihi.thanks so much dear~

rapunzel lawa,seriously!!! tambah2 dengan long long blonde magical hair..SUKE!!! (eksaited gile, katun je pon.hampehh!!)FLynn Rider hensem! nice couple of them.hihihi..nanti nak simpan rambut panjang sampai meleret kat lantai.nak macam rapunzel(mudah terpengaruh).tapi rambut den hitam, no magical..yang ade kelemumur.haha.sure kalo oreng pandang they say "orang gile ke ape pompuan ni".demm!


nota kaki: sedang khusyuk menaip entry,yousif datang bagi eskrem..hahah.rezeki jangan ditolak.thanks bro yousif.laen kali nak lagi yek.hehe.yousif is one of phD international student under prof marsin. kami sama lab, tapi kami berbeza.die hitam2 manis masam dan saye putih.tapi xseputih orang kedah.huhu

mesti nak letak pic jugak..


panjangkan rambut dier.lawa!



=)




pomot 2 alam nampak.




saya dan die dan die

Nov 25, 2010

TEMUKAN ERTI CINTA

::cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta:: <---- setuju..=)

::apabila manusia gagal mencintai ALLAH, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya:: <---- absolutely yes!!

::kamu sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta:: <---- kurang setuju..masing2 ade sebab kenapa kawan yang dipilih untuk diangkat sebagai kekasih..keserasian mungkin.

::cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan, dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang bukan daripada kata-kata bermadah walaupun terlalu indah:: <---- sangat2 setuju.cintakan seseorang bukan hanya diluahkan melalui madah berhelah. action yang penting. dari situ penilaiannye lebih telus.

: orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri:: <---- kalau janji tapi tunaikan oke kot. tapi jangan janji nak bagi emas setinggi gunung sudah.tipu!

::cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran.hanya dengan keikhlasan dan kejujuran cinta dapat dibentuk:: <---- 2 benda ni penting dalam sesuatu hubungan xkira la jarak jauh or dekat.jangan meragui kejujuran dan kesetiaan pasangan anda.hargailah keikhlasan mereka..=) orang kata cinta jarak jauh ni rumit.yeke?

::kamu sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya kamu mengatakan sering gagal dalam percintaan:: <----always say yes!! i've get his/her love walaupon masih belom pasti.haha

::kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab "CINTA ITU BUTA" tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta:: <---- like this quote..meaningful.

::kamu adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya kamu sering mengucapkan "AKU CINTA PADAMU" dan "ADAKAH KAU MENCINTAIKU":: <---- aikk,,yeke?aku rasa ni macam one way to express our love kot..kalau aku nak wish selalu,tiap2 hari. am i frustrated.agaga~

::cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari dia telah jatuh cinta pada seseorang:: <---- yup!! first time jumpa rasa macam biase.bila dah lame hati dup dap dup dap..meaning?? hee
Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskanku darimu


Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak disini

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak disini

Izinkan aku, berlutut mengharap
Kau tuk kembali
Izinkan aku, berharap dirimu
Kembali, dan kembali, dan kembali lagi


Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan
ku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskan
ku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak disini

Izinkan aku, berlutut mengharap
Kau tuk kembali
Izinkan aku, berharap dirimu
Kembali, dan kembali, dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan
ku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepas
Kau ku dan jangan kau lepaskankan
ku darimu



antara lagu yang pernah aku suka, by ALEXA










"lembu korban aidiladha lepas..sedapnye buat beef stik"

Nov 24, 2010

hari ini dan esok

pasang radio sinar..siyes malam ni duk melayan lagu cintan rock kapak..rasa dipinggirkan kot.xde teman.uwaa~

lepas makan tadi sempat melantak 2 bijik mempelam dengan meknad.lepas sudah kempunan dihati.lega.

esok nak masuk lab awal. xdela rasa bosan asyik duk kat bilik.mintak2 la lab work esok menjadi..don't make me upset eh.

update blog sebab rasa bosan.apekah? gaya macam xikhlas tapi nak tulis jugak.patutla tajuk entry xde kaitan ngan story.

*jeles*

daily progress

harini bangun agak lambat..rasa selesa dipeluk selimut dan memeluk kitty.tapi terpaksa gagahkan kaki ke lab. it's flushing time my dear HPLC..smile~

bangun, kemas katil, menggeliat sikit, tenung cermin dan.. "oh,jerawat ade lagi kat pipi.makin besar.patutla sakit". siap mandi malas2 pakai baju.sangat sempoi kot harini. long sleeve, jeans, selipar jepun. part selipar xleh blah.mang selekeh gile.haha.and not forget tudung bawal.

pukul 11 tadi hantar rumet naek bus kat sri putri. she's going to sit an interview tomorrow. do ur best bestie, and also for copi n hana..i'm praying for you..=)

balik bilik nanti mesti tenung dinding, peluk bantal, pastu tido. xde orang nak borak. oh yaa, sebelum terlupa good luck untuk brader kesayangan yang amik SPM start semalam. jawab soalan tu elok2, jangan duk tibai, buat cikai-cikai je. dan untuk meklong, good luck final.jangan stress..nanti aku bagi jeruk salak eh! haha.

first time organize event untuk group research.nampak gaya kene pergi survey tempat makan pulak. makin mendorong untuk shopping lagi.ah,batalkan niat yang xberfaedah.nak survey jam lah!! any idea?? hehe.

memang suka ngadap laptop sampai mata nampak urat merah-merah pastu berair gaya macam baru lepas putus cinta.ceh!

Nov 22, 2010

tinta cinta hati

salam..
malam yang mendamaikan..
rasa sejuk sampai ke tulang sum-sum..
tapi mata masih belum lelap.
hati teringatkan orang disana.
memikirkan kamu, trngiang-ngiang suara itu.
suara seakan kesedihan.
pertanyaan yang xsepatutnye memerlukan jawapan.
kerana hati ini untuk kamu..
maaf sayang, hatimu terluka lagi.. T.T

jujur dari hati.
cukup hanya dengan kamu.
sebagai peneman kala suka dan duka..
cukup dengan kamu,
dikala hati ini perlukan perhatian.
cukup dengan kamu sebagai pelengkap hidup..
tak perlu yang kedua dan ketiga.
kerana kamu sudah melengkapi segalanya.

terima kasih kerana selama ini menghargai diri yang hina.
mengubat segala kesedihan yang terbelenggu dihati.
menceriakan wajah yang selalu dilanda resah..
mendamaikan jiwa yang selalu kosong dan sepi..

cintaku hanya untukmu..
sayangku tida berbelah bagi.
kasihku erat dan utuh untuk mu.
hanya kamu...


kamu yang selalu aku sayang.amat sangat.
jangan cuba meragui cintaku.
ilysm.

Nov 16, 2010

oh please!! tolonglah!!

tolong jangan perasan lebih boleh tak?
xde value pon nak tunjuk tayang itu ini kat orang..
lagi menyampahkan adela kot.
bosan~

tolong jaga perangai bolehh??
jangan duk wak sesedap rasa ngko je.
masuk kandang kambing mengembek la..
masuk reban ayam, berkokok..
tu cara yang terbaik..
xpayah nak tunjuk kita ni GAH sangat padahal hati lembik.
annoying~

jangan rasa terkena sebab xtuju pada sesiapa.
tuju pada diri sendiri yang selalu leka xbertempat.
sesekali perlu ingatkan diri yang kita ni bukan selalunye berada di atas.
bukan selalunye orang sanjung julang tinggi tinggi.
bukan semestinye orang sayang sepenuh hati.

berkira-kira untuk apply teaching assistant scheme.
tapi rasa macam diri sangat kurang layak.
tengok, self-esteem rendah lagi.
benci!!!
bila nak maju. T.T

Nov 14, 2010

secalit tentang keburukan dan kelebihan diri

>
salam..entry ni memerlukan komitmen yang sangat tinggi; gaya macam cikgu suruh buat karangan 4 mukasurat penuh... so, sekarang banyak masa terluang dan banyak pulak idea mencurah-curah jatuh ke lantai. syarat die semacam begini;

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."

so, let's do it. yaaayeeeeaaahhhh!!!!


1. nama diberi DYIA SYALEYANA BINTI MD SHUKRI. dari dulu sampai sekarang semua yang kenal saya cakap masa awal2 berkenalan dorang xtahu nak eja and sebut nama saya. susah sangat ke? even mama pon salah eja nama anak die...huhuhu...T.T

2. saya ade banyak nickname. commonnye member panggil dyia, bff and family panggil ngah. and certain sepupu sepapat, mak2 sedara panggil yana, diana, ana, cek ngah etc etc..tapi saya nak sangat orang panggil saya syaleyana..nampak macam baek jer.haha!

3. saya risau setiap kali saya attend ape2 program mc selalu je salah baca name saya daia syazleyana.. geram jek!

4. saya ade sorang kakak yang comey dan 2 orang adik lelaki yang handsome! cume saye jer yang comot, banyak jerawat, muke berminyak. dushdush!!

5. seriously saya memang penakut tahap gaban. boleh kata kalu nampak binatang2 yang merayap, terbang, lembik2, saya akan menjerit dan melompat lompat sampai adik laki saya pon naek bosan dengar suara saya.

6. saya takut kucing yang suke kejar2 orang. kalo yang pasif xpe sebab for sure saya xmenjerit naek atas meja or kerusi or menempel kat sape2 yang berdekatan dengan saye.

7. dulu saya takut tidur sorang2 dan setiap malam kene bukak lampu tapi sekarang dah berani sikit. cume sometimes bile rasa meremang bulu roma saya perlukan seseorang tok temankan saya tidur. >.<>


8. kalau saya marah tahap kritikal saya xsenang duduk, and then akan kutuk orang tu dari belakang and lastly nangis.. baru puas!

9. dulu saya suka pendam segala masalah.. tapi sekarang saya lebih selesa untuk meluahkan. rasa tekanan tu kurang. even orang dah naek muak dengar saya bercerita tapi saya xkisah, janji hati puas, lega.

10. kalau cakap bab makan, saya suka masi ulam cicah budu. yang pasti petai kene ade. xde lauk laen pon xpe. no problemo!!

11. saya suka makan strawberry! suke sangat sangat sangat.. buah laen pon suka makan jugak tapi jangan bagi saya makan buah hati saya. xde pengganti.

12. i am a choclate lover. dark choclate pon layann~ tapi xmo milk and white choc. sebab ade rasa dan bau susu kan? yekkss!!

13. benda yang saya paling xboleh minum dari dulu sampai sekarang. SUSU...euww,, bau die pon dah nak termuntah.. apetah lagi nak minum..xtahu kenapa saya anti benar dengan susu..huhu

14.saya selalu sakit belakang. dan even sekarang ni pon bisa sakit tu masih terasa. mungkin effect sebab jatuh tangga dulu kot. >.<

15. saya ade ramai bff yang sekepala dan segile gile macam saya. dengan dorang la tempat saya meluahkan masalah, bercerita itu dan ini, bergosip berbakul-bakul. thanks for being a good friens to me. love u!

16. saya memang suka menyanyi walaupon saya sedar suara saya burok macam katak. bila saya bosan duk kat bilik, saya suruh rumet nyanyi untuk saya. suara dia jauh lagi sedap dari saya, merdu bak buluh perindu. besh, layann~

17. bila saya mengadap laptop, on9..orang sekeliling bagaikan xde. saya rasa dunia ni saya yang punye. rumet pon dah naek malas nak borak kalau die nampak saya tengah mengadap laptop.hehe, sorry.

18. sehingga sekarang, saya masih xpercaya yang saya dah sambung master.. rasa macam cepatnye masa berlalu.. pasni dah masuk alam pekerjaan,, dannn kawennn..=)

19. saya paling benci bila ade sorang kawan laki cakap saya ni ramai bf. hello, i'm not that type of person oke! rasa nak terajang je.grr!!

20. saya ramai sangat kawan lelaki. dan mungkin sebab ni kot orang kata saya ni player. hamboi mulut! dah namenye dulu aku sekelas ngan semua budak lelaki.no wonder la ramai kawan lelaki kan..if dorang ade masalah peribadi pon datang rujuk aku, nak buat macamnane. xkan xnak bantu kot kan..

21. saya sememangnye dah jatuh cinta pandang pertama dengan pakcik saya. dengan hanya bergambar bersama masa dinner mpg, kami dah serapat sekarang. itulah jodoh namenye..kenangan paling indah!

22. kadang-kadang kenangan lame mengusik jiwa.. ahh,,biarkan ianya berlalu. saya dah ade teddy bear saya, mohamed nasrun. ily!

23. sekarang saya dan die semakin bahagia.. family pon masing-masing dah mengenali. harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan..aminn~

24. saya akui saya memang agak kuat jeles. tapi saya xpernah nak kongkong, halang die berkawan dengan sesiapa. as long as kami saling jujur dan setia antara satu sama lain. dat's enough..=)

25. lagi satu, saya suka sangat minum nescafe. dan sebab nescafe jugak lah kami xbercakap untuk beberapa ketika. oke, janji lepas ni nak minum saya bagitahu. untuk kesihatan saya jugak kan.

26. otak sekarang tengah berkira2 nak beli kereta.. saya prefer myvi, tapi bila pikir balik pasal kewangan takut semput nak bayar bulanan. ntahla, tapi nak myvi jugak boleh x?

27. saya suka shopping!! dan paling suka bila kita pergi dengan duit yang cukup untuk beli barang yang dah lama aim..happy plus eksaited!

28. saya rasa xbolehla nak hadkan 25 perkara je..patutye kene umlimited.hehe

29. saya suka makan benda2 masam..one of my feveret food! *kecur air liur*

30. and lastly, saya selalu rasa rendah diri bilamana saya berhadapan dengan orang yang banyak kelebihan dari saya. rasa down sangat sangat. xtahu dah macamane nak boost up my self-esteem. orang tengok macam biasa jer tapi tu lar hakikatnye.huhu

*oke,cukuplah..sebelum penulisan ni menjadi kritikal better stop it..melarat kang susah nanti. so, sesape nk try buat entry best ni silakan. nanti nak baca yang u all pulak..oke, ily!


*mau mandi..dah busuk!!hehe*

tajuk tiada kaitan dengan cerita..relevankah?

masalah yang sering berlaku bila nak update blog ialah xtahu nak letak tajuk ape sampai kadang2 ambik masa yang lame..my bad,,otak xberfungsi dengan baik untuk mencari tajuk karangan xberhemah yang dicoretkan sendiri difikiran.

salam Ahad..
rasa macam lame dah xmeluahkan perasaan bergelora macam ombak kat sini.
mood malas menguasai diri.
biasela, dah memang perangainye sebegitu..

hari ke-7 berada dirumah buat masa ni dan masih lagi menunggu hari-hari seterusnya untuk berada disamping keluarga terchinta. ini memang cuti yang sangat lama diambil oleh pelajar postgrad. tapi xpela, sebagai galang ganti untuk cuti semester bulan disember yang sememangnye xde.sedih. T.T

semalam adik bongsu a.k.a kepala besar menerime segulung ijazah setelah berpenat lelah mendapat no 1 setiap kali ujian diadakan di universitinye. rasa bangga dan teruja! sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan terindah. =)

harini terperap dirumah. xnak keluar kemana-mana..sisa sakit perut semalam masih lagi ada. entah bila akan baik.cuti lame mengajarku menjadi suri rumah..terbaiklah..sebagai persediaan dimasa hadapan..=)

fikiran bergerak laju memikirkan perkara2 penting.memang susah untuk membuat pemilihan yang terbaik.perlu ambil masa yang panjang.juga perlu ambil kira pro n con nye.



p/s: terima kasih utm sebab melulus dan menambahkan wang dalam akaun saya.
p/s/s: masih lagi menunggu keputusan nsf.qualified or disqualified?
p/s/s/s: masih lagi setia pada kamu...love u sayang mucuk!!! *nyanyi lagu kekanda adinda skali!! hehe*




Nov 12, 2010

notice










~will be updated soon~
xsempat nk jenguk lame2 kat laptop

Nov 2, 2010

doakan yang terbaik

salam..
rasa macam lame dah tinggalkan blog,dah nak neak sawang dah pun..
xsempat nak update dan kadang-kadang malas nak menaip walaupon sebenarnye banyak yang nak diluahkan..

sekarang masa banyak dihabiskan kat lab.berusaha untuk dapatkan result secantik mungkin.nasib baek kat lab ade cable.boleh cucuk kat laptop,online barang sejam dua sambil tunggu result dari intrument tok dianalisiskan. panantian sesuatu yang menyiksakan. yea,betol. tunggu dalam sejam setengah barulah dapat result. tapi bersabarlah, sememangnye tu prosesnye.

lagi seminggu lebih tuk balik ke kampung halaman. rindu kat family membuak-buak. setiap hari call bertanya khabar. sekarang mama kurang sihat. sedih bila mama bagitahu harini die akan operate. harap semuanye berjalan lancar. aminn.. mama, tunggu ngah balik minggu depan yea..

hujung minggu ni xtahu la macamane..kalau xde halangan insyaAllah jumpa. xboleh nak pastikan. tadi call makcik, memang air dah naek dah pon. katanya nak kene pindah. mintak2 la banjir kali ni xteruk sangat. mesti penat nak cuci rumah kan..dan syukur sebab kat kelantan dah xhujan dah..

k la, nak sambung buat kerja.hati xkeruan. perasaan sedih dan risau.mungkin sebab bercampur dengan sindrom biasa bagi wanita normal.