Jan 8, 2012

random

salam..

R.E.L.A.T.I.O.N.S.H.I.P

berhujah pasal relationship takkan ade kesudahannya.. kalau boleh nak smbung non-stop, sebab sembang topik hangat! Cuma ada satu kisah yang nak dikongsi bersama.. pandangan dan ulasan yang ditulis tidak merujuk kepada sesiapa, hanya menurut kata hati dan akal yang waras..:)

Sesetengah orang merahsiakan siapa "teman tapi mesranya". yeaa, ini realiti dah telah dibuktikan dan disaksikan oleh aku sendiri. Hal ini biasanya terjadi pada kaum Adam, kononnya nanti member kamcing mengutuk, perli, dsb.. Pelik? tapi itulah hakikatnya.. petang semalam sempat chat di fb dengan sorang kawan di MRSM dulu, LELAKI.. ceritanya dia suruh carikan junior2 perempuan, orang kelantan, nak dijadikan adik ipar,katanyalah..
Tapi diri sendiri masih belum berpunya. 

Bila ditanya-tanya, alasan yang paling mengejutkan adalah.." tak nak kapel sebab takut member tahu".. tak salah pon kan sebenarnya, tapi mungkin bagi segelintir lelaki, mereka lebih mementingkan hubungan persahabatan geng kamcing masa sekolah dulu, berbanding serius relation dengan perempuan. Haaii, macam-macam hal. umur dah 20-an kot. tak salah rasanya nak kenal-kenal dengan mane-mane perempuan yang dirasakan sesuai untuk masuk dalam list wife-to-be.

Dan katanya lagi, geng-geng depa sanggup tinggalkan awek sebab kawan. Yang ni aku nak ulas panjang sikit. Aku kurang setuju dengan apa yang dia cakap. sanggup tu sebab kawan tinggalkan awek menonong camtu je. kalau perempuan tu jenis mengongkong xkisah la kan, alasan mungkin boleh terima.. tapi kalau awek die tu baik, oke, tak buat hal patut ke nak tinggal macam tu? Alasan ni susah untuk perempuan terima. Tak logik langsung! Mungkin aku kurang faham/arif pasal persahabatan lelaki ni..mungkin bagai isi dengan kuku, aur dengan tebing, ombak dengan pantai.. tak dapat dipisahkan. mungkin kottt.. tapi tanpa mereka sedar perbuatan tu semacam salah di mata aku. konon nak alone forever, tapi hati sakit/jeles menggunung tengok orang lain dah berpasangan, nak kahwin, dan dah ada anak pon. Entahla, aku tak nak komen lebih-lebih, kang nanti ade orang sound/marah-marah pertahankan kaum mereka. Mungkin mereka pon belum bersedia nak ada full komitmen dengan perempuan yang dikatakan kompleks ni. sebab tu bagi alasan yang semacam ni. mungkin kott.. (sorri, entry ni banyak mungkin,hihihi)

Cerita diatas tu mungkin ada kaitan dengan segelintir (<30%) kaum lelaki. Tak semua yang berpandangan macam tu. semuanya terpulang pada diri masing-masing. apa yang penting, persahabatan masih dikukuhkan, pencarian wife-to-be harus dijalankan. ketepikan cemuhan/perli dari kawan-kawan, sebab kita pon mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.. perjalanan jauh lagi.. takkan nak alone forever sampai ke tua kott?? emm, mungkinn..:))



end it here. sorry kalau ada sapa-sapa yang terasa..:))
peace no war!

No comments: