Jan 2, 2012

welcoming 2012

salam,
Rasanya belum terlambat nak wish "Happy New Year 2012"..goodbye 2011, and all sweet memories on that memorable year.. :)


Emm, macam biasa la, kalau masuk tahun baru semua duk cerita azam masing-masing.. Aku pon ade azam jugak.. Azam aku nak fulfill azam tahun lepas yang belum ditunaikan lagi. hee.. Ade 2 azam yang belum complete out of 5. Kira okay la kann?


Cepatnya masa berlalu, tinggal satu semester lagi sebagai student.. Dulu, beria-ia nak cepatkan masa, sekarang rasa nak undur balik masa tue sebab banyak lagi kerja yang belum settle. Agak tertekan jugak la. Mintak-mintak dapat siapkan on a timeline. No extend. InsyaALLAH!!!


Diharapkan tahun baru 2012 nie memberikan 1001 kebaikan kepada aku. Cuba berubah dari jahat kepada baik, dari baik kepada lebih baik, dari malas kepada rajin, dan dari semua kejahatan kepada kebaikan. Umur pun dah meningkat, fikiran dah matang (hopefully), harapnya semua keinginan/kehendak berjalan sejajar dengan usaha, amal, dan tawakkal. Amin..


Untuk orang-orang yang tersayang, didoakan semoga tahun 2012 ini memberi kebaikan, keceriaan, dan keredhaan oleh-Nya dalam setiap apa yang kita lakukan. Cuba berusaha untuk jadi yang terbaik dari tahun sebelumnya. Dan iktikad dengan apa yang dilakukan. InsyaALLAH.


Untuk tahun 2011, terima kasih atas hari-hari yang telah berlalu. Suka duka, riang gembira, tangis dan tawa semua menjadi kenangan untuk disimpan didasar hati dan kotak fikiran. Terima kasih Tuhan kerana masih memberikan peluang kepada hamba-Mu yang dhaif ini untuk meneruskan hidup diatas bumi-Mu.





End it here.. Rasa janggal/ tak idea nak tulis ape dah.. Lama tak menjenguk blog kesayangan! :))



dan tak lupa jugak, selamat ulang bulan yang ke 17. i heart you!!! hee..




 

No comments: