Sep 10, 2010

coretan hari raya

selamat hari raya untuk semua kawan2, saudara mara, rakan2 blogger, dan seluruh umat islam didunia...semoga raya tahun ni memberi keberkatan dan kebahagiaan kepada kita semua.aminn.

bila cakap pasal raya mesti orang akan tanya tema family nanti kaler ape?buat biskut raya ke x? dan sahabat handai, sanak saudara sibuk duk ajak p rumah mereka..em,baju raya korang kaler ape weh? kami sefamily dah switch color last minute. at first, beberapa bulan sebelum pose lagi mang decide nak tema oren si buah limau. tapi sebab baju xsiap jahit so tukar la ke warna hijau si paku pakis. nasib baek ade backup kan? dan kebetulan semua ada baju hijau, and kami dikira keluarga pokok la tahun ni.pokok bergerak..hehe

harini pepagi lepas subuh dah bertolak ke rumah nenek belah papa. semayang raya, ziarah kubur, dan raya sesi pagi kat sana. rasa macam laen sebab tahun ni beraya tanpa nenek. suram cikit.=( lepas solat jumaat baru bertolak balik ke rumah, lawat sedara belah mama pulak..sangat2 happy sebab dapat jumpa semua anak beranak.kira gathering besar-besaran la..
semua cantik2,hensem bergaya sampai kamera xlekang di tangan masing2 duk bergambar.. kenangan katakan..

tadi rasa sayu sangat bila tengok ekin, kazen aku yang penah aku cerita dalam entry sebelum ni. sepatutnye ni raya kali kedua bersama suami tercinta, tapi Tuhan lebih sayangkannya. Faez meninggal dunia dalam bulan puasa haritu. dapat bayang la macam mane rasa sebaknye dada, walaupon bibir mengukir senyum..nasib baek ada anak sebagai pengubat rindu..kalo tengok baby natasha tadi pon teringat arwah. muka mang sebijik cam ayah die..orang cakap muka fotostat..

kepada my bestie, faranisa nadia..takziah aku ucapkan atas pemergian bak mu pada malam raya..semoga mu selalu tabah..jangan sedih2 ea.kuatkan hatimu..yang hidup pasti akan mati.cuma kita je yang xtahu bila giliran kita akan tiba..dan tetibe rasa teringat sangat arwah nenek kesayangan.=(

untuk semua...disini dyia syaleyana ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua..maafkan kesalahan saya, andai terkasar bahasa, mulut terlaser tak semena-mena, terngumpat bila-bila, termarah sampai mengguris rasa, terguna barang korang tanpa minta, dan segala ter lagi la..halalkan makan minum juga ya..harap syawal kali ni memberi 1001 kegembiraan kepada semua dan insyaAllah semoga kita dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik untuk menanti kedatangan syawal ditahun hadapan..akhir kata SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!

RAYA KE-4 JEMPUT DATANG KERUMAH....

No comments: